Awal tahun semua proses pembelian rumah dah selesai. Tarikh 01/01/2012 - rumah tersebut sah milik kami.. alhamdulillah.
Adat membeli rumah kaedah sub-buy (beli atas tangan atau 2nd hand), memang lah kena repair sana sini. Kebetulan pula, rumah tersebut kami decide untuk di sewakan.
Untuk menjimatkan belanja, mana2 kerja yang mudah dan boleh dibuat sendiri... aku kerja kan sendiri. Tapi, mana yang di luar bidang tu.. aku terpaksa lah juga mencari tukang yang berkemahiran.
Semua tukang yang aku cari tu adalah melalui mudah.my. Kat situ melambak iklan2 free pasal kotraktor yang boleh buat itu dan ini. Aku pun try lah...
Kerja pertama : Salur bilik air tersumbat
Aku call beberapa number dan akhirnya ada satu yang respond dan boleh datang immediately. So, aku setkan appointment pada sekian2 hari dan sekian2 waktu.
Mereka datang bertiga. Tapi, daripada pemerhatian aku... cuma 2 orang je yang betul2 buat kerja. Dan, yang nampak seperti expert dan bersungguh2 membuatnya hanya seorang... tuan punya kerja (maksudnya, aku deal dengan beliau lah)
It end up, rupa2nya mereka ni ambil job share2. Maksudnya, kalau aku ada job dan nko ada job... nko follow aku dulu tolong aku siapkan kerja. Kemudian aku follow nko untuk siapkan nko punya kerja pula. Ok, aku faham.. diorang try to make a living by sharing their job around with friends.
Ada tiga kerja sebenarnya. 2 x salur bilik air yang dipenuhi akar dan 1 x singki tersumbat. Bila aku tanya berapa estimate harga... jawapan standardnya : "kena tengok dulu bang, baru boleh estimate". Tapi, kalau diorang dah datang dan buat kerja... takkan aku nak halau tak payah buat pula bila diorang dah sebut harga nya, kan ?
2 x salur bilik air tu actually tersumbat sebab akar dari dalam tanah yang menjalar masuk melalui lubang pada salur tersebut. apa yang diorang buat ialah, clearkan salur daripada akar2 tu dan simen sikit pada lubang supaya akar tidak dapat menjalar masuk semula. Untuk sinki pula... tukar flexible hose dengan yang baru dan clearkan lubang salur yang penuh dengan sisa makanan.
Di pendekkan cerita... bila semua kerja dah siap, aku pun tanya harga. Sang ketua macam susah benar nak named the price. Aku tanya, berapa ? Dia congak2.... "Enam setengah", katanya
Mak oiii..!! mahalnya.. tapi, diorang dah buat.. kena lah bayar juga. Aduh!
Kerja kedua : Atap bocor. Bila hujan lebat, air megalir dan menitik di sekitar tepi garaj (luar rumah)
Sama juga, bersumberkan mudah.my... aku jumpa seorang tukang yang kata boleh buat. Sekali aku sms.... berjinggut nak tunggu balasan sms nya. Nak confirm datang ke tidak pun sikit punya susah. In the end, dia kata akan datang pada hari dan waktu yang ditetapkan.
Janji pukul 11am, aku tunggu bagai nak rak... jam 3pm baru sampai! memang hampeh kayu betul!
Sudah lah lambat, boleh pula dia tak bawa tangga ? Bukan ke tujuan dia datang tu nak repair atap bocor ? A-T-A-P tau.. A-T-A-P... faham ? boleh pula tak bawa tangga ?
Tapi, entah macamana dia buat.. tiba2 dah ada kat atas bumbung dah. Wah, pakai ilmu terbang kot ?! Lantak lah.... mamat tu check2 kat atas atap dan bagitau aku apa problem nya.
"Bang, atap tu... zink cover dia pendek sangat. Sebab tu lah air hujan meluncur tu jadi tempias dan bocor pada atap", katanya..
"Boleh buat tak ?", aku tanya
"Boleh, tapi bukan hari ni lah... barang pun tak ada ni", selamba je explain
"Aduh! abis, bila ?", aku tanya
"Isnin ke selasa ke ?", baek punya suggestion. Dia ingat aku ni tokey kat kampeni GLC tu ke ?
Ndak tak ndak, terpaksa lah aku ikutkan juga....
Sampai hari dan waktunya, macam biasa...dia datang lambat! This time, luckily ada semua tools. Aku biar dia buat kerja sambil aku mengecat tembok pagar.
Dipendekkan cerita, kerja siap dalam sejam kemudian..
"Ok, bang. Dah siap. Tapi susah sikit nak test... bila hujan nanti baru boleh tau", dia explain
"Ok, berapa ?", aku tanya (berbekalkan duit RM200 dalam wallet)
"Tiga dua", pendek jawabnya
"Tiga ratus dua puluh ?", tanya aku.. anxious
"Ye", jawab dia selamba
Mak oiiii!! mahal nya... kerja tak de benda pun.. setakat ganti zink diantar siku atap genting dan susun2 atap genting tu semula... perghh!!
Kerja ketiga : Overflow tangki rosak. Air overflow melimpah ikut salur ke bilik air
Sedang rehat2 kat rumah.. aku terima message daripada penyewa.
"Salam, nak bagitau.. overflow tangki rosak", kata penyewa
Aduh! baru sebulan duduk dah ada problem. Macam biasa, aku gunakan mudah.my selepas tukang2 yang ada dalam senarai hp aku tu tak respond respond pada sms aku. Jumpa satu yang boleh datang segera. Aku call dan buat appointment both sides - tukang dan penyewa
Macam biasa, bila tanya harga... "kita kena tengok dulu bang, baru boleh bagitau"
So, nak buat macamana..? nak repair sendiri tak reti. Diorang datang dan buat... katanya ada ada salur yang patah pada overflow tersebut. Sebab tu bila air penuh, melimpah keluar ikut salur ke bilik air.
Lepas beberapa jam menunggu diorang ambil barang spare part di Puchong, kerja me-repair pun siap. Diorang ganti paip yang patah dan betulkan balik overflow tersebut.
kali ni, aku dah ready dengan RM500 dalam wallet berdasarkan pengalaman yang lalu. Namun, expectation aku mungkin kosnya dalam RM100 kot... paip tu berapa sen je pun..
"Berapa ?", aku tanya
"RM210", kata mereka. Perghh!!!
Mak oi..!! Mahal giler!
***
Based on those 3 experiences, aku dah boleh agak sekarang....
Anything berkaitan dengan kerja2 labour.. memang mahal dan at least will cost RM200 walaupun kerja nya tak seberapa pun... huhu!