02 Oktober 2010

ADA APA DENGAN... LISA SURIHANI

Beberapa kali aku blog walking dan aku beberapa kali juga terserempak dengan entry2 yang berkaitan dengan LISA SURIHANI. Antaranya, klik sini (theother khairul), sini (kecek2 sendiri) & sini (terbang tinggi2)

Ada apa sebenarnya dengan LISA SURIHANI ni ?


image : myforum4.cari.com.my

Ok, ok.. aku faham yang LISA SURIHANI sekarang ni sedang sangat meletop sebab banyak filem2 baru yang dia berlakon, selalunya jadi watak utama (atau heroin la). Aku tak nafi kan memang dia comel dan mampu menggegarkan hati nurani lelaki tak kira lah yang bujang hatta yang sudah beristeri sekali pun. Sebab itu, rasanya, ramai yang berfantasi berdampingan dengan LISA SURIHANI.

Oleh itu, aku cuba google lah sedikit berkenaan LISA SURIHANI ini.

Antara info yang aku jumpa :

1) Nama penuh (seperti dalam I/C) : Lisa Surihani binti Mohamed

2) Tarikh lahir : 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia

3) Akademik : bidang undang-undang daripada Help University College dan Aberystwyth University di Wales, United Kingdom

4) Tinggi/Berat : 5’3” dan 45kg (2007) - most probably still the same

5) Adik beradik: anak ke-4 daripada 5 orang

6) Keturunan : melayu+bugis

7) Cita-cita : bercita-cita tinggi untuk mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang disegani (mungkin dah berubah sekarang)

Itu la sikit.. tak banyak info yang aku dapat, mungkin sebab aku tak pandai nak google kot.

Boleh tahan. Good academic background, anak lawyer, orang nya cantik, seksi dan yang paling penting.. buat masa ini masih kalis gossip2 panas.

By the way, just for the record aku bukan lah peminat 'kipas susah mati' LISA SURIHANI. Cuma aku curious nak tau kenapa ramai sangat yang cuba ber'khayal' untuk berdampingan dengan dia. Although, aku admit dia memang comel, cantik dan segala2nya yang indah lah.

No wonder..


p/s : mudah2an karier dia berkembang dan terus maju, minus all those gossips..

4 ulasan:

Khairi Mohd berkata...

"berfantasi berdampingan dengan lisa surihani"


adesh! kena sebijik! hehe.

Pala Maldini berkata...

:-)

berfantasi yang baik2.. kira ok lah

Mak Su berkata...

maksu berfantasi makan nasik goreng kampung dengan lisa surihani :)

Pala Maldini berkata...

Maksu, sure Lisa yang masak.. sure sedap!