29 April 2011

DALAM KENANGAN #18 - TAMBANG BAS

Dah letih main video game arked, dan dah habis duit.. aku dengan Shed tunggu bas depan Ampang Park - Bas nombor 176.

"Duit nko banyak lagi ke ?", tanya Shed perihal baki duit yang dia bagi kat aku sebelum ke APKR tadi

"Cukup la buat bayar tambang", aku jawab 
 

Sekejap tu, bas 176 pun datang. Kami tahan dan naik. Jam dah menunjukkan pukul 5:30pm - memang masa packed orang ramai balik daripada kerja. Kami naik ikut pintu yang belakang (bas ada dua pintu). Bila semua dah naik, konduktor bas mula lah "memotong" tiket (istilah untuk jual tiket dalam bas).

"TIKET, TIKET", sayup2 suara konduktor bas di hadapan bas sedang sibuk dok memotong tiket bagi penumpang2 yang baru naik sebentar tadi. Memang packed! mengalahkan tin sardin!

Selang dua bas stop, konduktor bas masih belum sampai lagi. Beberapa penumpang turun dan ada dua tempat kosong. Sangat cantik lah.. aku satu, Shed satu. Shed dah mula pasang strategy...

Konduktor bas lalu di kawasan tempat duduk kami tapi tak minta tambang. Mungkin beliau tak perasan yang kami belum bayar lagi. Aku buat2 tak pandang. Tapi, Shed lagi hebat.. dia buat2 tido! Lepas satu, satu bas stop lepas.. masih belum lagi konduktor bas tu minta duit tambang. Aku buat dono je.. buat muka tak bersalah. Shed pula pejam mata rapat2!

Tinggal lagi 2 bas stop nak sampai ke destinasi kami. Hati aku dah riang.. tak bayar tambang, makna nya boleh lah buat beli ais krim connetto nanti! Yes!

Tapi, mungkin riak muka aku agak mencurigakan. Tiba2 konduktor bas datang..

"Dik, tiket dah bayar ke ?", tanya konduktor bas

"Eh, tak perasan pula tadi", aku buat2 amnesia..

"Haa.. sila bayar. Naik daripada mana tadi ?", konduktor bas tanya lagi

"Ampang park", aku jawab. Alamak, KANTOI!!

"Bayar sekali dengan kawan awak ni ye.. 80sen", konduktor bas tunjuk ke arah Shed yang beriya2 benar pejam mata konon2nya tido mati!!

Maka, terpaksa lah aku bayar.. untuk dua orang.

Sampai destinasi aku dan Shed pun turun (pandai pula dia buka mata bila dah sampai.. cheh! siap buat2 aksi mengeliat lagi..)

Sudahnya, tak dapat lah aku beli ais krim connetto.... ais krim malaysia pun jadi lah.. huhu!


27 April 2011

AKU LIHAT ORANG DIHUKUM GANTUNG

Aku pergi ke hospital atas sebab2 yang tertentu dan dalam perjalanan pulang tu aku lalu di satu kawasan yang merupakan kawasan untuk orang2 yang dihukum gantung. Masa tu waktu subuh dan azan baru sahaja berkumandang.

Terlihat aku dalam bilik hukuman tu ada 8 orang sedang menanti nasib untuk di hukum gantung. Sambil di perhatikan oleh orang2 yang bertanggungjawab untuk tujuan perlaksaan hukuman tersebut. Aku lihat dengan tekun muka mereka2 yang sedang menanti ajal tersebut. Ada yang muda, ada yang agak berumur. Atas kesalahan apa mereka di jatuhi hukuman gantung, aku tak pasti.

Pesalah pertama sedang disediakan untuk menjalani hukuman. Setelah semuanya sedia, doa dibaca dan hukuman di laksana kan. Sekali sentap, aku dapat rasakan yang ianya satu kematian yang pantas - Tanpa bunyi, tanpa suara. Semuanya hanya diam dan kemudian doa dibacakan. Mayat di uruskan oleh petugas2 yang sudah sedia ada di dalam bilik tersebut.

Aku perhatikan lagi mereka2 yang sedang berdiri. Satu2 aku amati muka mereka. Tiba2, aku tersentak! sebab ada dua muka yang aku kenal betul. 

Satu : Sam - kawan sekolah asrama aku dulu; 
Kedua : Busu - pakcik aku (adik sebelah emak)

Aku terkejut dan tersedar daripada mimpi. Terus aku mengadu pada cik puan yang sedang lena di ulit mimpi.

Arghh.. aku bermimpi rupanya. Saspen betul lah!
 
Aku search "Tafsir mimpi" dalam internet untuk saja suka2. Amaran : Tidak dibenarkan untuk percaya!

Berikut antara yang aku jumpa :
 
Mimpi melihat orang digantung
Maka orang yang diimpikan itu akan menerima ganjaran Tuhan serta kurnia.

Mimpi melihat orang yang dihukum mati
Pertanda harus waspada terhadap perkataan dan perbuatan dalam pekerjaan


Wallahu'alam.

26 April 2011

FIRE DRILL & MEROKOK DI KHALAYAK RAMAI

Alkisah, semalam ada fire drill di bangunan pencakar langit ofis aku ni. Sedang kami sibuk2 nak mengadap auditor, tiba2...

KRIIIINNNGGGGGGGGGGGGGGGGGG!! 

with capital letter, bold and red..

Tandanya sessi fire drill bermula. Tercengang2 kami yang dok menunggu kehadiran auditor sirim untuk di audit. Adakah ini sabotaj ? hehehe..

Actually, aku di fahamkan plan untuk fire drill ini sudah tertangguh beberapa kali. So, semalam masa yang sesuai agaknya untuk proceed. Mujur juga ofis aku cuma di tingkat 1, kalau tidak.. mahu juga aku menyorok dalam almari malas nak turun. Bangunan ofis ni ada 55 tingkat, kalau anda ketika itu berada di tingkat 50..       sanggup kah ?

Maka berduyun2 lah semua menuruni tangga. 

Dalam keadaan sedang beramai2 menuruni tangga tu.. ada pula hamba Allah ni pergi bantai merokok! Sambil berjalan, sambil berkepul2 asap yang di hamburkan nya. Langsung tidak prihatin atau rasa bersalah dengan orang ramai yang ada dibelakang beliau.

Orang2 yang berjalan dibelakang beliau pula asyik dok mengibas2 kan kepulan asal rokok tu.

"Alo brader, pls lah.. aku tak mo asap rokok nko tu! Kalau ye pun nak merokok, tengok keadaan dan tempat lah..", kata aku dalam hati

Kalau tegur kang, ada yang bertumbuk pula. Sepanjang perjalanan tu agak menyirap juga darah aku mengenangkan brader perokok tu. 

Tiba tempat berkumpul memang havoc. Sebabnya, tidak teratur. Ketua2 tingkat pula ntah kemana perginya. Kami pun tak tau cara mana sepatutnya berkumpul walaupun sudah berada di tempat berkumpul yang sepatutnya. Apa yang aku tau, dalam fire drill.. ketua tingkat akan ambil nama setiap orang yang ada untuk memastikan siapa yang ada, dan siapa yang mengular.. haha!

In the end, lebih kurang 35 minit kemudian fire drill pun selesai. Semua kembali ke pejabat masing2 walaupun ada juga yang melencong ke arah lain..

Pengajaran semasa fire drill :

1) Perlu tahu kemana hendak dituju untuk berkumpul

2) Pastikan nama anda di rekodkan sebagai ada.. atau anda dianggap sudah "terbakar" dalam bangunan

3) Berjalan dengan tertib dan tidak berebut2 untuk mengelakkan kemalangan 

4) Jangan lah hisap rokok time orang tengah ramai2 tu! Tolong lah prihatin sedikit..

Sekian.

25 April 2011

A BIG WEEK AHEAD

Minggu ini merupakan satu minggu yang very eventful untuk aku. 

Mula dengan isnin dan selasa there will be an ISO Audit by SIRIM. Last year kami dapat a very good achievement on ISO dimana tiada satu pun NCR atau Observation yang di kenakan (Compliance audit). Mungkin Auditor pada masa itu bagi muka sedikit kepada kami yang baru sahaja pertama kali melakukan External ISO audit sebab unit kami ini adalah unit yang baru di bentuk setahun sebelumnya.

Based on cakap2 belakang, normally the Surveillance audit selalunya lebih strict berbanding Compliance audit. Therefore, we may need to put an extra focus and effort in order to maintain the achievement.

(mood rojak pula pagi2 ni.. hantam sajalah..)

Selasa juga adalah hari gaji.. Yahooo!! dimana gaji kali ini dibayar dengan tunggakkan berdasar kenaikan gaji yang telah di umumkan 2 minggu yang lalu. Macam biasa, kat ground floor office dah mula dipacak kan kedai2 yang menjual segala macam benda dengan tujuan untuk menggalakkan orang2 yang baru dapat gaji (dan tunggakkan kenaikan gaji) berbelanja sakan.

Rabu, hari bertenang... masa untuk sambung menghabiskan gaji yang baru dapat semalam nya..

Khamis - aku cuti sebab ada appointment doktor. Fingers cross! I am praying for the best this time around. Please God, help us.

Jumaat,  penghulu hari yang sangat aku nanti2 kan.. HARI BONUS!!!

Dah lama benar berkira2 itu ini, itu ini. Tak sabar rasanya nak nengok angka2 bertuah dalam akaun aku tu nanti.. hehe (senyum lebar!). Err.. saya nak beli camcoder, saya nak beli kasut baru 2 pasang, nak shopping baju, nak shopping di Ikea, nak pergi bercuti, nak belanja makan besar, nak itu, nak ini.. pendek kata macam2 ada!!

Jumaat malam macam biasa, Maharaja Lawak. They really make my day with their usual big laugh lawak! Tak sia2 aku tukat package ambil Mustika. It's a nice one. Most probably, by that time aku dah ada di rumah 'cik Mori sebab the next day nak ada makan2 dan kenduri.

Sabtu malam, As & Zila plan for Birthday party anak2 diorang dan di tumpangkan sekali nama Nurin hana. Juga, diorang nak buat sedikit kenduri doa selamat. lokasi = Rumah 'cik Mori. Dan, most probably it's a BBQ again... 

Sunday will be another hari bertenang sebab cuti 1 may iaitu cuti hari bekerja. Aku macam nak ajak cik puan &  Nurin hana ke Ikea untuk layan Swedish meatball. Tapi, belum pasti lagi

Memandangkan isnin will be off-day, aku sedang berkira2 untuk tambah cuti ke selasa.. namun, masih dalam pertimbangan serius.

That's the plan. Fingers cross, hopefully all will when well. InsyaAllah..

22 April 2011

DALAM KENANGAN #17 - "APKR"

Masa : Darjah 5

Masa sekolah rendah dulu aku ada seorang kawan rapat, namanya Shed. Dia ni anak orang kaya lah kiranya di kawasan "kampung" aku tu sebab rumah nya banglo batu dua tingkat dan ada ekon. Aku mula satu kelas dengan Shed masa darjah 5 Raya - kelas terpandai dalam hirarki kelas di sekolah aku tu.. ehem! ehem!

Kami memang sangat rapat dan sama2 meminati P. Ramlee! 

Kerap juga aku singgah ke rumah Shed dulu bila balik daripada sekolah. Kebetulan pula, jalan balik daripada sekolah tu pasti akan menempuh rumah Shed dulu. Mak bapak Shed dua2 kerja. Oleh itu, yang ada di rumah hanya lah orang gaji mereka sahaja. Dan, bila aku melepak di rumah Shed.. tak de lah pulak orang gaji dia tu nak banyak songeh tanya macam2. Bila dah puas melepak, aku balik ke rumah 'cik Yah sementara menunggu kedua orang tua aku balik. Bila 'cik Yah tanya mana aku pergi... aku akan jawab,"Pergi rumah Shed" dan biasanya 'cik Yah takde tanya2 lagi..

Kalau dah namanya anak orang kaya, tentulah duitnya banyak. Satu hari..

Shed : "Rul, jom gi main game" (maksudnya gi main game arked kat shopping complex) 

Aku : "Aku mana ada duit.."

Shed : "Takpe, aku belanja"

Bila sebut perkataan "belanja" je.. harus lah aku setuju, "Jom!"

Tempat yang kami tujui ialah - "Ampang Park : Keluarga Ria" 

image : curiositieschamber.com

Tempat ni letaknya di shopping complex Ampang Park di Kuala Lumpur (sekarang masih wujud) iaitu shopping complex tertua sekali di Kuala Lumpur! Kalau nak pergi ke sana.. harus lah naik bas len seng sebab kalau jalan kaki, pasti akan lenguh dan berpeluh2 - mungkin ambil masa 2 jam. Tambang bas nya 40 sen.

Di Ampang Park : Keluarga Ria, ada banyak video game arked yang memerlukan syilling 20 sen untuk main game. Memang seronok! ada macam2 game kat situ. Ada game lawan2, game kapal terbang tembak2, game perang2, game gaduh2, game bola dan macam2 lagi lah. Hendak2 pula budak macam aku ni yang segalanya di sponsor oleh Shed. Memang seronok giler!!

Secara dasarnya, Ampang Park : Keluarga Ria ini adalah tempat larangan untuk budak2 dibawah umur macam aku. Namun, sebab tokey tempat tu nak untung.. mereka biarkan saja aku dan Shed ber-maharajalela kat situ. Syaratnya, kena pakai baju biasa.. tak boleh baju sekolah. 

Bila dah puas main (bace : duit dah habis), aku dan Shed akan balik semula ke rumah Shed dengan menaiki bas. Kemudiannya, aku akan balik ke rumah 'cik Yah untuk makan sebab dah kebulur tak makan tengahari.

Sejak daripada itu, pada bila2 masa Shed nak ajak aku lagi.. dia akan kata : "Rul, APKR!"

Dan, haruslah jawapan aku ialah, "JOM!"