Petang semalam sementara nak menunggu waktu untuk balik, beberapa orang colleague aku datang ke kawasan kubic aku ni berborak2. Isu nya pasal shift staf. Punya lah rancak berborak sampaikan tak terasa yang masa berlalu dengan pantas. Alih2 aku nengok jamdah pukul 5:30pm - balik time!
Aku kelam kabut mengemas dan terus beredar sebab nak mengejarkan jadual train jam 6pm. Turun daripada tangga ofis, aku sambar surat kabar percuma yang di display (untuk di ambil) kat sini. Sambil berjalan ke lrt aku baca surat kabar.
Dalam lrt yang agak sesak tu, aku masih lagi teruskan membaca surat kabar sekadar yang boleh. Then, bila dah sampai stesen untuk tukar keretapi, aku cepat2 berlari dek kerana mengejar jadual yang cuma tinggal seminit agi keretapi nak bergerak. Mujur aku sempat naik.
Dalam keretapi tu aku baca lagi surat kabar, sampai lah semuanya (berita2 yang aku berkenan saja) selesai. Aku pun lipat dan letakkan surat kabar tu di atas rak tempat letak beg.
Aku raba2 poket, "Eh! Mana pulak perginya ?", aku dapat rasakan yang henfon aku takde dalam poket - PANIK!
Aku raba poket satu lagi - hampa. Aku check dalam beg pulak. Habis aku geledah semua poket yang ada - hampa juga. "Mana pulak perginya ni", aku dah bertambah panik
Ni mesti kes tertinggal kat dalam bilik meeting atau kat atas meja aku. "Aduh! camne nak buat ni ?"
Ligat otak aku fikir apa yang harus aku buat ? Jalan mana paling cepat ? Akhirnya, aku decide untuk berhenti di stesen yang aku parking kereta dan memandu semula ke ofis secepat yang boleh - berdebar2!
Sampai je, aku tak buang masa.. terus ambil kereta dan memandu semula ke arah ofis gunakan jalan tercepat yang ada - highway. Highway ni pulak ada beberapa simpang keluar. Disebabkan otak aku yang tengah serabut - dan panik - aku tersalah pula keluar sinmpang. Masuk ke kawasan yang memang jammed giler di sekitar bukit jalil. "Aduh! apa lah dosa aku hari ni sampai macam ni punya ujian".
15 minit aku tersangkut kat dalam jammed tersebut, sebelum berjaya masuk semula ke highway yang sepatutnya. Dalam 10 minit aku sampai ke ofis dan terus kelam kabut ke tingkat atas (bilik mesyuarat). Malangnya, tak ada!
Aku bergegas ke meja aku dan kebetulan Azli ada.
"Haa, ni henfon nko. Kalau biar sampai malam memang lebur la", kata Azli
Aku lega. Nasib baik.. kalau idak terbang lagi 1200 kalau nak beli baru.
Aku lepak2 borak2 dengan Azli dan dalam jam 7pm aku berangkat pulang.
Dan, dah nasib cik puan kpp & Nurin hana... dapat lah diorang makan Ayam Golek 5 Bintang yang terkenal tu (kedai di Bangsar) sebab aku dah bernazar masa on the way tadi.. kalau henpon aku tu dapat balik, aku akan belikan Ayam Golek 5 Bintang tersebut!
Lega..
5 ulasan:
Alhamdulillah jumpa balik henpon tu ;)
syukur alhamdulilah.
alang-alang dah jumpa, 1200 yang tak jd terbang tu belanjalah kami ayam golek 5 bintang. kihkihkih
mmg kedai tu nama ayam golek 5 bintang ke, kat bangsar eh? nak try jugaklah :)
tak ajak pun aku makan ayam golek..
eh, lama dah rupanya aku tak makan ayam golek eh
wah, siap nazar lagi...
ardini : alhamdulillah.. lega
idasz : nama ayam golek tu 5 bintang @ Ayam golek mek di kedai Nara Tomyam... kedai pertama sekali kalau datang daripada arah Angkasapuri..
cik geli : nko ajak abang geli lah..
wahida : huiiih... 1200 tu kalau nak beli lain..
Catat Ulasan