01 November 2010

REZEKI TERPIJAK ?

Pagi tadi macam biasa aku hantar Nurin hana ke school jam 7:15am. Lepas hantar, aku teruskan perjalanan menuju ke stesen 'keretapi' untuk ke pejabat.

Sedang aku nak belok di satu selekoh, mata aku terpandang 'seolah2' sehelai 'duit hijau' sedang berterbangan di tengah2 jalan. Secara spontan aku berhenti dan parking kat bahu jalan. kebetulan pula time tu memang tak ada kereta, aku pun menuju ke arah 'duit hijau' yang berterbangan tu.

Makin aku hampir, makin terbang jauh. Makin aku dekat, makin terbang jauh.

"Ai.. macam nak lari daripada aku je"

Aku berlari2 anak sambil membongkok untuk mendapatkan 'duit hijau' tu. Nasib baik tak tertonggeng kat atas jalan bila kaki tersadung kaki satu lagi. Huh?!

In the end, dapat juga aku 'duit hijau' tu dan terus menuju semula ke arah kereta aku untuk meneruskan perjalanan.

Yang aku 'jumpa' adalah duit note RM5. Mungkin ini yang ornag kata rezeki terpijak?!

:-)


p/s : double joy pagi ni, selepas Liverpool menang malam tadi

mood : masih berdebar2..

4 ulasan:

Unknown berkata...

wah macam crite magika pulak, hehehhehe :)

Pala Maldini berkata...

saspen je lebih.. Padahal 'cuma' 5 ringgit je..

Dapat la buat beli breakfast McD lepas 3 hari...

Tanpa Nama berkata...

Kena sedekah duit yang jumpa tuh pada tabung masjid ;-)

ctpayong berkata...

cit...liverpool?