Memaparkan catatan dengan label aidiladha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidiladha. Papar semua catatan

18 November 2010

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 3

Balik dari kubur, aku makan lagi. Lupa pula nak bagitau menu yang 'cik Mori dah prepare untuk jamuan raya haji kali ni (sorry lah, gambar tak ada)

1) Nasi Impit
2) Rendang Ayam Bandar
3) Asam Pedas Daging Tetel
4) Kuah Kacang
*Item #1 dimakan dengan item #2 atau #3 atau #4 atau ikut suka tembolok masing2

5) Mee Kari

Boleh dikatakan agak meriah lah. Kueh muih di carry-forward daripada hari raya puasa tempohari.

Tengahari, Azila dengan anak2nya datang (selepas beraya paginya di rumah mentua dia di Selayang). Sebabnya, petang tu Azila nak kena gi kerja (kerja shift) dan anak2 dia 'cik Mori dan ngah Miah yang jaga (budak hantu iklan - Shakir, 'cik Mori jaga & adiknya - Saif, ngah Miah jaga). Agak meriah sikit lah sebab si Shakir tu memang kaki buat kecoh.. err, orang yang menjaganya yang terpaksa kecoh mulut sebab dia tak reti dok diam punya budak!

Aku pula dah mula rasa sakit2 kepala.. ubatnya ialah, tido.

Petang,

Masa untuk pergi beraya ke rumah mentua aku di Lembah. 

"Eh, mana Syafiq nak gi tu ?", aku tanya cik puan kpp bila nampak Choi & the geng naik kereta macam nak pergi somewhere. Ada Choi, Asma, Syafiq, Ju & Faris.

Rupa2nya diorang nak pergi ber hari raya ke rumah 'cik De (emak kepada si Anis yang 'cik Ro jaga). So, kami pun follow - ke taman saga. 

Wah! 'cik De masak nasi minyak. Pucuk di cita ulam pucuk paku lah jawabnya. Dah lapar, di sogok pula nasi minyak. Memang sedap dan lazat! TQ 'cik De..

Destinasi seterusnya, rumah Kak Liza & 'cik Usop (Ex-jiran mentua aku merangkap penyewa, sekarang sudah pindah ke rumah lain tapi berdekatan). Ada Laksa, Nasi Impit, Rendang, kueh tiram & tempeyek. Lazat2 belaka. Tapi, cili padi untuk Laksa tu sangat pedas.. pergghh.. memang berasap kalau tergigit (samada dengan sengaja atau tidak sengaja). Kami lepak beraya sampai maghrib.

Malam.

Aktiviti malam hanya lah bersantai kami adik beradik ipar duai di rumah mentua aku.

Tamat.


nota : kesian Nurin hana main takde kawan..

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 2

Sampai rumah 'cik Mori, aku makan lagi.. kali ini my favourite - Nasi impit + Asam pedas daging tetel. Aku memang akan ternanti2 dan takkan miss membaham resepi 'cik Mori yang ini. Sama macam raya puasa yang lalu.

Sejak kebelakangan ini aku perasan yang raya haji dah tidak semeriah raya haji masa aku budak2 dulu. Persiapan pun ala kadar sahaja dan tiada lagi aktiviti ziarah di antara saudara mara atau jiran tetangga. Apatah lagi kalau kawan2 yang berjauhan. Semuanya semakin luput di telah arus pembangunan dan kesibukkan kota.

(Ya! aku budak bandar. Sejak azalinya, aku memang dibesarkan dan beraya di bandar.. tidak pernah, aku ulang TIDAK PERNAH aku balik kampung pada hari raya yang pertama. Pada aku, bandar ini lah kampung aku)

Ok, lepas makan.. sessi mini-bergambar, memandangkan cuma ada aku sekeluarga dan 'cik Mori saja di rumah 'cik Mori tu. Klik sana, klik sini, klik situ.. Nurin hana pun dah pandai men'ketip' kamera sekarang, jadi dapatlah aku bergambar berdua2an dengan cik puan kpp.

Kemudian, atas 'arahan' cik puan kpp, aku bergambar berdua2an dengan 'cik Mori pula. Bila posing untuk bergambar tu, tiba2 aku terkenangkan arwah 'cik Yah - emak 'cik Mori - yang mana aku pernah ambil gambar berdua2an macam gitu dengan posisi yang sama. Dan, masa itulah raya yang terakhir sebelum 'cik Yah jatuh sakit. Sedih! 

Juga, apa yang lebih menyedihkan ialah.. inilah kali pertama, aku ulang.. KALI PERTAMA aku bergambar berdua2an dengan 'cik Mori ! Teruknya aku..

Next.


Lot kubur : 285
Tanda nesan : Siyah binti Hj Manap

Lepas sesi bergambar, aku ke kubur 'cik Yah. Lama benar rasanya aku tak ke kubur 'cik Yah - sorang2 je. Berpusing2 juga aku mencari kubur 'cik Yah di tengah2 tanah perkuburan yang dah padat tu. Pusing punya pusing.. alhamdulillah, jumpa (kalau tak, sah jadi cucu 'derhaka' aku ni).

Aku berani declare, 'cik Yah lah ORANG YANG PALING AKU SAYANG SEKALI DI DUNIA INI. Malangnya, aku tak sempat nak membalas jasa 'cik Yah atas segala yang telah di lakukan untuk aku selama hayatnya. Apa yang aku mampu nak berikan hanyalah.. sedekah Al-Fatihah dan Yaasin - tidak setara dengan jasa 'cik Yah dan apa yang telah 'cik Yah korban kan selama hayatnya.

Sepanjang di kubur 'cik Yah, hiba benar rasa hati aku bila terkenangkan 'cik Yah. Sambil membaca Yaasin, air mata aku bergenang dalam kesedihan. Puas aku menahan kesedihan aku itu. Sekali sekala air mata manitis membasahi pipi..

Stop sini la.. sedih lah pula aku nak teruskan menaip..

AL-FATIHAH

bersambung..

17 November 2010

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 1

Tahun ini sepatutnya adalah giliran tahun beraya di rumah mentua aku seperti yang pernah aku jelaskan disini. Tapi, ada sikit kelainan sebab mentua aku kedua2 nya gi ke Mekah menunaikan ibadah haji tahun ni. Dan, cik puan kpp decide untuk beraya ke rumah 'cik Mori.. atas sebab2 yang tertentu (kisah tahun yang lepas).

Sudah jadi kelaziman, raya haji memang kami tidak buat pakaian raya sedondon macam raya puasa. Dan, hanya recycle aje apa yang ada dalam almari. Normally, recycle part tu lebih kepada aku la.. cik puan kpp dan Nurin hana selalunya akan beli baju siap. Aku pulak akan pakai je apa yang ada dalam almari mengikut kesesuaian warna.Cik puan kpp dan Nurin hana pakai kuning. Tapi, memandangkan aku takde baju melayu warna kuning.. aku pun recycle guna baju oren yang 4 tahun lepas punya. Kira ok la tu..

Sampai rumah 'cik Mori jam 11:30 malam. 'cik Mori tengah melayan drama kat tv sorang2. Babuk beraya di Terengganu (rumah bakal mentua - nak kena interview la tu), Azila beraya di Selayang (rumah mentua), As beraya di Gombak (rumah mentua - setahu aku patutnya dia beraya kat rumah 'cik Mori. tak pasti arrangement dia macamana). So, kalau ikut giliran.. aku pun sepatutnya beraya di Lembah (rumah mentua). Kalau betul2 macam gitu.. tentu 'cik Mori sedih. Sebab semua anak2 nya beraya di tempat lain. Untuk itu, aku ucapkan TERIMA KASIH pada keputusan cik puan kpp! 

Pagi, 17/11/2010 @ 6:30 pagi

"Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar"
"La ilaha illallahuwallahu akbar"
"Allahu akbar walilla ilham"
 
Pagi2 lagi aku dah bangun sebab aku dok expect yang sembahyang sunat hari raya haji akan bermula pada jam 8 pagi. Lepas mandi, bersiap2 dengan baju oren aku - siap bersamping, makan.. aku terus ke Masjid untuk sembahyang. Orang masih belum ramai lagi masa aku sampai. No wonder.. sembahyang di jadualkan pada 8:30 pagi. 

Lepas 'pesanan penaja' oleh nazir masjid.. sembahyang pun dimulakan. Agak berlainan dengan kelaziman nya dimana selalunya Imam akan memberikan sedikit panduan atau ulangkaji menerangkan kaedah2 bersembahyang raya. Tak kisah lah..

Selesai sembahyang disambung dengan khutbah. Seperti lazim nya, kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya, Nabi Allah Ismail di sampaikan.

Habis khutbah, aku pun berlalu balik ke rumah 'cik Mori..

bersambung..