Memaparkan catatan dengan label pokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pokok. Papar semua catatan

01 Februari 2012

((PETANI BANDAR)) LIMAU KASTURI SAYA SUDAH BERBUNGA

limau kasturi

Limau kasturi petani bandar sudah berbunga... yey! Wangi!

Alhamdulillah, limau kasturi yang aku beli tempohari dah berbunga dan sedang menanti untuk menerbitkan buah. Seronok pulak rasanya walaupun petani bandar terpaksa menanam dengan kaedah pasu disebabkan oleh tanah yang berbatu batan keras!

Bila satu pokok menunjukkan kemajuan memberangsangkan, semangat petani bandar semakin berkobar2 untuk menambah koleksi tanaman kepada pokok2 yag lain pula...

Selain pokok2 dalam entry yang lepas, petani bandar telah menambah koleksi pokok2 tanaman kepada...

Miracle berry, limau purut (atas pemintaan cik puan kpp), ulam raja (cik puan kpp juga), pisang, pandan, kelapa pandan, kari, ulam pegaga dan betik.

Beberapa pokok lain juga telah menunjukkan perkembangan yang baik dimana telahmengeluarkan tunas2 baru dan sebagainya... memang menambahkan semangat petani bandar.. yiihaaaa!

03 Januari 2012

PROJEK BARU PETANI BANDAR

Dekat seminggu cuti, sakit2 satu badan dibuatnya.

Pada kebiasaannya, aku kalau bercuti dah siap dengan segala bagai planning untuk buat apa hour-by-hour. Hendak2 lagi bila cuti bersendirian dirumah.. lebih panjanglah kaki aku. Tapi, cuti kali ini agak berlainana sikit sebab memang tidak plan apa2 dan purposely untuk me-lazy-kan diri semata2.

Ok, mari bercerita tentang "projek" baru petani bandar.

Pokok Mangga Chokanan dan pokok Ciku adalah hasil "projek" terbaru oleh petani bandar selepas beberapa "projek" yang lalu... macam nak gagal. Untuk rekod, "projek" yang lalu ialah... pokok Mangga Nam Dok Mai (dah sekat sebulan tak tumbuh2 pucuk baru pun) dan pokok pagar bunga raya (banyak yang layu daripada yang segar.. huhu!).

Disebabkan tanah kat tepi rumah tu macam haram je dia punya condition (berbatu), maka aku telah dinasihatkan oleh tuan penasihat-Azli untuk beralih ke tanaman dalam pasu pula. Memang pokoknya nanti akan terbantut, tapi apa yang lebih penting.. ianya boleh membesar dan berbuah. Dan, aku sangat teruja dengan cadangan tuan penasihat-Azli tersebut.

Rabu aku half day. On the way balik, aku pergi survey harga pasu di beberapa nursery yang lain setelah agak kecewa tempohari dengan harga yang ditawarkan di 2 buah nursery sekitar Kg Abu Bakar Baginda (KABB).

Tiga kedai aku tanya harga pasu yang se-akan2 sama saiznya... tiga jenis harga yang aku dapat dalam julat RM75-RM85 sepasu. Way too good kalau compare dengan harga dua nursery di KABB yang lalu. In the end, aku decide untuk beli daripada Risda Semaian yang terletak di Bangi. Harganya RM75 satu pasu yang dipanggil "Samkong" - entah apa maksudnya!

Next day, aku pagi2 dah pergi untuk beli 3 pasu Samkong + 2 pasu no 2 + 50 beg tanah campur baja. Orang Risda Semaian tu kata, kalau tanah campur baja tu.. tak perlu lagi tambah baja untuk 3 bulan! Sangat bagus untuk petani bandar yang "rajin" macam aku ni...

So, dibawah ini lah hasil nya... mudah2an ada buahnya kemudian hari nanti.. Ammmiinnn..


Ciku


Mangga Chokanan

 Good luck Petani Bandar!