10 November 2010

IKLAN FREE UNTUK McDONALD

Sausage McMuffin with Egg


image : flickr.com


Semenjak 2, 3 minggu kebelakangan ni aku asyik nak mentekedarah benda alah ini sahaja. Kebetulan pula tempat pertukaran train aku tu ada McD, macam ada satu tarikan magnet pula tempat tu dengan kaki aku ni. Asyik2 nak menghala ke sana padahal arah lrt adalah bertentangan.

Dulu2 aku tak berapa gemar kalau ke McD pagi2 sebab nya diorang tak ada jual BigMac faveret aku tu pagi2 - "Maaf encik, cuma ada breakfast sahaja".

Sausage McMuffin with Egg ni di serve kan dengan Bun, Chicken sausage & Telur bentuk bulat (macam stail benjo) dan Cheese - memang marvellous !

First time aku pekena Sausage McMuffin with Egg ni ialah di hentian Genting Sempah dalam perjalanan ke satu destinasi pantai timur. Selalu tu sifat tamak haloba aku ni akan order Big Breakfast yang ada sausage, scramble egg & hash brown tu.. tapi, pagi tu ada satu kelainan yang mempengaruhi aku untuk order Sausage McMuffin with Egg! (sebenarnya elemen yang mempengaruhi aku tu ialah duit dalam wallet yang tak berapa nak ada - Sausage McMuffin with Egg murah sikit daripada Big breakfast!)

Sejak daripada saat itu, aku akan order Sausage McMuffin with Egg kalau kebetulan aku 'terbreakfast' di McD.

Dan, pagi tadi pun aku dah pekena satu round lagi.. mungkin kalau tak kuat iman, esok pun aku akan menjadi mangsa Sausage McMuffin with Egg juga!

Aisey, taip cerita pun dah buat aku terliur! Harus aku ke McD lagi pagi esok!!


nota : memang berhantu la.. at least seminggu aku akan singgah dalam 3 kali breakfast. Apa yang diorang dah mandrem kan aku nih ?

7 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

ko baca bismilah tak bila kekoh burger tu?

eh,aku pun suka set brekpes mcd ni...
tapi set set biasa dia aku tak suka

sitinaminah02 berkata...

ada dadah kot dalam tu. hahahaha. tp tinggi jugak kos breakfast ko ni bang.

ardinihumaira berkata...

sedaaap! lama dah tak pekena mc d

Syigim berkata...

i pun xsuka bfast mcd, n tensen kalo kena tunggu smpai 11am br bole beli bigmac hihi.. but kalo nak bfast mcd jgk, i'll have their hotcakes! :D niiiiiceeeee..

Pala Maldini berkata...

cik geli : siap doa makan lagi..

gadis comel : RM4.75 sekali hadap..

dni : jom.. meh join..

syigim : tak pernah try hot cake.. macam tak kenyang je.. hehehe

ibunurin berkata...

bagus la tu..hari-hari duk makan fast food...

Pala Maldini berkata...

:-p