Memaparkan catatan dengan label emak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emak. Papar semua catatan

18 November 2010

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 2

Sampai rumah 'cik Mori, aku makan lagi.. kali ini my favourite - Nasi impit + Asam pedas daging tetel. Aku memang akan ternanti2 dan takkan miss membaham resepi 'cik Mori yang ini. Sama macam raya puasa yang lalu.

Sejak kebelakangan ini aku perasan yang raya haji dah tidak semeriah raya haji masa aku budak2 dulu. Persiapan pun ala kadar sahaja dan tiada lagi aktiviti ziarah di antara saudara mara atau jiran tetangga. Apatah lagi kalau kawan2 yang berjauhan. Semuanya semakin luput di telah arus pembangunan dan kesibukkan kota.

(Ya! aku budak bandar. Sejak azalinya, aku memang dibesarkan dan beraya di bandar.. tidak pernah, aku ulang TIDAK PERNAH aku balik kampung pada hari raya yang pertama. Pada aku, bandar ini lah kampung aku)

Ok, lepas makan.. sessi mini-bergambar, memandangkan cuma ada aku sekeluarga dan 'cik Mori saja di rumah 'cik Mori tu. Klik sana, klik sini, klik situ.. Nurin hana pun dah pandai men'ketip' kamera sekarang, jadi dapatlah aku bergambar berdua2an dengan cik puan kpp.

Kemudian, atas 'arahan' cik puan kpp, aku bergambar berdua2an dengan 'cik Mori pula. Bila posing untuk bergambar tu, tiba2 aku terkenangkan arwah 'cik Yah - emak 'cik Mori - yang mana aku pernah ambil gambar berdua2an macam gitu dengan posisi yang sama. Dan, masa itulah raya yang terakhir sebelum 'cik Yah jatuh sakit. Sedih! 

Juga, apa yang lebih menyedihkan ialah.. inilah kali pertama, aku ulang.. KALI PERTAMA aku bergambar berdua2an dengan 'cik Mori ! Teruknya aku..

Next.


Lot kubur : 285
Tanda nesan : Siyah binti Hj Manap

Lepas sesi bergambar, aku ke kubur 'cik Yah. Lama benar rasanya aku tak ke kubur 'cik Yah - sorang2 je. Berpusing2 juga aku mencari kubur 'cik Yah di tengah2 tanah perkuburan yang dah padat tu. Pusing punya pusing.. alhamdulillah, jumpa (kalau tak, sah jadi cucu 'derhaka' aku ni).

Aku berani declare, 'cik Yah lah ORANG YANG PALING AKU SAYANG SEKALI DI DUNIA INI. Malangnya, aku tak sempat nak membalas jasa 'cik Yah atas segala yang telah di lakukan untuk aku selama hayatnya. Apa yang aku mampu nak berikan hanyalah.. sedekah Al-Fatihah dan Yaasin - tidak setara dengan jasa 'cik Yah dan apa yang telah 'cik Yah korban kan selama hayatnya.

Sepanjang di kubur 'cik Yah, hiba benar rasa hati aku bila terkenangkan 'cik Yah. Sambil membaca Yaasin, air mata aku bergenang dalam kesedihan. Puas aku menahan kesedihan aku itu. Sekali sekala air mata manitis membasahi pipi..

Stop sini la.. sedih lah pula aku nak teruskan menaip..

AL-FATIHAH

bersambung..

11 November 2010

SELAMAT HARI LAHIR... 'CIK MORI

11/11/1948 - tarikh lahir 'cik Mori. Kiranya hari ini genaplah umur 'cik Mori 62 tahun. Alhamdulillah, masih sihat walaupun ada penyakit diabetis - namun masih terkawal.

'cik Mori masa zaman kanak2nya melalui zaman2 yang sukar. Bapa 'cik Mori garang ya amat - panas baran. Duduk pula rumah setinggan. Masa remaja lagi bapa 'cik Mori dah meninggal dan arwah emak 'cik Mori ('cik Yah) yang membesarkan mereka adik beradik.

Adik beradik 'cik Mori ada 4 orang semuanya - 'cik Mori anak yang ketiga dimana yang lain2 semuanya lelaki. Jangan terkejut pula kalau aku katakan 'cik Mori bersekolah di convent bukit nanas - sekolah yang famous di tengah2 bandar KL tu. Sebab itu english 'cik Mori agak baik dan mampu berkomunikasi dengan baik.

'cik Mori masa zaman anak dara nya adalah seorang yang sangat cantik - ini serious, aku tak tipu. Kalau tengok gambar2 zaman muda 'cik Mori tentu ramai lelaki yang akan luruh jantungnya! Kalau nak dibandingkan dengan artis dulu2.. aku boleh contohkan dengan Zaiton (kekasih ajis dalam bujang lapuk) kalaupun tak Rose Yatimah - serious.

Muda2 lagi 'cik Mori dah bekerja memandangkan keadaan keluarga yang serba kekurangan dimana hanya bergantung kepada pendapatan 'cik Yah mengambil upah kerja dirumah orang dan dibantu oleh abang 'cik Mori, Long Seman yang kerja biasa2 saja.

'cik Mori berkahwin dalam usia 27 tahun dan setahun kemudian lahir lah aku - anak sulung dan cucu lelaki sulung dalam keluarga 'cik Yah.

Seingat aku, 'cik Mori pernah bekerja di sebuah hotel di KL sebagai pengemas bilik. Sehingga lah hotel tu tutup dan semua pekerja diberhentikan kerja (kemudian nya bertukar menjadi Concorde hotel). Demi membantu menambahkan pendapatan keluarga, 'cik Mori kemudian nya bekerja pula di sebuah kilang baju sebagai pemotong benang. Walaupun pendapatan nya tidak seberapa, masih lagi dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga.

Beberapa tahun bekerja, kilang tersebut akhirnya ditutup dan 'cik Mori menjadi suri rumah sepenuh masa. Pendapatan keluarga telah menjadi sedikit baik memandangkan telah ada 2 pintu rumah sewa yang menjana pendapatan bulanan.

Cabaran terbesar 'cik Mori ialah bila 'cik Yah jatuh sakit dan tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik. 'cik Yah sebenarnya tinggal berasingan di rumah sendiri dan apabila 'cik Yah jatuh sakit, 'cik Mori telah membawa 'cik Yah ke rumahnya untuk di jaga memandangkan hanya 'cik Mori sahaja lah anak perempuan yang 'cik Yah ada.

Dekat tiga tahun 'cik Mori menjaga dan menguruskan 'cik Yah sehingga lah 'cik Yah meninggal dunia akibat penyakit diabetis nya yang semakin meruncing sehingga terpaksa di potong kaki separas buku lali (kemudian nya 'cik Yah meninggal selepas operation terakhir itu). Pada waktu itu aku masih belajar di sebuah pusat pengajian persediaan dan sedang menghadapi peperiksaan akhir - lebih kurang umur 21 tahun.

Banyak lagi cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh 'cik Mori kemudian nya yang tak sanggup nak aku ceritakan. Terlalu banyak dan terlalu pedih. Namun bukan semua nya sedih2 belaka.. banyak juga waktu2 gembiranya..

Mungkin yang lebih menyedihkan.. aku tak pernah pun cakap..

"EMAK, ALONG SAYANGKAN EMAK! "

wah! sedih pulak aku..

Kata orang.. kasih ibu membawa ke syurga!

SELAMAT HARI LAHIR.. 'CIK MORI


nota : masa aku menaip entry ini, 'cik Mori ada kat depan aku..

28 Jun 2010

A HANDPHONE FOR EMAK II

"Go on.. go on.. with hope.. in your heart.. and you'll never walk alone.. you'll never walk.. alone.."

My handphone rang to the tune of "You'll Never Walk Alone" - Liverpool FC anthem..

Me : "Halo.."
Emak : "Laa.. Mak nak talipon Ngah nko"
Me : "OK.."

Emak hang up the phone.

15 seconds later..

"Go on.. go on.. with hope.. in your heart.. and you'll never walk alone.. you'll never walk.. alone.."

My handphone rung again.. I took a peek at the number.. "Emak..", I said silently in my heart

Me : "Halo.."
Emak : "Halo.. laa.. kenapa dapat nombor nko lagi. Mak nak talipon Ngah nko.."
Me : "Tekan la butang 'Names', pastu pilih la nama Ngah.."
Emak : "Entah la.. apa la yang adik nko (my lil brother) dah godek-godek handphone ni semalam. Tak tau nak carik macamana dah.."
Me : "Pilih nombor dulu.. baru la tekan butang call.."
Emak : "OK la..". she hung up

30 seconds later..

"Go on.. go on.. with hope.. in your heart.. and you'll never walk alone.. you'll never walk.. alone.."

My handphone rung again.. but suddenly the ringing come to a halted. A missed call.

I checked the missed call number.. it was 'Emak'.. again. Sah dah pening la tu..

I hope Emak will get used to the handphone (click here) menu soon enough.

I believed, now Emak already get use to the menu or maybe what she did was, instead of juggling around the menu she will just dialed the number which she had witten and kept in her possession. Possibly, the second one would be the better solution for Emak so that Emak tak payah pening-pening to learn all the menu that she would never actually use.

At least, Emak got the freedom to call anybody now instead of waiting for my lil sister(s) to come back after work.

Relationship = Communicate


Note : I still got one more line that I can register to my name.. emmm

25 Jun 2010

A HANDPHONE FOR EMAK

(Nokia 2730 classic - Nokia.com.my)

On one fine evening..

Emak : "Susah betul la nak talipon korang (anak-anak). Rumah ni tak ada talipon. Kalau apa-apa hal susah.."
My Lil Sister (4th) : "Tu la.. nak amik talipon rumah pun tak guna, dok rumah sewa.. nanti dah nak pindah."
Me : "Emm.. nak pakai handphone ke ?"
Emak : "Ikut korang la.."
Me : "Tengok la nanti macamana. Along try tengok dulu.."

MISSION STATEMENT : To get Emak a handphone & a registered number

Two days later..

Location : Nokia booth at KLCC

Salesperson : "Yes, Sir ? looking for a handphone ?"
Me : "Ya. I nak cari untuk my mother. Tak payah fancy-fancy".
Salesperson : "Any model yang you nak cari ?"
Me : "I pun tak sure. I cari yang senang guna, budget rendah dan TULISAN BESAR.."
Salesperson : "OK. Macamana dengan yang ini ? ".

The salesperson show me a model priced at RM500++. A slide-kind of model

Me : "Wah.. canggih sangat tu. Slide-slide ni tak minat la.." (hidden translation.. mahal !)
Salesperson : "OK. how about this one. Murah sikit dan tulisannya memang sangat besar. Senang nak tengok."
Me : "Emm.. can I have a closer look ?" (hidden translation.. ok it's on my budget)


The salesperson took one from the drawer.

Salesperson : "Here you go"

I took a look and belek-belek the handphone and with some convincing words from the salesperson..

Me : "OK. this one.."
Salesperson : "OK. pls follow me to the counter"

Once at the counter..

Salesperson : "This is how to put in the sim card.. bla.. bla.. bla.. bla..".

The salesperson explained in details on the 'How to use.. bla.. bla.. bla'. I just pretended to hear with no real interest. All that important to me is the handphone can make a call. Period.

Salesperson : "How are you going to pay ? Cash or Credit card ?"
Me : "Credit card please".
Salesperson : "OK. By the way, how is your E72 ?"

He still remember me from the week before in which I bought my E72 at the same booth


Me : "OK" (hidden translation.. I haven't read the manual yet. I just know how to make call and sms only
)

After a few minutes and some signatures.. the handphone changed hand.

The next day.. I went to Celcom, Jalan Ampang and registered for a new number as well as upgrading mine to 3G all access.

Two days later..

Me : "Mak.. ini handphone Along dah belikan dan registerkan line."
Emak : "Terima kasih.."
My Lil Sister (2nd) : "Wah.. seronoknya" (hidden translation.. boleh guna untuk buat call sebab Along yang bayar)
Me : "Ehem.. ehem.. tidak dibenarkan di salah guna ye.."
Emak : "Macamana nak guna ni ?"
Me : "Ala.. suruh la budak-budak ni ajarkan.."
Emak : "Ye la.. terima kasih."

Emak had never use a handphone before. After 62 years, finally she got a handphone that she can claimed as hers.

MISSION ACCOMPLISHED

Note : The script had been added with some sugar & spices to make it more presentable..