26 Mac 2012

BAHASA JIWA BANGSA ?

Sumber : Utusan Malaysia Online


Aku ambil keratan ini daripada Utusan Malaysia Online.

Mungkin ini hanya satu perkara remeh yang aku nak ngomelkan pagi2 ini selepas berpenat-lelah ke LHDN tadi.

Cuba perhatikan perkataan atau lebih tepat lagi, NAMA PASUKAN yang mewakili negara masing2 untuk kejohanan Piala Axiata (sebuah syarikat Malaysia). 

INDONESIA RAJAWALI vs MALAYSIA TIGER

Kenapa Indonesia boleh gunakan perkataan Melayu/Indonesia, sedangkan Malaysia sibuk nak gunakan TIGER ? Macamana nak Memartabatkan Bahasa Melayu melalui MBMMBI ? MBMMBI = Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris. Nampak gaya macam Memperkasakan Bahasa Inggeris yang lebih nya.

Malu agaknya nak gunakan perkataan MALAYSIA HARIMAU untuk kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah RM1juta! huh!

Ok, puas hati aku dapat mengomel pagi2 nih..

Kepada orang BAM, renung2kan lah!

2 ulasan:

wahida berkata...

kan? sebenarnya Malaysia Harimau tu lagi nampak catchy sebenarnya, dan lagi nampak garang...

nurkaloi berkata...

hohohoho harimau baru ngaumm kannn