12 April 2011

LAUK PATIN RM13 RIBU!

Malam tadi kecoh isu sekumpulan orang makan di restoran ikan patin di Termerloh yang di charge RM13 ribu!

Memang sudah menjadi mimpi ngeri untuk pengunjung2 restoran ikan patin di Temerloh berkenaan dengan harganya yang tersangat lah melampaui batasan akal fikiran itu. Aku tak sure sejauh mana kebenaran nya dan mungkin juga cerita tersebut di exaggerate lebih2 oleh geng yang kena charge melampau tersebut supaya boleh kecoh satu malaya. Tapi, pagi ni aku cari berita online tu dah tak jumpa lah pulak!

Mitos pasal harga melampau ikan patin masak tempoyak di Temrloh ni memang dah lama. Cuma, yang menjadi kemusykilan aku ialah.. kenapa masih ramai yang nak cuba sembelih diri sendiri dan gi makan kat sana ? Adakah harga mahal tu sebenarnya hanya satu mitos sahaja ? Dan, yang paling penting sekali.. sedap benar ke masakan ikan patin masak tempoyak kat restoran di Temerloh tu ?

Bila beberapa kali perkara ini terjadi, menjadi satu misteri pula dalam  diri aku nak tau akan kisah sebenar apa yang terjadi. Mostly, cerita2 di surat khabar tu dah di tambah sedikit ajinomoto. 

Bebalik kepada cerita charge RM13 ribu. Menurut cerita nya, sekumpulan orang seramai 50 orang telah pergi makan di sebuah restoran ikan patin di Temerloh. Dan, tukang bayar menjadi terkejut badak bila harga yang dikenakan semuanya berjumlah RM13 ribu! Tak pasti pula cara mana bayaran tersebut di jelaskan. Mana ada orang bawa duit dalam brief-case untuk pergi makan di restoran, kan ?

Dengan kaedah simple matematik, kira2 RM260 satu kepala. Mak aih, makan ke mentekedarah ? Makan kat hotel 5 bintang pun tak se-grand itu harganya...

Teringin pula aku nak try... apa nama restoran tu eh ? Ada sesiapa (orang pahang) yang tau ?

11 April 2011

NURIN HANA KINI 4 TAHUN

Delayed entry

09/04/2011


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Nurin hana,
Happy birthday... to youuuu..

Pagi2 buta aku dan cik pun kpp dah menyanyikan lagu happy birthday pada Nurin hana bersempena hari lahir nya yang ke-4. Dah empat tahun masa berlalu rupanya.

Plan of the day - Aquaria, Rio (Wayang) & Senandung Malam (Bagan Lalang).

Satu perkara yang tidak cukup pada hari tersebut ialah - Kek Harijadi. :-(

For some reason, tahun ini happy birthday Nurin hana adalah atas perancangan ad-hoc. After 3 years of careful planning, it is a bit disappointing that this year was an ad-hoc one :-(

Walaumacamanapun, aku cuba juga try menggembirakan Nurin hana on her special day - although she might not really know the difference.

Flashed back on time. Kehadiran Nurin hana betul2 memeriahkan kehidupan aku & cik puan kpp. Dah jenuh kami dengar cakap2 orang dan macam2 yang telah dicuba. But, we never lost hope.

The moment she came to this world is my proudest moment.. EVER!

I am proud to be there in the labour room and certainly even more proud now everytime I heard she call me PAPA!

HAPPY 4TH BIRTHDAY NURIN HANA..


aisey sedih pula aku pagi2 ni...

08 April 2011

DALAM KENANGAN #15 - DOKTOR PAKAR BEDAH

"Apa cita2 kamu ?", cikgu tanya dalam kelas

Lepas seorang, seorang bangun dan berikan jawapan cita2 masing2.. tiba giliran aku..

"Askar", kata aku dengan penuh confident

Typikal, eh ? Biasa lah budak2 lelaki kalau masa kecik2 zaman aku dulu semuanya nak jadi askar atau polis je. Sebab apa ? sebab depa ada senapang dan pistol - sangat bergaya! (pengaruh filem2 koboi kat tv). Juga mungkin sebab kerap benar main perang2 senapang ceri..

Balik daripada sekolah, macam biasalah.. takkan nak ulangkaji pelajaran pulak ? Tentu lah pergi merayap dan main segala mak nenek mainan yang terlintas dalam kepala masa tu.

Entah apa ke hal hari tu tiba2 aku terasa macam nak jadi pakar bedah pula. Oleh itu, "patient" pun di cari untuk me-realisasi-kan "cita2" terbaru aku tu. Padahal baru je pagi tadi nya aku kata cita2 nak jadi askar. So, "siapa" yang nak jadi "patient" aku ?

"Bok, jom main bedah2 nak ?", aku cadang pada Babuk

"Nak bedah apa ?", tanya Babuk untuk kepastian. Sila ambil maklum yang perkataan yang digunakan adalah "APA" bukan "SIAPA" ye..

"Emm.. jom bedah cicak!", aku teruja sebab kebetulan mata aku terpandang seekor cicak yang dah bergelimpangan mati. Mungkin terkejut dengar aku kata nak 'bedah cicak'.. haha!

Sebagai persediaan, bahan2 pembedahan dicari iaitu :

1) Pisau bedah @ pisau lipat sepuluh sen
2) Patient @ cicak (yang dah mati terkejut tadi)
3) Tempat bedah @ kayu/papan
4) Beberapa batang jarum peniti

Aku pun mula potong... zass! sekali toreh dan terkoyak kulit dada "patient" aku. Then, berhati2 pula supaya tidak mencederakan organ dalaman nya. Aku singkap kulit dada "patient" dan cucuk kan ke "tempat bedah" supaya kekal terbuka. Ooo.. macam2 ada rupanya. Aku agak2 ada jantung, hati dan limpa.. mana lah aku tau actually apa benda yang tersembul tu semua. Habis semua yang boleh dipotong, aku potong. Mana bahagian yang aku boleh godek, aku godek. Pendek kata, lunyai lah "patient" tu aku kerja kan. Maklum lah.. doktor pakar bedah. haha!

Agaknya lah, kalau "patient" tu masih hidup.. tentu dah meraung bergema satu alam!

Bila dah takde benda nak di bedahkan lagi.. "patient" tu pun di semadikan..

RIP "patient" cicak

Maka, sah lah aku sebagai.. PAKAR BEDAH CICAK.

07 April 2011

CERITA SALAH ORANG DAN CERITA SALAH SENDIRI

CERITA 1

Semalam aku ke ofis naik kereta sebab sebelah malamnya nak gi main futsal somewhere di jalan kuchai lama. Secara lazimnya, aku akan keluar pagi2 buta sebab; nak mengelakkan jammed dan yang lebih penting berebut tempat parking. 

Keluar daripada highway dan masuk ke simpang taman desa, kereta dah beratur panjang - jammed!

Semua orang berebut2 nak masuk lorong. Ada juga yang hati buruk tu siap halang2 orang daripada masuk. Follow rapat2, ketat2 supaya orang tak boleh celah2. Memang agak chaos sebab sangat jammed. Almaklum sahaja semua orang nak cepat.

Mujur kereta merah aku tu ekon nya sudah baik dan radiator yang bocor dulu dah dibaiki. Oleh itu, aku agak aman dan bersenang2 di dalam kereta sambil melayan celoteh Krill, KE & SY di radio. Sedang dok layan tu, teringat pula aku nak mengutuk team kawan aku Tottenham Hotspurs yang dibelasah oleh real Madrid 4 - 0 dalam perlawanan suku akhir Champions League awal pagi tadinya.

Aku ambil handpone dan mula buka facebook. Sambil ber-facebook sambil mata padang ke depat. Ter-engsot2 kereta sebab sangatlah teruk jammed nya. Sedang aku menaip di facebook.. kereta depan jalan. Aku masuk gear dan tekan minyak. Tapi, kereta aku macam tersengkang tak boleh jalan. Nak kata gear tak masuk, aku dah make sure yang betul2 dah masuk. Aku tekan minyak sikit lagi...

SKRREEEEEEETTT.... sayup2 bunyi daripada belakang.

Bila aku toleh, aku nampak ada dua biji kereta yang memang sangat2 rapat dengan kereta merah aku. Satu rapat di belakang , satu lagi rapat ditepi - sangat2 rapat. Eh, takkan kena kot ? aku misteri. Aku buat donno je. Pemandu kereta hitam  (yang rapat ditepi) - perempuan - maju ke sebelah kereta merah aku. Dia buka tingkap dan menoleh ke sisi depan kereta. Rupa2nya, dek kerana terlalu rapat dengan kereta aku.. kereta honda city nya dah tersagat dengan kereta merah aku. Habis cat tertanggal lebih kurang satu kaki panjang diantara fender dan bumper depan. Mujur kereta merah aku ada garnish, so tak lah kena body kereta. 

Haha! padan muka! siapa suruh rapat sangat!! sendiri salah la.. aku buat donno dan teruskan memandu tanpa rasa bersalah. Dah memang bukan salah aku pun!

Aku di depan, dia dibelakang.. dah sah2 dia yang salah..

***

CERITA 2

Tadi bila ke toilet, aku bawa handphone sekali, sambil2 aku buka facebook nengok status kawan2.Bila dah selesai urusan, aku keluar ke kedai serbaneka untuk beli air - haus.

Balik ke tempat duduk, makan. Tak sempat makan tengahari lagi sebab ada urusan di luar. Habis makan aku check email yang melambak2 tu. Sambil2 baca surat khabar online - tak abih2 lagi cerita orang2 kastam nih! Sedang dok leka, tiba2 teringat nak check sms.. kot2 ada yang di hantar oleh cik puan kpp berkenaan birthday Nurin hana. Aku seluk poket kanan - takde. Eh!! mana pulak perginya ?

AKU PANIK!!

Bergegas aku berlari ke toilet untuk check - TAK ADA!

Cari pula atas meja, kot2 tertutup dengan segala sampah sarap kat atas meja - TAK ADA!

"Aisey! takkan hilang pulak!", aku merungut dalam hati. Aku capai telepon ofis dan call. Seorang minah angkat. Aku tanya siapa, dia cakap sambil gelak2. Aku cakap lah yang handphone aku ni hilang. Dia gelak2 dan tak nak bagitau nama. Rupa2nya, handphone aku tu ada orang jumpa di toilet dan serahkan kat beliau. 

FUH!! lega.. tau lah hujung bulan nak dapat bonus.. takkan semua nak pakat rosak dan hilang pulak kot!

Tapi, apa kan daya.. dah sendiri salah.. pasrah saja lah. Lesson learned.

DO NOT FACEBOOKING IN THE TOILET!!

01 April 2011

DALAM KENANGAN #14 - NINJA TUDUNG OREN

image : faizaladanan.blogspot.com


Teruja nak jadi ninja ?

Zaman kanak2 permainan adalah bermusim. Bila tiba musim guli, semua orang akan main guli. Kedai2 apek kat pasar pun akan sibuk jual macam2 guli. Bila tiba musim main gambar, pun sama. Begitu lah juga lagaknya bila tiba musim main gasing, main layang2, main basikal dan macam2 lagi lah.

Ada juga kadang2 bentuk permainan di zaman kanak2 aku ni di pengaruhi oleh unsur2 daripada cerita2 di tv. Contohnya, cerita ninja. Bila ada cerita ninja yang best, sure budak2 macam aku akan terpengaruh habis sampai kan semua nya pakat nak jadi ninja. Sebab apa ? sebab ninja itu COOL.. dia ada macam2 gadjet yang digunakan untuk pertarungan. Dan, yang paling famous ialah... "Bintang Ninja"

Tapi, apa pula kena mengenanya "Bintang Ninja" tersebut dengan "Tudung Oren" ?

Ini lah yang aku nak cerita ni...

Tudung oren atau tudung penutup botol air berkarbonat ini boleh di dapati dengan mudah terutamanya di kedai2 runcit di kejiranan setinggan aku. Biasanya, orang kalau beli air oren (kata ganti nama untuk air berkarbonat dalam botol) tudung nya akan dibuka di kedai tersebut yang selalunya ada menyediakan pembuka tudung botol kepada pelanggan2 mereka (yang digantungkan dengan tali pada fridge kedai). Tudung2 oren ini akan aku kumpulkan dan bawa balik ke rumah untuk di proses menjadi "Bintang Ninja".

Caranya mudah saja. Antara peralatan yang diperlukan untuk tujuan ini ialah seperti berikut :

1) Tukul
2) Gunting besi (bukan gunting baju atau kertas ye)
3) Pen atau marker
4) And, of course, tudung oren


Peralatan2 ini biasanya mudah di dapati dalam box pertukangan yang memang ada kat rumah aku. Macam2 ada dalam box tu.. apa yang perlu ialah sedikit creativity dan improvisation semasa proses penggunaan nya.

Mula2 sekali, ketuk tudung oren tersebut dengan tukul sampai menjadi leper atau rata. Buangkan getah yang biasanya ada terlekat pada penutup tersebut.


Bila dah puas hati dengan tahap ke-leper-an atau ke-rata-an tudung oren tu, lukiskan bentuk "Bintang Ninja" pada tudung oren tersebut. Ambil gunting besi dan potong mengikut lukisan tadi. Lepas potong biasanya akan bengkok2 sikit... so, ambil tukul dan ketuk bagi rata semula.

Kalau nak lebih gempak, asahkan bucu2 tajam tu dengan pengasah pisau supaya lebih uummppphhh!

Tara.. dah siap!

Maka nya, cara main "Bintang Ninja" ini ialah :

1) Baling ke arah dinding papan rumah (biasanya rumah setinggan majoritynya adalah papan)
2) Baling ke arah pokok (mangsa paling obvious ialah pokok pisang & pokok kelapa)

Terpulang lah cara mana nak main nya. Boleh lukis bulatan sebagai target.. atau apa2 sahaja berdasarkan kreativiti masing2. Kalau ndak, boleh letakkan gambar orang yang kita benci sebagai target! Kiranya, kalau siapa yang berjaya baling melekat dan dalam kawasan target tu kira "Ninja" yang hebat la.

Jadi "Ninja" memang asyik dan terasa macam hebat sebab mempunyai senjata yang sangat COOL!


Tapi, AWAS!! permainan ini sangat merbahaya kepada penyalahgunaan. Oleh itu, "Ninja2" hendaklah mempunyai tahap disiplin yang maha tinggi kalau nak main permainan ini iaitu - TIDAK BOLEH BALING KE ARAH MAKHLUK HIDUP!!!

Hait!! Arigato gozaimasu.. genki deska ?