26 Mac 2012

BAHASA JIWA BANGSA ?

Sumber : Utusan Malaysia Online


Aku ambil keratan ini daripada Utusan Malaysia Online.

Mungkin ini hanya satu perkara remeh yang aku nak ngomelkan pagi2 ini selepas berpenat-lelah ke LHDN tadi.

Cuba perhatikan perkataan atau lebih tepat lagi, NAMA PASUKAN yang mewakili negara masing2 untuk kejohanan Piala Axiata (sebuah syarikat Malaysia). 

INDONESIA RAJAWALI vs MALAYSIA TIGER

Kenapa Indonesia boleh gunakan perkataan Melayu/Indonesia, sedangkan Malaysia sibuk nak gunakan TIGER ? Macamana nak Memartabatkan Bahasa Melayu melalui MBMMBI ? MBMMBI = Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris. Nampak gaya macam Memperkasakan Bahasa Inggeris yang lebih nya.

Malu agaknya nak gunakan perkataan MALAYSIA HARIMAU untuk kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah RM1juta! huh!

Ok, puas hati aku dapat mengomel pagi2 nih..

Kepada orang BAM, renung2kan lah!

22 Mac 2012

SALAM KEMBALI KEPADA AKU..

Wohooo.. lama betul aku tak buat entry apa2. Lately life is a bit "self-inflicted" busy dengan beberapa "project" yang masih dalam proses perlaksaan. Letih

Lama tak lama nya aku tak buat entry, pokok limau kasturi dalam gambar entry yang last tu actually sudah pun jadi buah. Petani bandar sedang dan tak sabar menunggu untuk tuaian pertama..

3 major things actually in the pipeline :

1) Rumah untuk disewakan
2) Refinance
3) Project petani bandar

Haha! bunyi macam something-granduer... but it is nothing more than memeningkan kepala sendiri. As mention above... it's a self-inflicted-busy kind of things

Disebabkan aku lama tak buat entry, maka nya beberapa event terlepas lah untuk di kongsikan. Antaranya :

1) Birthday Cik puan kpp... when I send her delivery flower, suddenly she requested for something else.. "benda yang boleh buat kenang2an", katanya :-(

2) Banjir paras dada kat rumah 'cik Mori yang menjahanamkan almost every kabinet and electronics gadget yang ada. Mujur, my brother managed to limit the damages of the electronics gadgets. Basically, all other almari2 memang hukum buang atau pun sudah jadi "cacat-kekal". It's truly a challenging events for us.

3) Jalan2 cari pasal ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary Park. Nurin hana memang sangat excited sampai kan dia sendiri buat countdown till the actual date. Very tiring, but enjoying events... 

4) Completion of urusan jual beli rumah yang di beli atas tangan orang. Then, mula proses repair2 rumah sendirian berhad yang memang makan masa yang sangat lama weh! Alhamdullilah, the process was completed with minimal hiccup.. Thank God. It's now officially ours...

5) Completion of signing the refinance documents. Pindahkan pinjaman daripada bank kepala rimau yang liat betul nak bagi interest yang bagus ke loan kampeni GLC yang aku kerja ni. Although loan kampeni are using Al-Bait Bithamin Ajil konsep yang secara teorinya memang tak berapa menguntungkan peminjam, namun... benefit kampeni yang bagi Muqassah.. maka bayaran bulanan berkurang sebanyak approx. RM130 daripada current monthly payment chanrged by bank kepala rimau... again.. Thank God. And, the best part is.. the payment amount is fxed! not tied up to the BLR.. double Thank God!

Apa lagi ye, apa lagi ye...

6) Liverpool FC menang League Cup untuk tahun ini, Yey! the first trophy since.. don't remember when.. 4-5 years back, kot? Although tahun ini performance not that good in the league. The team is still lacking the killer instinct and 20+ goal striker despite spending quite a lot on new players... hmmm..

Ok lah, hopefully this will be the starts of many more entry... kalau aku tak malas.. huhu!

01 Februari 2012

((PETANI BANDAR)) LIMAU KASTURI SAYA SUDAH BERBUNGA

limau kasturi

Limau kasturi petani bandar sudah berbunga... yey! Wangi!

Alhamdulillah, limau kasturi yang aku beli tempohari dah berbunga dan sedang menanti untuk menerbitkan buah. Seronok pulak rasanya walaupun petani bandar terpaksa menanam dengan kaedah pasu disebabkan oleh tanah yang berbatu batan keras!

Bila satu pokok menunjukkan kemajuan memberangsangkan, semangat petani bandar semakin berkobar2 untuk menambah koleksi tanaman kepada pokok2 yag lain pula...

Selain pokok2 dalam entry yang lepas, petani bandar telah menambah koleksi pokok2 tanaman kepada...

Miracle berry, limau purut (atas pemintaan cik puan kpp), ulam raja (cik puan kpp juga), pisang, pandan, kelapa pandan, kari, ulam pegaga dan betik.

Beberapa pokok lain juga telah menunjukkan perkembangan yang baik dimana telahmengeluarkan tunas2 baru dan sebagainya... memang menambahkan semangat petani bandar.. yiihaaaa!

31 Januari 2012

A RACE AGAINST OVERHEAT

Ini cerita Jumaat lepas.

Pagi2 bangun terasa macam malas nak pergi kerja... entah kenapa, aku tak pasti.

Jam dah tunjuk 7:20am, tapi masih belum gerak2 lagi... ah, sahih aku dah lepas jadual keretapi jam 7:30am. Cik puan kpp dah siap2 masuk kereta beliau dan terus memecut pantas meninggalkan aku dan Nurin hana untuk naik kereta merah itu.

Macam biasa, pagi2 aku akan starts enjin untuk tujuan warm-up.

Tapi, entah apa hal pagi tu tiba2 aku terasa macam nak "ramp" enjin kereta se-pam dua. Aku pun tekan padel minyak sampai habis... Vvrroooommm! Vvrooooooomm! 

Di hujung vroom yang kedua,  terdengar bunyi lain macam di sekitas enjin pusss! puss! pussss! bunyi nya. Aku dah suspens! Alamak! apahal pulak ni... Dalam hati, harap2 jangan lah enjin rosak ke apa ke..

Aku off dan starts enjin semula. Hidup, tapi bunyi nya lain macam! Check2 kat enjin rupa2nya.... Loh!! Fan belt putus sih!! dan, Air-cond belt pun dah misplaced. Panik!

Nurin hana tanya, "Kenapa papa?"

"Kereta papa rosak", jawab aku

"Kan Nurin hana dah kata, kereta papa ni dah tua", balas Nurin hana

Huh?! ini mesti kerja "ajaran sesat" cik puan kpp !
Tanya2 kawan samada boleh jalan tak kalau keadaan kereta macam tu ? Dia kata boleh.. tapi, jangan jauh2 katanya. 

Malas nak fikir panjang, aku pun gamble starts enjin menuju ke worksyop di bangi. Dalam perjalanan aku dropped Nurin hana kat school beliau dan teruskan misi berani mati aku. Ini kalau apa2 jadi tengah jalan... maunya haru.

Suku perjalanan aku perasan yang temperature makin naik dah nak dekat merah. Rupa2nya, bila belt tu putus, fan pun tak boleh kicked sebab bateri tak charged. As a result, enjin jadi panas lah..

Aku berhenti tepi jalan (sebelum temperature dalam kawasan merah) dan biar enjin cool down sikit. Tuang2 air lebih kurang dan beberapa minit kemudian aku starts enjin dan teruskan perjalanan lagi. Beberapa kali aksi yang sama aku ulang untuk menggelakkan enjin jadi overheat yang mungkin lebih merobek pokok aku nanti! 

Alhamdulillah, in the end aku berjaya sampai ke worksyop yang di tuju tanpa ada insiden yang tidak di ingini dan tidak overheat - Lega!

Dan, RM168 + 3 jam kemudian... semuanya back to normal. Lega

Root cause :
1) Bracket attenuator longgar sebab ada skru yang sudah hilang

Pengajaran :
Kalau nak gamble... make sure yang ianya "Calculated gamble" dengan erti kata lain... pastikan kita tahu apa yang kita buat dan akibatnya

Sekian

30 Januari 2012

MENGEKALKAN KEKAYAAN 10%

Ok, dalam entry lalu aku cerita pasal "tiba2" aku jadi kaya sebanyak 10%..

It turn out ada sedikit udang disebalik batu dengan "penganugerahan" 10% tersebut. Those yang certified kena lah buat "sedikit" kerja2 extra dan perlu "memastikan" anak didik masing2 mnecapai kelulusan dalam certification exams yang mereka akan duduki kemudian hari.

1) Extra work out of normal day-to-day work... emm, ok..

2) Memastikan anak didik lulus exams.. emm, ok..

Persoalannya, macamana aku nak make sure diorang lulus exams sedangkan exams tu diorang yang buat ?

Tiga hari, tiga malam aku termenung berfikir... patut atau tak patut aku terus "kekalkan" kekayaan sebanyak 10% itu ?

Rata2, kawan2 lain yang aku sempat tanya... semua nak proceed dengan hati yang gembira atau pun encourage aku untuk proceed juga.. oh, dilemma!

Fikir punya fikir, akhirnya aku ambil keputusan - setelah mendapat nasihat2 tuan penasihat tidak berdaftar - untuk terus "kekalkan" kekayaan sebanyak 10% itu. Tadi dah sign dan submit borang for participation...

Bak kata Azli, agak2 berat sangat nanti... dropped je lah!

Dan, untuk itu aku sudah siap sediakan alasan nya! haha!

Oleh itu, buat masa ini aku just enjoy the 10% to the fullest... yey!