20 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD GAMBAR RAYA & PENGGILIRAN

gambar raya family (rumah in-law).. semua ada


Tahun ini aku beraya di rumah in-law, macam yang aku tulis sebelum ini atas dasar penggiliran. Masa awal2 perkahwinan, aku tak berapa kisah sangat dengan isu penggiliran ini memandangkan rumah parents dan in-law aku adalah semukim. Naik kereta sepuluh (10) minit dah sampai.

Dulu2 aku rasa agak janggal bila pasangan suami isteri boleh bergaduh sakan pasal nak balik raya 'rumah siapa'. Mostly, cerita ini daripada drama2 raya kat tv la. Tapi, aku rasa itulah reality nya pun. Tidak di nafikan, walaupun sudah berkahwin masing2 masih tetap menebal perasaan untuk beraya dengan keluarga masing2. Padahal, kalau dah kahwin tu dua2 pihak lah keluarga. Tapi, itu bukan lah apa yang terjadi di alam nyata. Masing2 tentu nak melebih kan 'keluarga sendiri'.

Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik pada pendapat aku ialah.. PENGGILIRAN. Balik beraya bergilir2 di antara kedua2 rumah keluarga. Walaupun begitu masih ada juga kadang2 perasaan untuk 'melebih2kan' sebelah pihak ('keluarga sendiri') sugguhpun penggiliran pada tahun tersebut adalah di sebelah satu lagi. Aku dan cik puan kpp mula bersetuju dengan arrangement penggiliran ini bila cik puan kpp mengandungkan Nurin hana. Penggiliran ini melibatkan kedua2 hari raya - Aidilfitri dan Aidiladha. Telah dipersetujui, tahun pertama dimulakan dengan di rumah in-law. So, bermula daripada saat itu.. bergilir2 lah kami beraya seperti yang telah di persetujui.

Satu lagi, sekiranya kita sudah setuju untuk penggiliran.. adalah satu kemestian untuk berpegang kepada janji dan sentiasa ingat akan perjanjian yang telah dibuat. Ini sangat penting supaya tidak timbul isu2 berbangkit. Dan, menimbulkan rasa curiga dan tidak puas hati pihak suami atau isteri.

Personally, aku cuba jadi as fair as possible dalam hal ini. Antara tindakan aku :

1) Bila aku beli kueh raya, tak pernah aku lebih2 kan di antara kedua2 keluarga. Aku akan beli kueh yang sama dengan kuantiti yang sama daripada pembekal yang sama untuk kedua2 nya. Takde dakwa dakwi

2) Bila beraya di rumah in-law, aku akan stay di rumah in-law sehingga waktu yang telah 'ditetap' kan untuk berbuat sebalik nya (beraya ke rumah parents aku) iaitu pada petang hari raya pertama. Walaupun, pada hakikatnya aku SANGAT SUKA bertakbir raya dari rumah ke rumah yang di buat malam raya saban tahun di kawasan rumah parents aku.

3) Ziarah kubur arwah nenek kesayangan aku juga akan aku 'tangguh'kan ke masa yang lain. Dulu2 (sebelum kahwin) menziarah kubur arwah adalah satu acara WAJIB bagi aku terutamanya pada pagi hari raya aidilfitri.

4) Kalau ada perancangan untuk balik kampung, aku akan berikan keutamaan kepada kampung di mana penggiliran aku beraya. Contoh, kalau beraya di rumah in-law aku akan utamakan perancangan balik kampung ke ipoh. Kalau beraya di rumah parents aku, keutamaan balik kampung adalah ke melaka. Begitu lah adanya..

Itu lah yang aku buat untuk sekurang2nya cuba berlaku adil kepada kedua2 keluarga in-law dan parents aku. Pada aku kedua2 nya adalah keluarga aku.

Mungkin kadang2 aku terkhilaf dan melebihkan emak aku. Apa kan daya.. aku anak sulung dan aku anak lelaki. Lelaki dan perempuan tidak sama dalam hal ini. Tanggungjawab anak lelaki itu kepada ibunya tidak terhapus walaupun dia sudah berkahwin. Ibu tetap nombor satu. Bukan kah Syurga anak itu di bawah telapak kaki ibu ? Dan, Syurga isteri adalah suami nya ?

Dan, hari raya aidilfitri lah yang paling seronok.. sebab semua orang tanpa segan silu bermaaf-maafan diantara satu sama lain..


papa & Nurin hana


bersalaman dengan in-law


duit raya untuk anak buah



p/s : seronok beraya.. malas pulak nak bangun gi kerja pagi tadi.. huhuhuhu..

Tiada ulasan: