16 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD PUTU PERAK

Putu Perak

Seriously, aku memang tak pernah dengar pasal Putu Perak ini. Yang aku tau cuma Putu Piring yang di jual di pasar2 malam atau dalam kes bulan puasa di PARAM. Juga, Putu Mayam dan Putu Bambu.


putu perak atas dapur kukus

Aku jumpa Putu Perak ni semasa dalam perjalanan balik daripada kampung. Kami berhenti rehat di R&R Ulu Bernam (arah selatan). Kiosk nya berhampiran dengan Agro Bazaar.

Yang menarik minat aku pasal Putu Perak ni ialah bentuk nya yang agak unik dan menarik. Macam bahulu acuan yang asli. Cuma warna nya putih dan saiznya berganda lebih besar. Proses pembuatan nya agak simple berdasarkan video dan visual yang aku sendiri rakam tempohari (sebab malu nak ambil gambar). Dan lagi, orang sanggup beratur untuk beli. Itu petanda yang sesuatu benda tu sedap, kan ?

Resepinya (dari pandangan mata kasar amatur aku ini) :

1) Adunan tepung (aku tak tau tepung apa)
2) Kelapa parut (mungkin digaul dengan garam)

Peralatan :

1) Dapur kukus
2) Acuan

Sesudah beratur lebih kurang 15 minit..

"Bagi saya 6 ringgit", bermaksud 2 'pinggan' dimana setiap 'pinggan' terdapat enam (6) biji Putu Perak.

"OK"


putu perak - RM3 untuk 6 pieces

Cik adik putu perak tu tak banyak tanya terus bungkus dan letakkan dalam plastik. Aku hulur note hijau dan biru kemudian berlalu ke arah meja makan yang kami duduk tadi. Cik puan kpp sedang syok mem'baham' kueh tiaw sup nya - nampak macam sedap.

"Beli berapa ?", cik puan kpp tanya

"2 pinggan. Ada 6 biji satu pinggan", kata aku

Cik puan kpp sambung mem'baham' kueh tiaw nya.

"Tadi, Emak dah beratur dah.. tapi, lambat sangat, terus tinggalkan", kata cik puan kpp

Aku senyum - teringat pada satu pepatah lama,"Hendak seribu daya, mahu seribu cara"

Lepas cik puan kpp selesai makan, semua orang kecuali aku bergerak gi beli pau Yik Mun di 'kiosk cawangan' di sebelah tempat makan satu lagi. Aku pulak gi ambil kereta.

15 minit kemudian, semua masuk kereta dan kami meneruskan perjalanan pulang


***


putu perak sedang dalam proses dibungkus


Lokasi borak : Rumah FIL

"Wah! Yik Mun dah ada resepi baru ye", kata adik ipar aku Caen pada cik puan kpp

"Yang mana ?", tanya cik puan kpp untuk kepastian

"Inti kelapa tu. Bentuknya pun lain", kata Caen lagi

"Laaa.. itu bukan pau Yik Mun la. Itu namanya Putu Perak", terang cik puan kpp

"Tak rasa macam putu pun ?", Caen menyatakan kehairanannya

"Rasa macam apam, kan ?", cik puan kpp bersetuju

"Betul la.. rasa macam pau", aku sambung dan bersetuju sama

Memang rasanya macam pau pun. Jauh meleset daripada jangkaan aku

Itu lah, nama mungkin sama tapi rasanya sangat berbeza. Pada aku, kalau nak makan putu.. baik aku beli putu piring la.



p/s : mungkin orang Perak pure akan suka Putu Perak lebih daripada Putu Piring, kot..

2 ulasan:

Syigim berkata...

ooOOOOoo ini namanya putu perak ke? i mmg suka! tp xtau nama. i prefer this one than putu piring, sbb i suka inti kelapa dia ;)

tapi lekat2 kat celah gigi kan hahhaah ;) enjoy the rest of syawal!

Pala Maldini berkata...

Betul.. betul..

Actually bentuk nya yang sangat menarik minat. Makan sikit je.. sebab sibuk membaham pau yik mun..