07 Oktober 2010

SELAMAT HARI RAYA... LAGI!

Tengahari @ Ofis

"Bismillah hirrahman nirrahimm.. yang dimuliakan Tuan Hj.. bla bla bla bla..", ucapan pembukaan daripada MC of the day iaitu staf aku En Azmi.

Bau makanan dah semerbak satu ofis sebab sudah terhidang atas meja lebih kurang 2 jam sebelumnya. Aku baru je masuk ofis, so tidak lah tergoda lagi dengan semerbak haruman semua juadah2 yang nampak nya lazat di mata !

Selepas bacaan doa, MC pun menjemput semua makan. Apa lagi, semua pun serbu lah. Orang ramai, kawasan nya sempit.. so agak havoc kejap la kat depan area cubic aku ni. Kebetulan pula kawasan hidangan juadah ni bersebelahan je dengan meja (cubic) aku. So, a good spot la for me. Tak yah nak ulang alik jauh2.

Menu of the day : Nasi impit, Lemang, Rendang Ayam, Rendang Tok (daging), Nasi dagang, Mee rebus, sate, popiah tv3, oren, cream puff dan kueh2 raya. Airnya - Air sukahati. Eh, lain macam benar namanya (Air sukahati = Air oren + sirap ais. Nama sukahati sebab diorang main buat ikut suka2 hati diorang je agaknya.. kot?)


main course - menu of the day


First sekali, aku sambar lemang + nasi impit + rendang ayam + rendang tok (daging)

Second, aku sambar sate segenggam + popiah tv3 + air sukahati

Rendang tu agak 'problem' sikit sebab rasanya tawar - tak cukup garam. So, agak spoilt la semangat makan rendang. Air sukahati dan popiah tv3 pula aku bagi 5 bintang !

Next on the agenda, Nasi dagang. Malangnya, lauk ikan tongkol dah hancur2. Bila di godek2 (godek = cari dengan lebih mendalam, cari dengan teliti) dapat lah aku dalam seketul campur cebisan2 ikan yang dah hancur bersama2 kuah nya. Ini pun 5 bintang!

Dalam banyak2 makanan tu, hanya mee rebus yang aku tak merasa - dah kenyang (konon)

Majlis berjalan lancar dan alhamdullillah daripada pemerhatian aku semua yang hadir dapat makan. Termasuk2 jemputan2 ad-hoc yang kebetulan datang buat kerja (atau buat2 ada kerja) atau ada meeting (atau buat2 ada meeting) di ofis ni.

Overall, aku bagi thumbs up pada organiser yang berjaya juga raised a donation untuk menjayakan majlis ini. Good work guys! (and gals)



p/s : dah puas makan, sambung kerja.. KERJA!!

Tiada ulasan: