15 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD NASI IMPIT + ASAM PEDAS TETEL

Nasi 'impit'. Masih boleh ke dipanggil 'Nasi Impit' bila nasi tersebut sudah tidak dihimpit lagi ? Aku masih ingat masa aku kecil2 dulu, arwah nenek aku pernah buat the real Nasi Impit (himpit). Selepas nasi lembik dimasak, ianya akan diletakkan dalam bekas (atau dibalutkan dengan kain putih) dan di himpit kan dengan benda berat.. selalunya menggunakan tapak batu giling yang berbentuk empat segi tu.

Bahan himpitan tu akan dibiarkan semalaman dan hasilnya terjadi lah apa yang kita panggil Nasi Impit (or should it be called Nasi Himpit instead ?) - nasi, padat dan pejal selalunya berbentuk empat segi.

Zaman sekarang ini, semua nya segera. Oleh itu, nasi impit pun telah di revolusikan menjadi.. Nasi Impit segera juga. Antara yang popular ialah 'Nasi Impit' Nona & 'Nasi Impit' Adabi. Namanya masih dikekalkan walaupun sudah tidak perlu lagi di himpit kan. Cuma ambil bungkusan beras yang sudah sedia dalam plastik dan rebuskan. Mudah dan pantas.

**update : cik puan kpp kata, "Bukan nasi impit la, itu namanya ketupat nona atau ketupat adabi"

***

"Tahun ni nko raya rumah Emak ke", sms aku kepada adik aku As & Zila

"Ye", adik aku As balas

"Tahun ni raya selayang", adik aku Zila balas

"Raya nanti nko tido rumah Emak atau rumah nko ? Kalau nko tolong Emak masak, buat la asam pedas daging tetel ye. Along raya lembah.. petang baru gi sana", panjang lebar sms aku pada adik aku As

Sms aku tu tak berbalas. Adik aku yang sorang ni memang macam gitu. Semendang (semendang = memanjang, kerap kali) je takde kredit henpon nya!

***

Masa : Petang raya pertama
Lokasi : Rumah Emak

"Assalamu'alaikum.. kami datang nak raya..", ucapan biasa di hari raya bila gi bertandang ke rumah Emak

Aku masuk ke rumah dan terus ke dapur. Sekali imbas aku dah tau yang Asam pedas daging tetel tu ada kat atas dapur tunggu untuk dipanaskan.

"Yes! ada"

Sementara menunggu asam pedas dipanaskan aku gi raya rumah pak ngah aku yang dok kat sebelah rumah Emak je.

Setengah jam kemudian.



"Nyam! Nyam!", aku bersila kat depan meja dan terus menyambar Nasi Impit + Asam Pedas daging tetel.

Habis sepinggan, aku tambah lagi. Benda tinggal sikit je pun. Kena berebut dengan adik lelaki aku Babuk!

In the end, rasa syukur sebab dapat juga aku merasa Nasi Impit + Asam pedas daging tetel yang Emak buat.

Resepinya :

Tanyalah dengan Emak aku, mana lah aku tau..



p/s : menu wajib aku sambar kalau gi beraya ke rumah Emak

Tiada ulasan: