07 Oktober 2010

SELAMAT HARI RAYA... LAGI!

Tengahari @ Ofis

"Bismillah hirrahman nirrahimm.. yang dimuliakan Tuan Hj.. bla bla bla bla..", ucapan pembukaan daripada MC of the day iaitu staf aku En Azmi.

Bau makanan dah semerbak satu ofis sebab sudah terhidang atas meja lebih kurang 2 jam sebelumnya. Aku baru je masuk ofis, so tidak lah tergoda lagi dengan semerbak haruman semua juadah2 yang nampak nya lazat di mata !

Selepas bacaan doa, MC pun menjemput semua makan. Apa lagi, semua pun serbu lah. Orang ramai, kawasan nya sempit.. so agak havoc kejap la kat depan area cubic aku ni. Kebetulan pula kawasan hidangan juadah ni bersebelahan je dengan meja (cubic) aku. So, a good spot la for me. Tak yah nak ulang alik jauh2.

Menu of the day : Nasi impit, Lemang, Rendang Ayam, Rendang Tok (daging), Nasi dagang, Mee rebus, sate, popiah tv3, oren, cream puff dan kueh2 raya. Airnya - Air sukahati. Eh, lain macam benar namanya (Air sukahati = Air oren + sirap ais. Nama sukahati sebab diorang main buat ikut suka2 hati diorang je agaknya.. kot?)


main course - menu of the day


First sekali, aku sambar lemang + nasi impit + rendang ayam + rendang tok (daging)

Second, aku sambar sate segenggam + popiah tv3 + air sukahati

Rendang tu agak 'problem' sikit sebab rasanya tawar - tak cukup garam. So, agak spoilt la semangat makan rendang. Air sukahati dan popiah tv3 pula aku bagi 5 bintang !

Next on the agenda, Nasi dagang. Malangnya, lauk ikan tongkol dah hancur2. Bila di godek2 (godek = cari dengan lebih mendalam, cari dengan teliti) dapat lah aku dalam seketul campur cebisan2 ikan yang dah hancur bersama2 kuah nya. Ini pun 5 bintang!

Dalam banyak2 makanan tu, hanya mee rebus yang aku tak merasa - dah kenyang (konon)

Majlis berjalan lancar dan alhamdullillah daripada pemerhatian aku semua yang hadir dapat makan. Termasuk2 jemputan2 ad-hoc yang kebetulan datang buat kerja (atau buat2 ada kerja) atau ada meeting (atau buat2 ada meeting) di ofis ni.

Overall, aku bagi thumbs up pada organiser yang berjaya juga raised a donation untuk menjayakan majlis ini. Good work guys! (and gals)



p/s : dah puas makan, sambung kerja.. KERJA!!

06 Oktober 2010

TIAP SESUATU.. ADA HIKMAH NYA

"Raeis, maaf. Esok tak dapat datang open house rumah nko", aku sms pada ex-housemate aku masa belajar di perantauan dulu

"OK, Pala. No prob. Harap2 Taufik dan Hanz dapat datang", beberapa minit kemudian sms balasan daripada Raeis meng-acknowledged sms aku sebentar tadi

***

Hari sabtu siang dah letih gi Marathon Raya, malas pulak aku nak ke Kajang lagi (rumah Raeis) esoknya untuk open house. Bukan aku tak nak, tapi badan rasa tak larat sangat. Sakit2 dek penangan Marathon Raya. Therefore, aku ambil keputusan untuk tak pergi.

"OK, Yang. Esok tak jadi la gi rumah kawan abang kat Kajang tu", aku explain pada cik puan kpp yang sedang bersenang2 landing atas lantai

"OK", pendek je jawabnya

Esoknya (Ahad)..

Sedang aku, cik puan kpp dan Nurin hana bersenang2 di ruang tamu.. dari jauh aku nampak jiran sebelah (Nor) datang menuju ke rumah kami yang tak berpagar tu.

"Arhh.. sudah. Takkan diorang nak datang beraya kot? Rumah sepah ni. Pakaian pun tak semenggah", kata aku dalam hati

(tak semenggah = pakaian tidak proper, tidak senonoh)

Aku bingkas bangun, "Yang, Nor datang tu", aku maklum kan pada cik puan kpp dan bingkas ke dapur (ala2 sembunyi la.. dengan pakaian tak semenggah aku tu). Entah apa yang di bualkan cik puan kpp dan jiran sebelah (Nor), aku tak pasti. Tidak kedengaran biji butir nya.

"Diorang ajak ke rumah.. birthday Shafiq. Pukul 11am", explain cik puan kpp pada aku

"Oooo.. ok la. Lepas tu boleh terus gi Carrefour"

***

11:00am..

"Tak ingat la tadi Nor kata 11 ke 11 setengah", cik puan kpp ragu2 dengan masa

"Alah.. kita gi 11 suku la.. amik tengah2", aku bagi cadangan penyelesaian melihatkan cik puan kpp dok gelisah mengintai samada tetamu lain dah datang ke belum.

Tepat jam 11:15am kami pun ke rumah sebelah. Bagi salam dan duduk sembang2. Walaupun dah berjiran semenjak mula2 kawasan perumahan ni dibuka, interaksi antara kami memang sangat minima. Setakat bertegur sapa angkat2 tangan dan tegur2 gitu sahaja, terutamanya aku yang memang lemah bab2 sosial ni. Inilah kali pertama aku menjejak kan kaki ke rumah diorang selama lima (5) tahun itu. Bayangkan lah.. berjiran lima (5) tahun, nama penuh diorang pun aku tak tau - teruk benar aku ni !!

Anyway, bila dah masuk.. aku try to be as peramah as I could yang sememangnya sangat sukar bagi orang yang introvert macam aku ni. Borak lah segala topik yang ada.. dan yang paling mudah soal balik raya (sebab diorang orang pantai timur, sure panjang ceritanya pasal jammed hehe..).

15 minit kemudian, aku di jemput makan. Padahal orang lain belum datang lagi. Birthday boy nya pun entah kemana menghilangnya. Tak nak menghampakan tuan rumah.. aku cik puan kpp & Nurin hana pun makan.

Menu : Selain kek happy birthday - mee kari (sedap!), nasi goreng cina, sate, nugget, mini hot dog, tat buah2an dan tembikai.

Aku makan mana yang larat. Mee kari diorang memang BEST ! sampaikan cik puan kpp teringin pulak nak buat mee kari..,"di alu2kan", kata aku dalam hati

Setengah jam kemudian baru lah acara majlis yang sebenarnya bermula.. Majlis Happy Birthday Shafiq. Nyanyi2, tiup lilin dan potong kek. Sementara tu, aku gi kat ruang tamu pula menikmati sofa lembut tuan rumah yang empuk!

12:00am..

"OK lah, kami berangkat dulu", kata pembuka aku kepada tuan rumah

"OK"

Kami bersalam2an dan aku sekeluarga pun 'berangkat' balik (macam lah jauh benar)..

***

No wonder hati aku berat je nak gi ke open house kawan aku kat Kajang tu.. rupa2nya nak ada jemputan daripada jiran sebelah yang memang dah lama kami nak gi ke rumah mereka.. ziarah sambil2 nengok perabot2 baru yang diorang ber iya2 beli dulu yang mana kami hanya dapat mengintai daripada sebalik langsir sliding door! :-)

Itu lah.. tiap sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmah nya..

Kalau aku pergi rumah kawan aku Raeis, tentu aku tak dapat nak gi ke rumah jiran aku tu.. Sudah tentu lah menziarahi jiran lebih afdal..

Tiap sesuatu.. ada hikmahnya. Ya, kini aku semakin yakin!



p/s : patutkah aku amik astro beyond macam jiran aku juga ? emmm.. tempting!
p/s2 : Gambar takde..

05 Oktober 2010

MARATHON RAYA (OPEN HOUSE & BUKAN OPEN HOUSE)

Sabtu, 02/10/2010

Memang aku dan family planned baik punya untuk Marathon Raya ni. Beberapa hari sebelum sabtu.. aku dah susun jadual berhari raya untuk sabtu dengan teliti, termasuk masa nya supaya tidak over-shoot bila tengah syok beraya.

Secara ringkasnya, jadual Marathon Raya aku dan family adalah seperti berikut :

1) 11:30am, Rumah sewa kami @ Kajang (tuan rumah : Azri)
2) 12:30tghari, Rumah jiran rumah sewa kami @ Kajang (tuan rumah : Abg Lan)
3) 2:00pm, Open house rumah staff aku @ Puchong (tuan rumah : Yus)
4) 3:30pm, Open house rumah staff cik puan kpp @ Putrajaya (tuan rumah : Abg Ali)
5) 5:00pm, Rumah kawan cik puan kpp @ Putrajaya (tuan rumah : Kak Ina)

Bila dah buat jadual siap dengan masa nya tu, dapat lah budget2 masa supaya tidak terlajak terlebih raya sampaikan terlewat ke rumah seterusnya. Semua tuan rumah sudah di maklumkan tentang kehadiran kami untuk beraya - siap dengan masa. Aku suka bagitau dulu kalau nak datang beraya ke rumah orang. Ambush2 ni aku tak berapa berkenan. Al maklum saja lah, banyak batasan dan adab yang nak kena jaga.

So, pagi2 sabtu lagi aku, cik puan kpp & Nurin hana dah ready untuk Marathon Raya kami. Apa2 hal pun kat rumah kena isi perut juga. Buatnya tuan rumah hanya sediakan kueh raya je.. tak letih namanya nak menahan lagu keroncong dalam perut. Lebih2 lagi Nurin hana. Kalau dia buat hal nanti susah lah.

Lepas sarapan, dengan berpakaian sedondon warna hijau (aku tak tau samada di sengajakan atau sekadar kebetulan), aku dan family menuju ke destinasi yang pertama.

Rumah pertama

11:45am

Tuan rumah ni menyewa rumah kami semenjak setahun setengah yang lalu. Muda lagi. Anak seorang. Suami buat PhD, manakala isterinya pulak buat Master.

Menu : Soto ayam dan kueh2 raya. Airnya ialah air Laici. Aku sempat la merasa makan dalam dua tiga biji laici nya aje, lain semua di bedal oleh Nurin hana.

Rumah kedua

12:35tghari

Tuan rumah ni adalah jiran rumah sewa kami yang rumah pertama tadi. Diorang suami isteri memang baik dan peramah. Kalau ada apa2 masalah pasal rumah di Kajang, aku akan call Abg Lan untuk minta bantuan dan nasihat. Isterinya cikgu.

Menu : Sate, kek, coklat home-made dan kueh2 raya. Yang menarik minat - terutamanya cik puan kpp - ialah coklat home-made tu. Memang sedap. Dibuat sendiri oleh isteri Abg Lan. Katanya, tak belajar mana2 pun.. cuma, pergi tanya kat kedai kek macamana nak buat coklat. Dan, terus buat sendiri. Hebat!

Lama juga kami berborak di rumah Abg Lan sebab diorang ni memang peramah. Agak selesa kalau bercerita walaupun kami ni sebenarnya jumpa paling kerap pun setahun sekali je.

Rumah ketiga

2:30pm

Tuan rumah ni adalah mak mentua kepada staff aku, Yus. Masa aku sampai, Yus tak de dirumah - pergi order sate katanya. So, aku tak tunggu.. masuk rumah dan terus serbu meja makanan. Masa ni Nurin hana dah tido, mungkin keletihan.

Menu : Nasi impit, bihun goreng, rendang ayam kampung, buah2an. Airnya oren - manis ya amat! terpeksa top-up dengan mineral water. Kalau tak memang confirm boleh kena kencing manis.

Memandangkan Yus takde, aku layan makan buat hal sendiri je la. Wife dia aku bukan nya kenal. Setengah jam lepas tu Yus balik lengang kangkung je. Sate tak dapat. Buat letih beratur je.

Memang adat masa musim2 open house ni, sate jadi rebutan. Kalau tak order awal, jangan mimpi la nak dapat.

Rumah keempat

4:20pm

Tuan rumah ni ialah staff cik puan kpp. Rumah apartment (flat). So, agak crowded sikit la. Luckily, kami datang dah petang.. tetamu pun dah surut. Lega sikit rumah tu.

Menu : Nasi dagang, rojak buah, nasi impit - kuah kacang & kueh2 raya.

Aku bedal nasi dagang & ikan tongkol. Tak boelh banyak2 sangat sebab dah macam2 masuk dalam perut. Semacam je rasanya. Tak lama kami kat sini, sebab bos cik puan kpp datang tak lama lepas tu. Ni mesti kes cik puan kpp malas nak layan bos dia la ni. Aku follow je.

Rumah kelima

5:00pm

Tuan rumah ni adalah bekas staff cik puan kpp dulu. Boleh dikatakan almost every year or every two years kami akan datang beraya ke rumah Kak Ina ni.

Menu : Bihun/Mee sup & kueh2 raya. Air - sarsaparilla (sarsi la tu)

Lama juga dok kat rumah Kak Ina ni. Panjang boraknya cik puan kpp dan Kak Ina. Kebetulan pulak masa tu ada seorang lagi bekas staff cik puan kpp dulu. Jadinya, bertambah rancak lah. Aku pulak melayang Nurin hana yang mengidam nak main video game yang Ya'min (anak Kak Ina) dan kawan2 sedang main tu. Terkebil2 mata nya, macam la pandai main sangat.

Lebih kurang jam 6:00pm aku dan family pun berangkat pulang. Perut dah penuh, badan dah penat, mata pun dah mengantuk.. tak sabar benar nak sampai ke rumah.

***

Secara keseluruhan nya, aku memang seronok dengan Marathon Raya ni. Ini lah first time yang betul2 punya plan gila sampai lima (5) buah rumah kami beraya. Duit raya Nurin hana pun bertambahlah sedikit.

Amazingly, semua menu rumah2 yang kami pergi tu adalah berlainan antara satu sama lain. Unfortunately, tiada gambar yang dapat dirakam sempena Marathon Raya ni. Cukup lah sekadar photographic memori sahaja.

Seronok juga. Mungkin next time boleh try lagi..



p/s : penat & kenyang.. burppp!

02 Oktober 2010

ADA APA DENGAN... LISA SURIHANI

Beberapa kali aku blog walking dan aku beberapa kali juga terserempak dengan entry2 yang berkaitan dengan LISA SURIHANI. Antaranya, klik sini (theother khairul), sini (kecek2 sendiri) & sini (terbang tinggi2)

Ada apa sebenarnya dengan LISA SURIHANI ni ?


image : myforum4.cari.com.my

Ok, ok.. aku faham yang LISA SURIHANI sekarang ni sedang sangat meletop sebab banyak filem2 baru yang dia berlakon, selalunya jadi watak utama (atau heroin la). Aku tak nafi kan memang dia comel dan mampu menggegarkan hati nurani lelaki tak kira lah yang bujang hatta yang sudah beristeri sekali pun. Sebab itu, rasanya, ramai yang berfantasi berdampingan dengan LISA SURIHANI.

Oleh itu, aku cuba google lah sedikit berkenaan LISA SURIHANI ini.

Antara info yang aku jumpa :

1) Nama penuh (seperti dalam I/C) : Lisa Surihani binti Mohamed

2) Tarikh lahir : 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia

3) Akademik : bidang undang-undang daripada Help University College dan Aberystwyth University di Wales, United Kingdom

4) Tinggi/Berat : 5’3” dan 45kg (2007) - most probably still the same

5) Adik beradik: anak ke-4 daripada 5 orang

6) Keturunan : melayu+bugis

7) Cita-cita : bercita-cita tinggi untuk mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang disegani (mungkin dah berubah sekarang)

Itu la sikit.. tak banyak info yang aku dapat, mungkin sebab aku tak pandai nak google kot.

Boleh tahan. Good academic background, anak lawyer, orang nya cantik, seksi dan yang paling penting.. buat masa ini masih kalis gossip2 panas.

By the way, just for the record aku bukan lah peminat 'kipas susah mati' LISA SURIHANI. Cuma aku curious nak tau kenapa ramai sangat yang cuba ber'khayal' untuk berdampingan dengan dia. Although, aku admit dia memang comel, cantik dan segala2nya yang indah lah.

No wonder..


p/s : mudah2an karier dia berkembang dan terus maju, minus all those gossips..

01 Oktober 2010

SAMBA DE FUTSAL

Rabu, 29/09/2010 @ 6:30pm-7:30pm

image : sambadefutsal.com


Finally, berjaya juga aku gi main futsal dengan kawan2 di unit baru ini. Sebelum ni, plan aku pernah gagal disebabkan masalah teknikal. klik sini. Oleh itu, bila ada peluang sekali lagi aku usaha dengan sedaya upaya (walaupun pada awalnya ada sedikit ragu2) untuk join. Lama betul rasanya aku tak ber futsal hatta bersukan sekalipun. Ntah larat ke idak..

Jam 6pm aku dah sampai kat Samba de Futsal, PJ. Aku pernah pergi tempat ini dulu2 main futsal. Mungkin sebab itu aku tak sesat. By the way, jalan ikut federal highway memang tension.. jammed panjang gila !

Bila kawan2 dah sampai aku pun bersiap ala2 Paolo Maldini, my most favourite player of all time. Pakai pulak jersi AC Milan, memang dah kena la tu. Untuk rekod, Paolo Maldini hanya bermain untuk pasukan AC Milan sepanjang career bolasepak kelab beliau up until his age was 40. Simply an awesome player !

Geng 'musuh' pelahan2 mula tiba.

Lepas snap2 gambar untuk kenang2an, warm-up ala kadar dimulakan - ikut stail masing2. Pendek kata - acara bebas.

Seperti biasa kalau main futsal, aku akan ambil posisi pertahanan menyerang - wing back - samada sebelah kiri atau kanan. Team kami pakai semua baju merah (konon2 jersi la) kecuali seorang yang pakai biru. Otomatik kena jadi kapten la macam pasukan volley ball yang mana kapten guna jersi kaler lain.

Team yang kami lawan adalah daripada unit sebelah dalam ofis ni.

Pada pemerhatian aku, team lawan ni tak lah power sangat dan terbukti bila kitorang meng-kitai (kitai = belasah, dalam konteks bolasepak menjaringkan banyak gol tanpa belas kasihan) team tersebut dalam 5 gol tanpa balas. Thanks to ke kebalan penjaga gol kami - Aliff.

Tapi, ada satu lagi team yang agak kuat juga main selepas team yang kami kitai tu. Team ini agak cemerlang juga lah permainannya. Aku tak merasa main lawan diorang sebab aku dah keluar - mencungap perlukan oksigen !

Aku di fahamkan team itu kerap bermain futsal dan sentiasa bermain sebagai satu team. Maknanya, kalau main.. player yang sama je lawan dengan sesiapa saja. No wonder they are showing good team understanding.

Anyway, officially team kami menang malam tu berdasarkan annoucement yang dibuat melalui email. Dan, hopefully boleh main lagi lain kali.

Sesekali ber-futsal dan mengeluarkan peluh sambil bersosial sesama rakan sekerja ni seronok juga. At least, boleh lebih kenal karektor masing2..



p/s : looking forward for next session..