11/11/1948 - tarikh lahir 'cik Mori. Kiranya hari ini genaplah umur 'cik Mori 62 tahun. Alhamdulillah, masih sihat walaupun ada penyakit diabetis - namun masih terkawal.
'cik Mori masa zaman kanak2nya melalui zaman2 yang sukar. Bapa 'cik Mori garang ya amat - panas baran. Duduk pula rumah setinggan. Masa remaja lagi bapa 'cik Mori dah meninggal dan arwah emak 'cik Mori ('cik Yah) yang membesarkan mereka adik beradik.
Adik beradik 'cik Mori ada 4 orang semuanya - 'cik Mori anak yang ketiga dimana yang lain2 semuanya lelaki. Jangan terkejut pula kalau aku katakan 'cik Mori bersekolah di convent bukit nanas - sekolah yang famous di tengah2 bandar KL tu. Sebab itu english 'cik Mori agak baik dan mampu berkomunikasi dengan baik.
'cik Mori masa zaman anak dara nya adalah seorang yang sangat cantik - ini serious, aku tak tipu. Kalau tengok gambar2 zaman muda 'cik Mori tentu ramai lelaki yang akan luruh jantungnya! Kalau nak dibandingkan dengan artis dulu2.. aku boleh contohkan dengan Zaiton (kekasih ajis dalam bujang lapuk) kalaupun tak Rose Yatimah - serious.
Muda2 lagi 'cik Mori dah bekerja memandangkan keadaan keluarga yang serba kekurangan dimana hanya bergantung kepada pendapatan 'cik Yah mengambil upah kerja dirumah orang dan dibantu oleh abang 'cik Mori, Long Seman yang kerja biasa2 saja.
'cik Mori berkahwin dalam usia 27 tahun dan setahun kemudian lahir lah aku - anak sulung dan cucu lelaki sulung dalam keluarga 'cik Yah.
Seingat aku, 'cik Mori pernah bekerja di sebuah hotel di KL sebagai pengemas bilik. Sehingga lah hotel tu tutup dan semua pekerja diberhentikan kerja (kemudian nya bertukar menjadi Concorde hotel). Demi membantu menambahkan pendapatan keluarga, 'cik Mori kemudian nya bekerja pula di sebuah kilang baju sebagai pemotong benang. Walaupun pendapatan nya tidak seberapa, masih lagi dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga.
Beberapa tahun bekerja, kilang tersebut akhirnya ditutup dan 'cik Mori menjadi suri rumah sepenuh masa. Pendapatan keluarga telah menjadi sedikit baik memandangkan telah ada 2 pintu rumah sewa yang menjana pendapatan bulanan.
Cabaran terbesar 'cik Mori ialah bila 'cik Yah jatuh sakit dan tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik. 'cik Yah sebenarnya tinggal berasingan di rumah sendiri dan apabila 'cik Yah jatuh sakit, 'cik Mori telah membawa 'cik Yah ke rumahnya untuk di jaga memandangkan hanya 'cik Mori sahaja lah anak perempuan yang 'cik Yah ada.
Dekat tiga tahun 'cik Mori menjaga dan menguruskan 'cik Yah sehingga lah 'cik Yah meninggal dunia akibat penyakit diabetis nya yang semakin meruncing sehingga terpaksa di potong kaki separas buku lali (kemudian nya 'cik Yah meninggal selepas operation terakhir itu). Pada waktu itu aku masih belajar di sebuah pusat pengajian persediaan dan sedang menghadapi peperiksaan akhir - lebih kurang umur 21 tahun.
Banyak lagi cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh 'cik Mori kemudian nya yang tak sanggup nak aku ceritakan. Terlalu banyak dan terlalu pedih. Namun bukan semua nya sedih2 belaka.. banyak juga waktu2 gembiranya..
Mungkin yang lebih menyedihkan.. aku tak pernah pun cakap..
"EMAK, ALONG SAYANGKAN EMAK! "
wah! sedih pulak aku..
Kata orang.. kasih ibu membawa ke syurga!
SELAMAT HARI LAHIR.. 'CIK MORI
nota : masa aku menaip entry ini, 'cik Mori ada kat depan aku..

7 ulasan:
selamat hari lahir ibuuu..hehehehhe
tetiba aku panggil ibu kan?
happy birthday cik mori...
besarnya pengorbanan seorang ibu tu kan.. semoga beliau mendapat keberkatan umur.. btw nape panggil 'cik mori' yer? ha..ha.. sibuk.
cik geli : e'eh.. Nape agaknya ye..
Hanis : nama panggilan (bukan nama sebenar, cuma nama panggilan dikalangan kawan2 dan saudara mara).. Tapi, anak2 panggil emak la..
sedihnye.. rindu sgt2 mak kat umah tu.. beliau baru pulih denggi..
hai mama.. eh.. har har har
heidi : aku pun sedih.. Walaupun aku yang tulis sendiri..
Catat Ulasan