13 April 2012

MALU BERTANYA, TENTU LAH TIDAK TAHU!

Masih ingat kepada Petani Bandar ?

Haa.. sekarang Petani Bandar semakin maju dengan usaha penanaman beliau. Kalau post yang lepas, Petani Bandar ada bagi snap shot pokok limau kasturi beliau yang sudah berbunga... dalam entry kali ini, mari kita tengok hasil nya apabila bunga bertukar menjadi buah. Excited weh!



Ok, daripada pokok Mangga (Chokanan & Epal), Ciku dan Limau Kasturi... sekarang Petani Bandar sudah semakin menambah koleksi tanaman beliau. Antaranya :

Betik (2 pokok)
Kelapa pandan (2 pokok)
Rambutan - "gula batu" (masih dalam poly-beg)
Mata kucing - "ping-pong" (masih dalam poly-beg)
Limau Purut (pilihan cik puan kpp)
Kari (masih tak membesar2 lagi)
Kunyit (segar bugar)
Pisang (3 pokok)
Pandan (2 pokok)
Ulam Raja (yang hidup segan mati tak mahu)
Cili padi (2 pokok)
Cili merah (masih status anak)

Disamping pokok bunga raya yang sedang disemai (daripada batang) untuk tujuan dibuat pokok pagar - ada 10 semuanya..

Banyak, bukan ? Cemerlang tak Petani Bandar ? Haha!

Cuma Petani Bandar nak kongsi sikit pengalaman sepanjang berkecimpung di dalam arena menanam pokok ini yang berkaitan dengan tajuk kita hari ini... Malu bertanya, tentulah tidak tahu!

Beberapa minggu yang lalu, Petani Bandar ada membeli dua pokok cili padi di sebuah nursery sekitar bangi. Memang pokonya segar dan sudahpun keluarkan buah cili padi yang lebat.

Balik rumah, Petani Bandar dengan gigihnya memindahkan pokok2 itu daripada poly-beg ke dalam pasu bunga yang cantik. Setelah itu, Petani Bandar dengan gigih menyiram kedua2 pokok tanpa jemu... sekali pagi, sekali petang dengan kuantiti lebih kurang 1 liter air sekali siram. Tidak cukup dengan itu, Petani Bandar tambah pula dengan baja selang 2 minggu sekali. Kadang2 baja tahi ayam, kadang2 baja kimia secukup rasa..

Tuaian petama telah selamat cik puan kpp gunakan untuk masak sambal. Bertambah Uumpph!

Tapi, lama kelamaan.. pokok cili makin layu. Daun2 kering dan berguguran. Namun, Petani Bandar masih tidak patah semangat. Masih gigih menyiram air dua kali sehari setiap hari tanpa jemu!

Sampai satu masa, pokok2 cili tadi menjadi layu dan batang pokoknya bertukar menjadi kering. Sahih! pokok tersebut sudah mati! Petani Bandar tertanya2.. apakah masalah nya ? Nak kata tak siram... hari2 siram. Baja pun sudah bubuh. Tanam pun digembur2kan. Mana silapnya ?

Weekend lepas, Petani Bandar ke nursery di bangi semula... mencari pokok cili lagi..

Petani Bandar : "Bang, ada jual pokok cili ?"
Cik pun kpp : "Tak tahu lah kenapa, pokok cili kitorang tu dua2 mati. Kenapa ye ?"
Petani Bandar : "Betul. Hari2 siram. Bubuh baja pun sudah"
Pekerja nursery : "Terlebih air kot ? Cuba bongkar balik tanah dan tengok akarnya. Kalau akar dah reput.. memang mati lah. Kalau akar ok lagi, mungkin boleh hidup balik. Kadang2 TERLEBIH SIRAM pun boleh buat pokok mati. Akarnya lemas"

Petani Bandar & Cik puan kpp saling berpandangan... "Oooo... gitu"

Rupa2nya, Petani Bandar yang terlebih rajin menyiram telah menyebabkan pokok2 tu mati! Aisey, terlebih rajin pun salah, ke ? huhu!

Lesson learned : Terlebih rajin tak tentu pasal adalah tidak sesuai....

Sekian (Catatan Petani Bandar)

1 ulasan:

wahida berkata...

lor...kesian pokok cili tu...huhu...

aku pun ada tanam pokok limau kasturi kat umah...tu satu je aku tanam nok..takut nak tanam byk2 sbb tgn aku ni panas...hehe...

nasib baik lah pokok limau aku tu nak berbuah, dah byk kali aku dpt hasil dari pokok tu...Alhamdulillah...