Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

11 Mac 2011

DALAM KENANGAN #11 - RESEPI KEK DARIPADA BUKU HIKMAT 'CIK MORI

Kedua orang tua aku bekerja.. makanya, aku adik beradik di "tinggal"kan dibawah jagaan 'cik Yah yang rumahnya adalah berhampiran ("kampung" sebelah) - lebih kurang campur tolak 500 meter jaraknya. Tapi, dengan teknik masuk rumah tanpa guna kunci yang aku ada.. aku selalunya tidak lah dok di rumah 'cik Yah sepanjang hari selepas balik daripada sekolah.

Bila dah dok di rumah pula, mula lah macam2 idea yang datang untuk mengisi "masa lapang" sepanjang petang.. sebelum orang tua aku balik kerja.

Untuk makluman, 'cik Mori ada satu buku resepi kuih muih tulisan tangan sendiri yang cuma digunakan bila nak buat kuih raya yang aku namakan sebagai "Buku Hikmat". Dalam "Buku Hikmat" itu ada macam2 resepi kuih muih (yang ditulis dengan tangan sendiri oleh 'cik Mori - mungkin di salin daripada mana2 atau daripada resepi kawan2) daripada resepi & kaedah membuat biskut2 raya tradisional & moden sehingga lah ke resepi2 kek2 yang beraneka rupa dan rasa. Pendek kata, kalau terbitkan buat buku masakan... chef wan pun boleh tabik spring lagaknya... kot?

"Jom kita buat kek nak ?", aku bagi cadangan pada Babuk.

"Boleh tengok resepi dalam buku hikmat emak tu", aku sambung lagi

Habis semua rak2 di dapur tu aku selongkar untuk mencari bahan2 untuk membuat kek berdasarkan resepi dalam "Buku Hikmat" 'cik Mori tu.

Baking powder - checked
Vanilla essence - checked
Tepung gandum - checked
Telur - checked
dan, bla bla bla.. lupa dah la. Tapi, lebih kurang gitu lah senarainya

Bila bahan2 dah sedia, aku pun mula kan proses membuat kek berdasarkan kaedah2 yang dinyatakan di dalam "Buku Hikmat" tersebut. Bahan2 di campur, di gaul dan di pukul.. kira2 15 minit kemudian.. aduanan kek pun siap sedia untuk dibakar.

"OK, nampak rupa sama macam yang emak buat", aku berikan pandangan "professional" aku

Babuk angguk saja.

"Jom pasang api oven"

Bila semuanya sudah sedia, aku pun masukkan adunan tadi (yang sudah di masukkan dalam loyang kek) ke dalam oven untuk tujuan pembakaran kek. Sudah terbayang dah kek yang lazat itu - macam yang 'cik Mori biasa buat. Nyum, Nyum!

Selepas 30 minit..

"Dah boleh angkat ni", aku perhatikan kek yang aku bakar tadi nampaknya sudah "naik" seperti yang sepatutnya. "OK, angkat.. angkat"

Warnanya memang menarik (macam contoh dibawah)... coklat kekuning keemasan - macam yang 'cik Mori biasa buat! Yes!!

 
image : boxhousestudio.fotopages.com

"Biar sejuk dulu lah..", aku berikan cadangan

15 minit kemudian..

"Jom makan kek.. jom makan"

Dengan ke-tidak-sabaran, aku pun potong kek dan menyuapkan ke mulut.. emm..

Bluueeekkkkk !! Hampeh !!

Beginilah nasib kesudahan kek tersebut..


Sekian.

10 Januari 2011

BILA CHEF WAN BERTANDANG..

Chef Wan datang rumah ? Really ?

Haha.. ini "Chef Wan, Tu, Tri".. bukan nya Chef Wan yang menang anugerah Best Celebrity Chef tu!

Aku dok rumah sorang2 (sebab bercuti) dan tak tau nak buat apa. Malas nak gi kedai beli lauk ataupun order pizza domino (baca : pokai), aku pun geledah lah peti ais kat rumah.

"Mana pula perginya ayam organik yang cik puan kpp kata beli daripada kawan hari tu ?"

Takde benda sangat. Ada sedikit sotong (sekali aku ngap, memang habis) dan pek2 makanan segera beku. Tiba2 aku terpandang kepada bebola ayam & daging cincang beku keluaran ramly. Automatik keluar "mentol" atas kepala aku. Ok, set!

Pergi kedai (terpaksa juga akhirnya) beli bahan2 yang patut.

Oleh itu, secara ekslusif nya di ruangan ini.. kita mulakan satu kelas memasak (yang tak sedap mana pun..)


Menu pertama : KARI BEBOLA AYAM DENGAN DAGING CINCANG

Bahan2 :
1) Bebola ayam - bilangan bebola ikut sesuka hati
2) Daging cincang - secukup rasa
3) Serbuk kari - apa2 brand
4) Santan - segera boleh, perah kelapa pun boleh
5) Garam - secukup rasa
6) Kentang - dipotong dadu besar2
7) Bawang merah + bawang putih - bahan tumisan
8) Minyak - untuk menumis
9) Air  


Cara2 membuatnya :

1) Masukkan minyak, kemudian bahan2 tumisan kedalam periuk. Tambahkan garam. Tumis sehingga mengeluarkan bau wangi tumisan.

2) Bila sudah naik bau tumisan, masukkan serbuk kari (sebaik2nya sudah di campurkan sedikit air) ke dalam periuk tadi. Kacau dan biarkan seketika. Campurkan sedikit air dan masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan campuran tadi mendidih

3) Masukkan bebola ayam dan kacau. Kemudian masukkan kentang. Kacau dan biarkan seketika. Seterusnya, masukkan daging cincang ke dalam masakan tadi.

4) Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Siap!



***

Menu kedua : "BURGER"DIL

Bahan2 :
1) Daging cincang - ikut suka hati
2) Kentang - dipotong leper (janganlah nipis sangat)
3) Bawang merah - di hiris kalus dan kecil2
4) Daun bawang - dihiris halus
5) Garam - secukup rasa
6) Serbuk black pepper - secukup rasa
7) Telur - dipukul (tidak perlu tambah garam)


Cara2 membuatnya :

1) Mula2 goreng kentang sehingga separa (atau 3/4) masak. Tos-kan minyak nya dan biarkan sejuk seketika. Bila kentang goreng tadi dah sejuk, masukkan dalam bekas dan lenyek kan sehingga lumat. Ikut lah cara mana nak lenyek. Guna tangan boleh, guna sudu boleh atau guna senduk.

2) Campurkan kentang lenyek tadi dengan daging cincang, bawang dihiris, daun bawang dan garam serta serbuk black pepper secukup rasa. Gaul dan uli sehingga sebati. Bila dah sebati, bentukkan bulat2 supaya mudah dipenyekkan sebelum di goreng di dalam kuali. Bulat2 kecil lebih mudah nak masak berbanding dengan bulat2 besar.


3) Panaskan minyak. Sebaik2nya gunakan kuali yang berbentuk leper. Penyekkan adunan tadi menjadi bentuk leper, celupkan kedalam telur (yang telah dipukul tadi) dan goreng didalam kuali. 


4) Agak2 dah masak, keluarkan dan serve. Siap!


Kedua2 masakan sangat sesuai di serve dengan nasi putih panas.. Nyam! Nyam!

Ok ye tuan2 dan puan2.. itulah resepi kita untuk hari ini. Eh, lupa pula aku bahan yang terakhir dalam masakan2 diatas iaitu : Senyuman - baru lah masakan tu menjadi sedap!

Kalau nak tau sedap ke tak sedap, kena lah tanya dengan cik puan kpp (quality controller).

Sekian rancangan kita. Sehingga di lain siaran (yang ntah bila gamaknya..)
Selamat mencuba.