Memaparkan catatan dengan label petani bandar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petani bandar. Papar semua catatan

05 Julai 2013

PETANI BANDAR : BETIK DEPAN RUMAH


Apa macam ? teruja tak tengok gayutan betik tu ? Perghh..

Tapi, sayang... seribu kali sayang...

Buah nya lebat tapi rasa... tidak manis. Bukan tahap kurang manis, dah boleh kata tidak manis..

Arakian alkisah, petani bandar membeli anak pokok betik ini di sebuah nursery di Bangi. Masa beli tu masih kecil anak lagi... kecil sangat2. Dengan harga RM5

Keterujaan petani bandar nak beli benih pokok betik ini sebab di nursery tersebut ada pohon betik jenis ini yang besar dan buah nya.. masyaAllah, besar2 lah.. (sebut slang arab sikit untuk menambah effect)

Memang tak di nafikan, buah nya kalau menjadi betul2.. besarnya lain macam. Kalau dipotong, biji dalamnya ada lah dalam 3-4 biji.. pelik bebenor!

Petani bandar tak tahu apa nama pokok betik ini, tapi.. mungkin juga buah nya digunakan untuk buat rojak, kot? ntah lah..

Seriously, agak kecewa dengan tahap rendah kemanisan nya.

Pak mentua petani bandar gemar lah.. sebab nanti boleh suruh 'cik Ro buat masak sayur.

Yang ipar petani bandar pun sama.. dia gemar yang baru masak sikit2.. masa betik tu ala2 mengkal lagi. Lebih sedap makan masa tahap masak yang begitu.. katanya.

cik puan kpp jangan kata lah... rasanya, baru sekali dia menjamah buah betik tersebut walau dah berkali2 petani bandar memetik dan memotong nya.

Nurin Hana juga lah yang setia menemani petani bandar membaham buah betik tersebut bila petani bandar memotong nya. Itu pun, kami berdua tak pernah dapat habiskan walau sebiji. Pasti ada saja baki nya yang dibuang

Nak dipotong terasa sayang, tapi.. nak di makan.. tak lalu lah pulak rasanya.. huhu!

Nasib nko lah betik!

p/s: rindunya nak makan betik kat rumah lama dulu tu yang tersangat manis dan ranum..... huhu!

20 Disember 2012

MISTERI JAMBU -- ((PETANI BANDAR))

Pokok jambu yang petani bandar tanam dah lebih beberapa minggu berbuah. Segar, menghijau dan semakin membesar. Bila di hitung, ada 4 biji semua nya..

Suatu hari, selepas petani bandar balik berjalan2 dengan cik puan kpp..

"Yang, buah jambu ni macan kena gigit lah", ayat penyata cik puan kpp

"Emm.. masa pergi pagi tadi, elok je kan?", petani bandar musykhil


Petani bandar agak2 budak2 yang selalu main lati2 depan laman yang punya angkara. So, petani bandar ambil keputusan untuk bungkus guna plastik.

"Ok, dah wrapped. Pasti selamat", kata petani bandar dalam hati

Beberapa hari kemudian..

"Oh sayangku, redho aje lah..", cik puan kpp post satu gambar di fb



Apa dah jadi ?

Bila balik dari kerja, petani bandar tanpa menlengahkan masa terus mengadap pokok buah jambu didepan rumah...

Sah! kali ni bukan tokak lagi... memang makan bersungguh2!

Tapi, siapa punya angkara ?

Kucing ? tak mungkin... mana ada kucing makan jambu

Budak2 ? emm.. kalau budak2, apa susah payah dia nak gigit kat pokok. Baik dia terus cabut dan makan sambil berlari2

Anjing ? ada anjing makan jambu ke ?

Bingung!

Selang beberapa hari..

Setelah puas petani bandar berdiskusi dnegan cik puan kpp dan "pakar pertanian tanpa tauliah" si Azli... masih lagi menemui jalan buntu...

Sehinggalah suatu petang, petani bandar ternampak kelibat seekor tupai berlari2 anak di koridor rumah..

Huh?! Sah! ini mesti kerja sang tupai!

Untuk menggelakkan kekecewaan serupa... petani bandar terus memetik kesemua buah yang masih selamat untuk di simpan di dalam peti.

Dan, alhamdullillah.. bila di makan bersama2 cicah mak bee... "amboii.. sedapnyaaaa.." (tonasi macam lagu Jambu masa Maharajalawak minggu yang lalu)

Sekian

06 Disember 2012

((PETANI BANDAR)) - MIRACLE BERRY : KOMEN PEMBACA

Tiba2 terasa macam nak menjengah ke dalam blog aku ni yang dah lama terbiar begitu saja. Agak tertarik kerana ada orang komen berkenaan dengan Miracle Berry dalam entry yang lepas.


Ok, last few weeks ada 2 biji buah Miracle Berry yang masak meranum di pokok Miracle Berry aku tu. Punya lah excited, sebab yang batch lepas ntah kemana hilangnya. Aku suspect kena bedal dengan burung memandangkan warna merah nya yang sangat menarik perhatian itu.

Ok, bila aku dah confirmed ada 2 biji yang masih selamat masak meranum di pokok... terus aku whatsapp Azli...

"Li.. miracle berry dah masak. Ada 2. Kalau ada rezeki, isnin kita try"

"Ok", balas Azli

"Kita buktikan mitos buah miracle berry ini..!"

"Yeah! mythbuster..", balas Azli

On monday yang dijanjikan, aku bawa 2 biji Miracle Berry yang sudah masak merah meranum.

"Ok Li.. nko satu, aku satu.."

"Nko biar betul. Buat nya dua2 pitam kang ?", Azli was-was

"Takpe, biar aku try dulu.."

Terus aku makan sebiji. Tinggalkan sebiji lagi untuk Azli.

"Kalau aku pengsan, nko tau lah apa sebab nya Li..", aku 'wasiat'kan kepada Azli... hehe

Berbekalkan air suam segelas, lepas makan Miracle Berry tersebut... aku pun teguk air 'reverse osmosis' segelas... gulp, gulp!

"Emmm.. tak de rasa apa2 pun Li.."

"Betul ke buah yang nko makan ni ?", Azli was-was lagi

"Betul lah.. ornag pasar malam tu yang kata itu pokok 'buah ajaib'"...

Tak puas hati... lepas makan tengahari, aku bedal sebiji lagi (yang reserved untuk Azli). Sebabnya, Azli was-was nak try..

Aku teguk lagi air 'reverse osmosis'.... emmm... masih sama!

Maka, aku buat kesimpulan...

Miracle Berry + Air Suam = Air rasa manis ---> adalah MITOS semata!

Jadi, experiment aku ni sebenarnya, meng-iya-kan komen yang di tulis oleh Ai One dalam entry yang berkenaan..

18 Julai 2012

((PETANI BANDAR)) - BUAH SULUNG MIRACLE BERRY

Alhamdulillah... happy nya petani bandar semalam!

Selepas dapat tahu lulus exams ITIL paginya, balik kerja pulak dapat berita gembira lagi...

Pokok Miracle Berry petani bandar menerbitkan buah sulung nya... yeahoooooo! Seronok gila..

Synsepalum dulcificum also known as the miracle fruit is a plant with a berry that, when eaten, causes sour foods (such as lemons and limes) subsequently consumed to taste sweet. This effect is due to miraculin, which is used commercially as a sugar substitute. Common names for this species and its berry include miracle fruit[2], miracle berry, miraculous berry,[2], sweet berry... wiki

Sebenarnya dah lama petani bandar beli pokok miracle berry tu kat pasar malam. Asal2 beli dulu memang macam dah berbunga... tapi, setiap kali itu bunga nya tak menjadi. Daripada sehari ke sehari... masih sama. Walau banyak mana bunga ynag keluar, akhirnya bunga nya menjadi hitam dan 'mati'... semua gagal menjadi buah.

Petani bandar tidak pasti apa sebenarnya yang tak kena dengan pokok tersebut. Nak kata tak cukup baja, sebulan sekali petani bandar dok top-up baja. Tak cukup baja organic (baja tahi ayam), bubuh pula baja kimia yang petani bandar beli kat UPM.

Tapi, semua keresahan terlerai petang semalam bila tak semena2 petani bandar terpandang buah miracle berry muda yang semakin membesar di dahan pokok miracle berry nya...



Berdasarkan pembacaan, ke-istimewaan buah miracle berry ini ialah bila kita makan buah nya... semua makanan selepas itu menjadi manis. Contoh kalau minum air suam, rasa manis juga... 

Ini adalah disebab kan oleh sejenis tindak balas kimia yang terdapat pada buah tersebut yang menyebabkan semua benda berasa manis.

Petani bandar difahamkan, buah miracle berry tersebut berwarna hijau ketika muda dan berwarna merah bila sudah masak. Dan, ianya tidak ada rasa apa2 pun.

Actually, petani bandar sangat teruja nak test sendiri ke-istimewaan yang di canang2kan itu... sebab tu lah jadi sangat excited bila petang semalam petani bandar nampak pokok tersebut berbuah.

Disamping itu, 'cik Mori yang ada penyakit diabetes tu mungkin boleh gunakan miracle berry untuk merasa kemanisan pada makanan atau minuman... sekaligus, boleh mengurangkan penggunaan gula yang menjadi 'musuh' utama.

Harap2, pokok tersebut berbuah lebat dan boleh lah petani bandar hantar sepokok kepada 'cik Mori pula nanti. Dah terbayang2 nak gi beli sepokok lagi kat pasar malam jumaat nanti...

09 Julai 2012

PELARASAN... OH! PELARASAN...

Beberapa bulan yang lalu, aku dapat berita selepas sessi "Teh Tarik" dengan CTIO, yang akan ada pelarasan gaji... kata GM HR tu.. "Pray hard for that. We are working very hard on that item"

Tanpa lengah2, balik opis aku terus cerita kat Azli pasal pelarasan... bla bla bla..

Fast forward. Sekarang 'berita' tu dah pun jadi kenyataan. Bulan ini semua akan dapat pelarasan gaji... yey!

Huruf kecil saja yang aku mampu guna sebab... kepada aku dan rakan2 yang seangkatan.. tidak lah berapa menarik sangat. Namun, naik tetap naik... Alhamdulillah...

Untuk budak2 yang baru masuk kerja dan kepada mereka yang gaji nya di bawah gaji minima yang baru.. memang lah boleh guna "YEY!!!" dengan kapital letter serta tanda seruan besar2! 

Sebabnya, diorang akan naik almost more than 30%.... ada yang dah kira2... naik almost 60%!! (menaip dengan muka geram dan telinga berasap!)... Apa kes ?

Ok lah.. ok lah.. rezeki masing2 (redha yang tak ikhlas)

Btw, pagi ni aku dapat formula yang diguna pakai dan buat kiraan sendiri... emm... boleh la... altho not really  up to expectation....

What goes around comes around... so, aku optimis.. Allah nak bagi rezeki lain kat aku.. yang memang aku idam2kan.. *wink, wink*... amiinnn..

Eh, baru aku perasan, lama benar tak menaip kat blog aku ni... mungkin sebab sekarang aku tersangat busy! HAHA... busy lah sangat.

Nak update kisah Petani Bandar...

Walaupun, agak excited hari tu sebab chokanan dalam pasu dah berbunga... namun, sehari ke sehari... hati petani bandar yang berbunga tu.. makin layu bila satu persatu bunga2 chokanan tu gugur ke bumi...

In the end, tunggal satu saja yang masih bertahan... kiranya kalau jadi.. memang sah lah buah sulung... sama macam pangkat petani bandar, cik puan kpp dan nurin hana... harap2 dapat merasa lah..

Sebagai langkah berjaga2 supaya buah tersebut tidak disabotaj oleh serangga atau budak2 yang dok main berlari2 di halaman, petani bandar mengambil initiatif untuk membalut buah tu dengan kertas... setakat semalam, masih kental lagi dan makin membesar... hopefully, akan terus membesar dengan jaya nya...

Dan, memandangkan petani bandar akan mendapat gaji baru bulan ini... nampak gayanya, macam nak beli pasu besar lagi 3 biji untuk pokok2 yang seterusnya... sebagaimana yang di idamkan oleh petani bandar yang telah sekian lama terbengkalai projek pertanian nya..

InsyaAllah...

13 April 2012

MALU BERTANYA, TENTU LAH TIDAK TAHU!

Masih ingat kepada Petani Bandar ?

Haa.. sekarang Petani Bandar semakin maju dengan usaha penanaman beliau. Kalau post yang lepas, Petani Bandar ada bagi snap shot pokok limau kasturi beliau yang sudah berbunga... dalam entry kali ini, mari kita tengok hasil nya apabila bunga bertukar menjadi buah. Excited weh!



Ok, daripada pokok Mangga (Chokanan & Epal), Ciku dan Limau Kasturi... sekarang Petani Bandar sudah semakin menambah koleksi tanaman beliau. Antaranya :

Betik (2 pokok)
Kelapa pandan (2 pokok)
Rambutan - "gula batu" (masih dalam poly-beg)
Mata kucing - "ping-pong" (masih dalam poly-beg)
Limau Purut (pilihan cik puan kpp)
Kari (masih tak membesar2 lagi)
Kunyit (segar bugar)
Pisang (3 pokok)
Pandan (2 pokok)
Ulam Raja (yang hidup segan mati tak mahu)
Cili padi (2 pokok)
Cili merah (masih status anak)

Disamping pokok bunga raya yang sedang disemai (daripada batang) untuk tujuan dibuat pokok pagar - ada 10 semuanya..

Banyak, bukan ? Cemerlang tak Petani Bandar ? Haha!

Cuma Petani Bandar nak kongsi sikit pengalaman sepanjang berkecimpung di dalam arena menanam pokok ini yang berkaitan dengan tajuk kita hari ini... Malu bertanya, tentulah tidak tahu!

Beberapa minggu yang lalu, Petani Bandar ada membeli dua pokok cili padi di sebuah nursery sekitar bangi. Memang pokonya segar dan sudahpun keluarkan buah cili padi yang lebat.

Balik rumah, Petani Bandar dengan gigihnya memindahkan pokok2 itu daripada poly-beg ke dalam pasu bunga yang cantik. Setelah itu, Petani Bandar dengan gigih menyiram kedua2 pokok tanpa jemu... sekali pagi, sekali petang dengan kuantiti lebih kurang 1 liter air sekali siram. Tidak cukup dengan itu, Petani Bandar tambah pula dengan baja selang 2 minggu sekali. Kadang2 baja tahi ayam, kadang2 baja kimia secukup rasa..

Tuaian petama telah selamat cik puan kpp gunakan untuk masak sambal. Bertambah Uumpph!

Tapi, lama kelamaan.. pokok cili makin layu. Daun2 kering dan berguguran. Namun, Petani Bandar masih tidak patah semangat. Masih gigih menyiram air dua kali sehari setiap hari tanpa jemu!

Sampai satu masa, pokok2 cili tadi menjadi layu dan batang pokoknya bertukar menjadi kering. Sahih! pokok tersebut sudah mati! Petani Bandar tertanya2.. apakah masalah nya ? Nak kata tak siram... hari2 siram. Baja pun sudah bubuh. Tanam pun digembur2kan. Mana silapnya ?

Weekend lepas, Petani Bandar ke nursery di bangi semula... mencari pokok cili lagi..

Petani Bandar : "Bang, ada jual pokok cili ?"
Cik pun kpp : "Tak tahu lah kenapa, pokok cili kitorang tu dua2 mati. Kenapa ye ?"
Petani Bandar : "Betul. Hari2 siram. Bubuh baja pun sudah"
Pekerja nursery : "Terlebih air kot ? Cuba bongkar balik tanah dan tengok akarnya. Kalau akar dah reput.. memang mati lah. Kalau akar ok lagi, mungkin boleh hidup balik. Kadang2 TERLEBIH SIRAM pun boleh buat pokok mati. Akarnya lemas"

Petani Bandar & Cik puan kpp saling berpandangan... "Oooo... gitu"

Rupa2nya, Petani Bandar yang terlebih rajin menyiram telah menyebabkan pokok2 tu mati! Aisey, terlebih rajin pun salah, ke ? huhu!

Lesson learned : Terlebih rajin tak tentu pasal adalah tidak sesuai....

Sekian (Catatan Petani Bandar)

01 Februari 2012

((PETANI BANDAR)) LIMAU KASTURI SAYA SUDAH BERBUNGA

limau kasturi

Limau kasturi petani bandar sudah berbunga... yey! Wangi!

Alhamdulillah, limau kasturi yang aku beli tempohari dah berbunga dan sedang menanti untuk menerbitkan buah. Seronok pulak rasanya walaupun petani bandar terpaksa menanam dengan kaedah pasu disebabkan oleh tanah yang berbatu batan keras!

Bila satu pokok menunjukkan kemajuan memberangsangkan, semangat petani bandar semakin berkobar2 untuk menambah koleksi tanaman kepada pokok2 yag lain pula...

Selain pokok2 dalam entry yang lepas, petani bandar telah menambah koleksi pokok2 tanaman kepada...

Miracle berry, limau purut (atas pemintaan cik puan kpp), ulam raja (cik puan kpp juga), pisang, pandan, kelapa pandan, kari, ulam pegaga dan betik.

Beberapa pokok lain juga telah menunjukkan perkembangan yang baik dimana telahmengeluarkan tunas2 baru dan sebagainya... memang menambahkan semangat petani bandar.. yiihaaaa!