Andaikan gambar diatas adalah pokok jambu. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan sebagai alat mainan. Apa yang anda nampak ?
Main panjat pokok ? too typikal
Ambil daun nya dan main masak2 ? err.. too girlish untuk hensem & macho boy macam aku
Ber"sengayut"an dengan gaya kaki di atas dan kepala dibawah ? err.. next2 entry aku cerita
("sengayut" = bergayutan; biasanya di dahan pokok atau palang rumah)
OK. dah puas fikir ? So, apa pendapat anda ? Dengan tahap kreativiti yang melampaui batas.. dibawah ini lah jawapannya..
Pilih bahagian yang ditandakan/dibulatkan. Potong/tebang menggunakan apa sahaja senjata yang boleh diperolehi - sebaik2nya gunakan parang. Kemudian, dibersihkan sehingga ianya menjadi seperti alat mainan seperti dibawah ini..
Jadilah ia, sebatang kayu hoki yang diperbuat daripada dahan pokok jambu. Yang sebelah kanan ye.. bukan yang sebelah kiri tu. Kalau sebelah kiri, kena lah beli di kedai. Mana lah budak2 yang dok rumah setinggan macam aku ni mampu nak membeli nya!
Kayu hoki buatan sendiri macam ni boleh dibuat dengan apa2 dahan pokok sekali pun. As long as, bentuknya menyerupai kepada bentuk kayu hoki - seakan2 huruf "J". Kalau tak dapat "J", dapat "L" shape pun kira ok dah. Selagi mana ianya menyerupai bentuk kayu hoki yang sebenar dan memudahkan pemain untuk memukul "bola hoki" semasa permainan berlangsung nanti.
OK. Permainan "hoki" memerlukan dua pasukan yang secara dasarnya ada lebih daripada 5 orang. Jadi, permainan "hoki" ini adalah satu permainan yang memerlukan pengemblengan ramai konco2 untuk bermain bersama. Lebih ramai lebih baik.
Masa aku zaman budak2 dulu, kebetulan rumah bertentangan dengan rumah 'cik Yah tu ada laman berumput yang luas. Sangat sesuai untuk dijadikan stadium permainan hoki kami. Antara peralatan2 yang diperlukan oleh pemain hoki adalah seperti - "kayu hoki buatan tangan", bola tenis (sebagai bola hoki) dan sepasang selipar untuk penjaga gol (sebagai glove di tangan).
Oleh kerana kayu hoki buatan sendiri adalah alatan wajib, skill membuat kayu hoki perlu ada kepada bakal2 pemain2 hoki yang berminat nak main. Kalau nak harap kan orang lain buatkan, jawabnya memang lah dibuatkan guna batang ubi sahaja. Sekali tibai dah patah atau berkecai!
Peraturan permainan adalah lebih kurang dengan permainan hoki yang sebenar, cuma tidak ada lah peraturan seperti - tak boleh guna back stick - yang tidak dipraktik kan. Antara ciri2 pemain hoki yang diperlukan :
1) Keberanian
2) Keberanian tahap gaban
3) Tahan sakit !
Skill hoki = asalkan boleh pukul bola dah cukup hebat lah
Macam biasa, pemilihan pemain dibuat dengan menggunakan teknik lat-talilat-laili-tamplom atau ooo-som. Bila pembahagian telah dibuat, pasukan masing2 akan mengambil tempat dan side "stadium" masing2 seperti yang telah ditetapkan. Permulaan permainan, bola akan diletakkan di tengah2 padang dan kayu hoki seorang pemain daripada setiap pasukan di lagakan tiga kali untuk memulakan permainan.
Sepanjang permainan masing2 akan cuba menjaringkan gol. "Tiang gol" biasanya adalah pokok atau selipar yang ditandakan sebagai "tiang". Penjaga gol akan bersungguh2 menyelamatkan setiap percubaan daripada pihak lawan. Begitu juga dengan striker yang gigih membuat percubaan2 "bahaya" ke arah pintu gol.
Semua pemain akan bermain "bermati2an" seolah2 sedang mewakili Malaysia di sukan Olimpik!
Tahap kesabaran dan tolak ansur sangat penting dalam permainan hoki ini sebabnya masing2 "bersenjatakan" kayu dan sebarang rasa tak puas hati atau sikap panas baran akan menyebabkan situasi yang merbahaya - bergaduh guna kayu!
Kadang2 aku akan jadi gol keeper. Dan, tahap kehandalan aku sebagai keeper tidak lah dapat di nafikan lagi. Banyak percubaan2 bahaya yang berjaya aku selamatkan. Sehingga menyebabkan pemain striker pihak lawan menjadi buntu.
Tapi, menjadi gol keeper berdedikasi lagi handal seperti aku mengundang risiko yang amat tinggi..
Apabila tahap kecekapan dan keberanian mencapai tahap gaban, inilah yang akan terjadi..
kayu hoki batang pokok jambu buatan sendiri singgah tepat di kaki aku ! Huaaaarrrrrrrggghhhhhhh !!!!
4 ulasan:
tak penah main hoki, takut pukul kaki orang bukan pukul bola, hehehe!
kenangan yg tak boleh lupa..bila kayu hoki kak ct arwah nenek kak ct bakar buat kayu api sbb waktu berbuka puasa baru nampak muka (nak cover malas yg ter'over).
dolu2, masa muda2, kak ct malas gile...jgn cite sape2...rahsia kita berdua..syyyyyy
ieda : kalau main profesional... Ok kot. Yang amatur je dok balun kaki
ctpayong : biarlah rahsia.. (tak sangka pemain hoki rupanya)
hahahahahhahahaha... sama-sama...Pernah juga guna kayu nie..Nak beli x mampu lagi. Tapi saya pemain hoki masa sekolah rendah dulu. Yang syok boleh bwk kayu hoki balik rumah. yeaaa!so mmg jrg la guna btg pokok nie. kdg2 saja... ahahah..lucu pulak bila teringat :D
Catat Ulasan