Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

10 Oktober 2011

MELIBAS SEORANG DIRI

Ada satu hari last week, aku book-off natijah daripada sessi paksa rela ke workshop yang tidak best itu. Hari tersebut ialah rabu.. ok, confirm cerita dah basi.

So, memandangkan aku cuti sorang2... selepas selesai urusan pagi dengan cik puan kpp, aku terus ke destinasi dituju..

Panggung wayang GSC untuk menonton cerita LIBAS

***

image : google


LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.
Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS"......

***


OK, masa aku sampai tu... memang tak ada orang. Nak tengok show terawal iaitu jam 12:15pm. Bila nak beli tiket, hati terasa berbelah bahagi... samada nak nengok LIBAS atau pun nak nengok JOHNNY ENGLISH yang ramai dok kata pecah perut kelakar tahap gaban. But, typically.. lawak "Mr Bean" aku mungkin dah boleh agak2 kelakarnya macamana... emmm.

Memandangkan dah lama aku tak nengok lakonan Rosyam Nor di layar perak, akhirnya aku pilih untuk tengok cerita LIBAS. Yes! menyokong industri filem tanah air..

Masa masuk panggung, memang orang nya sangat sedikit. Mungkin jari tangan dan kaki dah cukup untuk kira jumlah orang yang menonton. Tak kisah lah...

Konsep ceritanya agak menarik dengan sedikit unsur lawak jenaka yang di terajui oleh Johan Raja Lawak dan Kumok. Seriously memang kelakar ! Namun, disebabkan panggung yang tak berapa kerat orang itu.. memang agak sukar lah nak gelak terbahak2... sekali sekala aku bantai gelak juga demi melepas geram. Tapi, memang tak ada sambutan pun...

Pendapat aku :

1) Konsep cerita menarik, tapi kurang unsur2 dramatik yang boleh membuatkan ornag melekat kat kerusi. Beberapa scene macam terpotong tak kena waktu... baru nak feel the moment dah di tukar ke scene yang lain.

2) Cerita ala2 Shaolin soccer dengan effect2 cgi yang sepatutnya boleh lebih baik. Contohnya macam libasan2 berbisa dan juga servis kuda yang deras. Agak pelik bila orang Iraq dan ornag Amerika macam sepesen je warna kulit dan iras2 muka nya.

3) Unsur2 loving couple antara Rosyam dan Scha macam tak ada connection la... tak sampai kot feeling2 nya... 

4) Aku puji watak Johan & Kumok yang majoritynya menanpilkan sisi lawak dalam filem ini. Memang menjadi. Namun, scene tersebut haya di tengah2 dan tidak bersambung lagi selepas ini. So, kalau menonoton dan nak gelak..kena gelak puas2 masa di pertengahan cerita... bila mereka dah starts tournament.. tak berapa lawak dah

5) Aku kurang faham dengan watak lembut2 mak nyah pemain takraw apit kiri Thailand tu... ntah apa motif nya dan lawak2nya macam tak kena dan tak menjadi.

6) Watak Rosyam memang serius dalam cerita ni. Dah ala2 mentor la...

Overall, aku rate as 6/10. Banyak improvement yang boleh dibuat untuk memantapkan lagi cerita ini. By the way, kalau pengarah ambil perhatian kepada details dan expand watak serta camera angle shot... mungkin lebih menarik.

Sekian.

16 Jun 2011

KL GANGSTER

WOW!!

3 letter word to describe the movie!

 image : skop.com.my


Dalam kegilaan blockbuster movie dari Hollywood, KL Gangster mencelah di tengah2. Aku pula memang ternanti2 buah tangan Samsul yang terbaru ini selepas apa yang beliau dah buat dengan Khurafat (another brilliant malay movie!)

Ini cerita pasal gangster. Oleh itu, sedia maklum yang aku tak boleh pergi menonton dengan cik puan kpp sebab Nurin hana memang tak sesuai menonton cerita ini. Untuk meredakan ketidak-puasan hati cik puan kpp aku telah offer untuk "bershopping" di Nilai 3 untuk cari kain baju raya nanti. Dan, cik puan kpp senyum tanda setuju.

Bila aku dapat je confirmation daripada cik puan kpp pasal aktiviti sabtu pagi untuk ke Nilai 3, aku congak2 masa dan terus buat phone reservation di GSC untuk cerita KL Gangster jam 5:30pm. Harus kena booking dulu. Kalau beratur jawabnya sudah tentulah tidak sempat nanti sebab cerita tersebut tengah panas macam hot cake masa tu.

5:30pm

Aku masuk dalam panggung berbekalkan GSC Combo no 2. Kebetulan dapat tempat duduk di ailse. Dan, kebetulan lagi 2 kerusi sebelah aku tu kosong.. possibly, orang yang booking tidak datang.

KL GANGSTER

Ceritanya mengisahkan tentang dunia gangster. Heronya ialah Malek (Aaron) iaitu ex-ganster besar di KL yang baru dibebaskan daripada penjara. Alkisahnya, beliau diperangkap oleh anak tiri King (Redzuan Hashim - Kawan gangster Malek) iaitu Shark (Samsul). Malek sudah "cuci tangan" dan mahu menjalani kehidupan yang normal. Namun, beliau diburu oleh kumpulan2 ganster untuk kembali ke dalam kumpulan mereka. 

Jai (Adi Putra), adalah adik Malek yang terjebak dalam kancah gansterism dan sukar dikawal. Jai menyertai kumpulan gangster yang diketuai oleh Dragon (Corrie) yang dibantu oleh Ajib (Sopi Jikan).

Kemelut diantara kumpulan King & Dragon tercetus kerana perebutan kuasa untuk menguasai kawasan yang sebenarnya di dalangi oleh Shark. Beberapa siri pergaduhan berlaku disebabkan masalah yang di timbulkan oleh Shark dan Jai. 

Kesabaran Malek tercabar apabila keluarga dan kawan beliau Fadil (Zizan) diganggu oleh konco2 Shark dimana telah berlaku sedikit kekecohan yang menyebabkan Fadil ditikam. Akibat daripada tikaman itu, Fadil meninggal.

Malek membalas dendam secara bersemuka dengan Shark. Didalam pergaduhan itu, kumpulan Shark di tumpaskan - dengan bantuan kumpulan Dragon. Di akhir cerita, narration menyatakan yang Malek di tangkap dan dipenjara kan semula.


 Komen aku :
1) The best gaduh2 movie produced by Malay director!!

2) Watak Jai (Adi Putra) adalah yang paling berkesan sekali sebagai watak gangster. Cara bergaduhnya sangat stylo

3) Watak komedi Fadil (Zizan) sangat berkesan membuatkan penonton gelak pecah perut! Namun, Ajib (Sopi Jikan) juga tidak kurang kelakarnya walaupun dalam nada serius

4) Babak sedih dalam cerita ini terkesan kepada aku terutamanya babak bila Malek melihat kesukaran Emak beliau menjaja di tepi jalan untuk mencari nafkah hidup

5) Babak pergaduhan nampak sangat real dan well rehearse antara pelakon2. Tidak nampak seolah2 ada stunt-man pun dalam movie ini untuk aksi2 lasak bergaduh di antara watak2 tersebut (mungkin memang tak ada stunt-in pun! - aku tak pasti sangat hal ini)

6) Aksi kejar mengejar di awal cerita sedikit mengganggu aku sebab angle kamera dan cara pengambilan shot yang bergegar2 sampainya boleh buat aku rimas dan pening. But, overall kamera angle dan shot yang di ambil adalah sangat baik pada pandangan mata "professional" aku ini

7) Watak Sheera sebagai adik Malek sangat longgar dan sekadar penyeri sahaja - don't know what is the link up in the story selain untuk menyatakan "Aku benci ada abang macam engkau"

Again, overall picture are outstanding. Samsul you did it again! TAHNIAH!

Highly recommended for aksi freak out there whom really want a good fighting scene in a filem. Memang sangat berbaloi!!

TAHNIAH, SAMSUL!!

06 Jun 2011

KARAK

Another one from Yusry

image : krustudios.com

Seperti yang aku mengidamkan, akhirnya dapat juga aku tengok cerita ini. Expectation sangat tinggi dengan hasil kerja Yusry yang terbaru ini selepas aku tengok HMM beberapa bulan yang lepas.

Haruslah aku pergi tengok sorang2 sahaja sebab dah sah2 ini cerita seram terlampau, mana boleh nak bawa Nurin hana. So, bila tak boleh bawa Nurin hana secara automatiknya cik puan kpp pun tak boleh di ajak sama.

Macam biasa aku booking tiket thru phone. Sebab sekarang ini penuh dengan cerita blockbuster, kalau tak booking dulu.. haruslah panjang gila kena beratur nanti. Sampai ke GSC, aku terus ke kaunter reservation. Orang2 yang tengah beratus panjang tu macam tak puas hati pula kat aku - pandang semacam je. Hey, I dah booking okeh!

Mujur juga aku dah booking awal, sebab nya masa tu entah kan ada masalah teknikal ke apa tah lagaknya.. semua skrin tv yang memaparkan jadual tu jadi "blackout". Kalau aku tak booking dulu, sah akan terlepas waktu tayangan yang aku pilih tu. 

Dalam panggung, seat aku kat tengah. Sebelah kanan brader, sebelah kiri pula budak2 sekolah menengah kot. Punya lah dia duduk menghimpit ke tepi jauh daripada aku. Apa ? dia ingat aku nak "godam" dia ke ? hehe!

Masa mula iklan, ok lah.. aku bukan ambil port sangat just enjoy my 1901 dan mentekedarah pop-corn. Tiba2, skrin jadi blur macam time iklan kfc (scene yang ayam tolak masuk kolonel roland sanders masuk panggung). Brader kat sebelah aku pakai spek hitam dia...,"Haha! ini 3D la wey" - buat lawak. Rupa2nya, masalah teknikal tu berlanjutan sampai ke cerita Karak yang sebenarnya dah bermula. Apa lagi! satu panggung lah naik angin! Aku toleh kat berader sebelah tadi dan kata, "Wayang pun ada cerak rompak ke ?".. hehe! brader tu sengih je. 

Komplen punya komplen, akhirnya orang GSC perbetulkan masalah tersebut. Sebaik cerita bermula, aku usha2 seat kat bahagian depan2 yang kosong dan pindah! Dapat duduk dekat kawasan ailse best sikit. Tak lah rasa "lemas". 

Cerita Karak :
Basic ideanya, ini cerita untuk menunjukkan jenis2 hantu dekat Karak berdasarkan mitos penceritaan daripada mulut ke mulut. Pembuka cerita di tunjukkan mitos bila sepasang family yang mengalami kerosakkan kereta dan si suami pergi meminta bantuan. Tiba2, polis datang dan minta si isteri keluar kereta dan tidak menoleh ke belakang. Namun, bila si isteri menoleh.. beliau lihat suami nya sedang di baham oleh hantu di atas bumbung keretanya.

Cerita ini berkisar kepada 4 rakan (Shahir, Sheera Aiyob, Along Eyzend, Kilafairy yang menyeksi itu) yang hendak ke Kuantan namun terperangkap dalam jammed yang sangat teruk sehinggakan kereta tidak bergerak. Dan, mereka mengambil keputusan untuk melencong ke jalan lama.

Mereka berhenti di pekan Karak untuk ke tandas. Dan, berlaku lah beberapa scene yang menemukan along Eyzend dengan hantu penanggalan yang cantik berkebaya dan hantu budak sekolah.

Bila mereka meneruskan perjalanan, kereta mereka di potong oleh sebuah Volkswagan kuning yang tiada pemandu. Walaupun, kereta itu sudah memotong mereka.. namun Volkswagan kuning itu masih tetap memotong mereka lagi dan lagi. Dalam keadaan panik, Kilafairy telah memutar stereng untuk mengelakkan terlanggar hantu budak sekolah menyebabkan kereta mereka terhumban ke dalam hutan (gaung). 

Kesemua mereka "terselamat" dan meredah hutan mencari jalan keluar sehingga lah bertemu dengan rumah Tok Malam yang terletak di tengah2 hutan tersebut. Beberapa kejadian aneh terjadi di situ yang akhirnya membongkar kisah sebenar yang terjadi. Endingnya, anda tengok sendiri lah di pawagam

Komen aku :
1) Secara dasarnya, ini adalah himpunan kisah2 atau jenis2 hantu di Karak... bukannya cerita hantu

2) Scene pulas stereng kerana terkejut dan kereta terhumban ke gaung ada persamaan dengan apa yang "berlaku" dalam cerita Khurafat-Syamsul. Aku tak pasti samada ini di sengajakan oleh Norman (penulis cerita) atau hanya sekadar kebetulan. To make things worst, ending nya sebenarnya mempunyai konsep yang sama macam Khurafat yang mana sebenarnya semua mereka kecuali Sheera Aiyob sudah mati dalam accident kereta terhumban ke gaung/hutan tersebut.

3) Kilafairy yang terlampau seksi berkemban tu aku tak pasti apa motif nya. Tapi, tobat memang sangat seksi berkemban dengan tujuan untuk "menayang" kan "sesuatu". Padahal, kalau berkemban betul2 tidak lah se-seksi itu

4) Aku puji lakonan Along Eyzend. Lakonan semua pelakon secara keseluruhan nya tidak lah kaku walaupun mereka pelakon2 baru. But, pada pendapat aku Along Eyzend stands the tallest

5) Beberapa scene jumpa hantu di ulang2. Aku tak sure apa motif nya. Contohnya, scene Along Eyzend jumpa hantu semasa berhenti untuk ke tandas. Adakah hantu itu hanya ilusi beliau ? 

6) Tandas yang terlalu teruk rupanya! Walaupun bertujuan mewujudkan keadaan seram, namun keadaan dinding dan persekitaran nya terlalu teruk. In reality, tentu tak ada siapa tergamak untuk ke tandas macam gitu. Baik "fire" kat semak aje.

Secara keseluruhan nya, cerita ini agak mendebar2kan juga sebab dibantu oleh sound effect yang baik which is kelebihan pada KRU. Cuma, aku agak kecewa sebab beberapa keadaan story line nya ada mirip2 cerita Khurafat - ianya pada situasi dan keadaan berbeza tapi, pada paksi penceritaan yang mirip2.

Walaubagaimanapun, aku highly recommend pada peminat cerita melayu terutamanya cerita hantu untuk menyokong cerita ini di pawagam.

30 Mei 2011

PIRATES OF THE CARIBBEAN - ON STRANGER TIDES


image : teaser-trailer.com

Cerita pirates yang popular itu dalam siri ke 4.

Ok, aku mengaku.. sudah agak lewat masa aku tengok cerita ni. Sudah kategori basi. Anyway, bukan salah aku. Semua slot wayang asyik2 full memanjang!

Atas usaha gigih aku, dapat juga aku booking thru phone call untuk tayangan sabtu pagi. Mujur juga aku phone-booked dulu, kalau tidak sure tak dapat tengok juga. Sebabnya by the time aku sampai iaitu sejam lebih awal.. waktu tayangan 11:30am sudah lip lap lip lap warna kuning. 

Ceritanya :

Macam biasa Jack Sparrow akan buat huru hara walaupun di mana beliau berada. Kali ini, di paparkan kononnya Jack Sparrow di tangkap dan dibicarakan di mahkamah London. Namun, orang yang di tangkap itu sebenarnya bukan lah Jack Sparrow yang sebenarnya.. dan terjadi lah aksi kejar mengejar dan lawan2.. bla bla bla..

Intipati cerita Pirates pada kali ini ialah untuk mencari Fountain of Youth yang menjadi idaman semua orang termasuk tentera empayar british dan sepanyol. Air kolam yang boleh membuatkan si peminumnya menjadi muda dengan "mengambil" hayat seorang lagi yang minum di dalam bekas silver. Musuh Jack pada kali ini ialah.. Blackbeard, lanun yang terkenal pada zaman itu (memang realitinya Blackbeard ini adalah lanun hebat dalam sejarah perlanunan) dan juga musuh lama beliau iaitu Kapten Barbosa 

Berbagai2 aksi yang terjadi sepanjang perjalanan mencari Fountain of Youth termasuklah kemunculan Mermaid yang agak seksi itu sehinggalah semua mereka akhirnya berkumpul di Fountain of Youth. Di akhir cerita, macam biasa Jack Sparrow berjaya dengan tipu muslihat nya dan menyelamatkan bekas kekasih nya Angelica.

Macam tak best je sinopsis aku tu kan ? Anyway, konsep cerita yang berkenaan eternity atau kehidupan abadi yang atas hikmat "Fountain of Youth" ini sudah banyak kali aku tengok dalam cerita2 hollywood. Nothing much new about it. 

Komen aku :
1) Johnny Depp macam biasa sebagai Jack Sparrow sangat memikat dengan gelagat Pirates-tak-serupa-pirates-yang-ganas nya.

2) Watak Barbossa tu aku macam tak berapa berkenan sangat. Tak tahu apa pasal

3) Blackbeard is suppose to be legend dalam dunia Pe-Pirates-an, namun dalam cerita ini agak mengecewakan sikit sebab wataknya macam tidak sebesar dan sehebat The Flying Dutchmen

4) Cerita pasal Fountain of Youth dah banyak kali di ulang tayang dalam cerita2 hollywood. Nothing  special about it

5) Kurang unsur2 lanun.. lebih unsur2 macam dah nak moden. Macam askar british nak lawan dengan askar sepanyol je lagaknya. AKu ingatkan watak tentera sepanyol tu besar dalam filem ini sebab pada permulaan nya semacam gempak, tapi, tak ada apa2 pun. Kemunculan mereka hanya pada awal dan akhir cerita.

6) Not much a show for young kids macam Nurin hana. Seriously, dia tak tertarik langsung dengan cerita ini. Jenuh lah aku melayan nya untuk bagi peluang cik puan kpp menonton dengan aman memandangkan cik puan kpp sangat minat dengan Johnny Depp yang kurang hensem sikit je daripada aku.. haha!!

Overall, not thrill enough untuk aku. Cuma, it's a good one and as usual ada cerita yang tergantung possibly for the next installment. Hopefully, the 5th movies would be a mind blowing one!

Highly recommended for Johnny Depp fan and of course for those who follow the Pirates saga from the beginning.

18 Mei 2011

KONGSI

Cerita yang aku tunggu2 selepas HMM untuk tahun ini bagi kategori cerita melayu.

Tengahari pertama tayangan aku terus pergi serbu ke GSC untuk menonton cerita Kongsi. Based on dia punya trailer.. sangat gempak dan berlainan daripada kebiasaan. Aku betul2 mengharap a very big laugh on that day. Memandangkan genre cerita yang sebegitu (aksi komedi), sudah pasti aku tak boleh menonton satu family. Pertama, aku tau cik puan kpp not into it... kedua, sah2 Nurin hana tak boleh nak enjoy. Oleh itu, aku pergi menonton seorang diri (dengan harapan dapat duduk sebelah awek cun.. haha!)

Sampai2 kat tempat tiket, dah panjang barisan nya. Aku agak kagum juga lah sebab tak pernah2 aku ke GSC tersebut barisan nya sepanjang itu. Aku terus beratur. 

Agak impressive sebab show nya adalah every hour. Tak pernah lagi aku ke panggung wayang yang ada show dijadualkan seperti itu. Dan, apa yang lebih impressive lagi.. tiket2 untuk 1pm & 2pm sudah warna kuning - membawa maksud "selling fast" - dah nak abih la tu. Bukan takat itu sahaja.. show malam semuanya dah kuning lip lap lip lap juga.

Disebabkan aku pergi solo, should be no problem la. Anyway, walaupun begitu tiket untuk 1pm dah habis masa aku sampai ke kaunter. Terpaksalah aku beli tiket untuk 2pm.

Lepas beli2 popcorn dan sebagainya, aku beratur untuk masuk. Memang "rezeki" aku duduk sebelah awek.. hehe! tapi, awek tu tak sudi dok sebelah aku, dia dan2 tu juga tukar tempat dengan pakwe dia. Tak kisah lah, aku datnag untuk enjoy the movie.. bukan nak buat onar.. haha!

***

image : http://kongsi-the-movie.blogspot.com/


Sinopsis Kongsi (berdasarkan ayat aku sendiri) :

Tumulak adalah seorang pembunuh upahan yang di tugaskan untuk membunuh geng2 kongsi gelap yang bertapak di Malaysia. Kehebatan beliau memang tahap dewa. Manakala, geng2 kongsi gelap pula... tahap biasa2 sahaja. Manakala, ketua2 kongsi gelap pula lebih rupa macam pelawak berbanding macam gengstar!

Dalam melakukan tugas2nya, Tumulak diburu pula oleh inspector berdedikasi ASP Sharif bin Sharifuddin yang kebetulan pula adalah bekas rakan sparring tomoi si Tumulak suatu masa dulu. 

Tumulak berjaya membunuh beberapa orang kanan geng kongsi gelap sehinggalah misid beliau di kesan oleh pihak polis dimana akhirnya Tumulak telah berjaya di berkas.

***

Pendek je sinopsis aku kan ? haha!

Pendapat aku berkenaan cerita ini :

1) Cerita ini banyak bergantung kepada kredibility Shaheizy Sam sebagai pelakon hebat!

2) Bab2 kelakar tu memang pecah perut lah gelak! Kebanyakkan nya melibatkan telatah Shaheizy Sam yang sangat kelakar walaupun sebenarnya beliau bawak watak serius. 

3) Aku paling suka bab Shaheizy Sam mencubit puting Azad Jazmin sambil berkata dalam loghat kelate+siam... "Hualaoh... jerit serupo ponde" - memang lawak gila!

4) Yana Shamsudin memang tak sajak jadi polis - macam tak cukup syarat. Dan, yang paling aku tak faham tu masa Yana mengejar Saheizy Sam.. siap pakai baju putih yang ketat dan menampakkan segala bentuk aset beliau. Entah apa motifnya, aku kurang pasti. Tak sure lah pulak aku kalau polis2 wanita memang suka berpakaian begitu.

5) Aksi kejar mengejar berkereta terlalu panjang. Yang paling aku tak faham, bila kereta Shaheizy Sam dah terkepung boleh pulak depa main langgar2 kereta macam main bumper car diantara 2 biji kereta polis dengan kereta Shaheizy Sam tersebut. Cuma, kereta polis yang Mitsubishi Lancer tu tak de lah pulak nak di korban kan sama.

6) Aksi stunt terjun  daripada bumbung tak real.. nampak sangat guna cable - memang lawak lah!

7) Aku puji juga lakonan Fizo Omar sebagai polis.

8) Dalam ketiga2 kepala gengstar, aku suka watak ketua geng india, Pooniah (sebagai Victor) sebab beliau tu bercakap sentiasa menggunakan bahasa baku..  memang lawak..

Overall, cerita ini memang kelakar tahap bengong. Kena cepat pick-up untuk gelak. Sekali gelak, memang berderai2 lah. berdekah2 gua cakap lu. Bab gaduh2 pun nampak ok dan well choreograph. Terutamanya, Shaheizy Sam. Cara bergaduh sangat stailo..

The worst part is, cerita ini takde jalan cerita dan dia punya ending memang betul2 potong stim! Tiba2 je dah habis.. huh!

Anyway, it is a better Farid Kamil's film berbanding dengan the previous one V3:Samseng Jalanan. Cuma, Farid Kamil may need to learn a bit from Shamsul untuk jalan cerita yang menarik.

Aku highly recommend untuk korang pergi tengok, but pls don't expect too much out of dramatic aspect..

Selamat menonton!

Next, KARAK!

17 Mac 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM)

 krustudios.com
Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

Lama betul aku mengidam nak nengok cerita ini semenjak di war2kan oleh KRU tentang pembikinannya. Apa yang pasti, susah lah nak tengok satu family sebab for sure Nurin hana tak boleh nak layan cerita ni. Dan, aku dapat rasakan yang cik puan kpp pun tidak lah berapa nak minat sangat dengan cerita ini.

Seminggu ni aku gi training. Dan, resam gi training ialah balik awal. Tapi, tak sangka lah pulak aku seawal jam 1 tengahari!

Memandangkan ada kesempatan aku pun decide untuk gi menonton HMM. Actually, masa dalam kelas taining lagi aku dah try untuk booking tiket thru phone.. malangnya, semua line busy.. TGV busy, GSC pun busy. Nak booking online pulak aku terlupa kan username dan password tgv yang aku pernah register tempohari. Jadi, bila di release sangat awal.. aku decide untuk gi redah ke panggung wayang berdekatan kawasan rumah aku.. GSC. 

Sampai kat kaunter tiket, tayangan jam 2:15pm dah lip lap lip lap warna kuning membawa maksud "selling fast". Aku gagahkan juga beratur. Selalunya, kalau tiket untuk seorang senang sikit nak dapat sebab bila dah tinggal odd seat sana sini.. takkan couple2 nak beli juga. Sampai giliran aku, dapat lah aku beli tiket HMM untuk tayangan 2:15pm.

Perut dah keroncong sebab rushing mengejar masa tadi. So, aku grab segala mak nenek makanan yang ada kat kaunter tu antaranya.. set popcorn, 1901 & chicken ball. Tiba masa, aku pun masuk untuk menonton.

Sinopsis (English) :
Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ’The Chronicles of Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveler who came to Asia several hundred years ago.
The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia… one hundred years before the period of the Three Kingdoms. As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.
However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsa’s fleet was attacked by Geruda’s forces while stopping at a small island to replenish supplies.
Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilizations from the East and West ? krustudios
 Ternyata telahan aku tidak meleset. Cerita ini pada pendapat aku adalah sangat GEMPAK!

Walaupun, aku terbaca dalam beberapa blog yang memberikan komen yang agak "kurang segar" kepada cerita ini.. namun, there is no doubt this film telah meng-injak-kan tahap pembikinan filem di Malaysia! NO DOUBT!

OK. What is my opinion then ?

CGI..

Peminat-tegar cerita2 period or purbakala macam aku pasti akan sangat suka dengan cerita ini. Full of adrenaline rush fighthing scenes the way that Malaysian film had never seen before. CGI nya sangat SUPERB!! yang mana setakat ini hanya KRU STUDIOS yang berjaya dengan teknik2 cgi nya. Aku bet producer2 lain sure sangat geram dengan kebolehan KRU STUDIOS ini. Paling berkesan ialah scene di "Goa" yang sebenarnya di-shooting di Terengganu!

Scene kapal perang nampak macam real, begitu juga halnya dengan scene awan mendung dan ribut petir. Scene2 peperangan yang melibatkan pertumpahan darah sangat baik dan nampak sangat real. Memang class lah!


Ternyata pelakon2 Malaysia telah berjaya menghidupkan watak masing2 dalam cerita ini. Antaranya ialah Khir Rahman (Kamawas), Hanafi Su (Taji), Ummi Nazeera (Embok) & Mano Maniam (orang Goa). Dalam banyak2 pelakon ini, pada pendapat aku Khir Rahman dan Ummi Nazeera yang paling berkesan sekali!!

Khir Rahman sebagai Kamawas orang kanan Taji sangat menonjol dengan watak antagonis nya dan lakonannya ada attitude yang hebat sebagai lanun! Manakala Ummi Nazeera sebagai Embok isteri Merong sangat terkesan walaupun kemunculannya hanya sekejap sahaja dalam cerita ini! Aku rasa, kalau both tidak menang anugerah thru this filem.. it would be scandalous!

Komedi..

The only thing that lacks in this film is comedy. Aksi2 atau dialog2 komedi banyak bergantung kepada Inang puteri cina yang wataknya dimainkan oleh Nellie Ng sebagai Ying Ying. Sekali sekala, Merong cuba juga buat kelakar dengan perbuatan mahupun dialognya.

Dialog yang terkesan kat hati aku sampai aku tergelak adalah ucapan Merong dalam perbualannya dengan Admiral dari China..

Admiral : "I think a had seen you, Merong" . (Merong pernah buat onar di negara China sehingga dihalau keluar daripada perlabuhan)

Merong : "Admiral.. I think you had the wrong person. That's probably my uncle.. Merong MahaSUASA!"

haha! begitu lah lebih kurang dialognya..

Walaupun begitu, keadaan ini adalah expected dalam filem aksi perang zaman purbakala seperti ini..

Secara keseluruhannya, aku sangat2 puas hati dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ini. Mungkin aku sedikit bias sebab aku memang peminat-tegar cerita2 purbakala ala2 "Braveheart" macam gini. Namun, percubaan Yusry ini telah melonjakkan tahap pembikinan filem di Malaysia ini.

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

TAHNIAH YUSRY!

TAHNIAH KRU!

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA MEMANG GEMPAK!!

18 Januari 2011

KHURAFAT (FILEM)

sinopsis daripada skop production

  image : skop.com.my

"Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam di antara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat ….membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.Pasangan ini di awal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan.

Kehadiran seorang perempuan tua misteri….ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.

Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan, setelah diasak pelbagai kejadian aneh."

Memang dah lama aku target untuk pergi menonton di panggung wayang cerita seram nukilan syamsul ni iaitu sejak promo nya keluar tahun lepas lagi. Tapi, disebabkan cerita hantu seram.. mana boleh aku nak menonton dan bawa Nurin hana sekali. Mahu nya termimpi2 pulak dia nanti. Sedangkan tempohari kami gi nengok cerita "Hantu Kak Limah" pun dia pakat tutup2 mata segala bagai.. inikan pula "Khurafat" yang memang sahih cerita seram!

Cik puan kpp dok kat rumah sebab baru lepas operation (kecil2an aje). Nurin hana gi school. Jadi, inilah peluang aku untuk gi menonton sorang2 macam orang bujang.. harap2 ada awek dok sebelah.. haha!

Petang tu aku pun ke panggung wayang untuk menonton.

Memandangkan ianya adalah hari bekerja, maka tak ramai lah orang kat kaunter tiket. Agak aman lah aku beratur untuk membelinya. Macam biasa, kalau pilih seat aku akan minta yang kedudukan nya di aisle supaya senang keluar masuk dan yang lebih penting.. senang nak parking makanan, air & jajan yang aku beli.

Dalam panggung, sebelah aku tu tak ada orang :-( 

Selang satu kerusi, ada satu couple melayu berpegangan tangan.. "Eleh, konon2 seram lah tuh!". Dan, aku berprasangka baik yang mereka adalah suami isteri.

Permulaan cerita dah tunjuk kes orang kampung kena rasuk dek kerana "membela" hantu dan bila nak mati, hantu tu minta "waris" atau "pengganti". Macam biasa, imam surau dengan ilmu tinggi membaca ayat2 al-quran dan akhirnya hantu tu tewas!

Johan (Syamsul) pula baru berkahwin dengan Aishah (Liana Jasmey) dan sedang berbahagia. Cuma, aku rasa agak janggal sebab Liana Jasmey tu nampak macam adik2 je kepada Syamsul... tak macam perwatakan isteri langsung. Dalam cerita ini Aishah adalah anak orang kaya.

Mereka sering diganggu oleh satu bayangan "makhluk halus".

Di bandar, Johan ada seorang bekas kekasih Anna (Sabrina Ali) yang berperwatakan liar - suka berhibur di nite club. Dia jadi sangat kecewa sebab Johan meninggalkan nya dan berkahwin dengan Aishah. Memang gila2 punya psiko! 

Oleh sebab itu, Johan & Aishah syak Anna lah yang "menghantar" hantu itu untuk mengganggu hidup mereka.

Sampai suatu hari setelah beberapa kali di tolak oleh Johan, Anna buat keputusan bunuh diri. 

Diakhir cerita, barulah di jelaskan siapa kah yang empunya angkara yang menyebabkan "hantu" tersebut dok mengacau kehidupan Johan. Kalau aku cerita kat sini, tak thrill la.. baik korang gi nengok sendiri.

Pada pendapat aku, cerita garapan Syamsul ni tidak mengecewakan. Beberapa kali juga lah darah aku menyirap dan bulu roma tegak berdiri dek kerana scene2 seram dan elemen muzik yang baik. Part yang aku rasa paling seram ialah bila scene Johan (Syamsul) bersama "mayat" di dalam hutan. Memang meremang beb!!

Namun, sepanjang perjalanan cerita.. tumpuan aku sedikit terganggu sebab ada budak2 buat kecoh dan gelak2 tak semena2. "KALAU NAK GELAK2, GI LA TENGOK HANTU KAK LIMAH!", hampir2 aku nak jerit diolag tersebut, tapi aku sabar.. sabar.. memang potong betul lah ! by the way, cerita ini kategori 13PG. 

Keseluruhan nya, naskah seram pertama Syamsul ni memang kelas lah. Dengar ceritanya, filem ini dah kutip RM2juta untuk 2 hari tayangan. Wow!! Dan, aku tidak akan teragak2 untuk nengok filem2 seram Syamsul lagi in the future.

TAHNIAH SYAMSUL!!

20 Julai 2010

TWILIGHT SAGA - ECLIPSE MOVIE

Review berkenaan movie Twilight Saga - Eclipse.

Dah lebih seminggu aku gi nengok cerita ni, tapi baru ni boleh nak buat review (konon2nya). So, my review :

1) Banyak adegan cinta tiga segi antara Bella, Edward dan Jacob. Sehinggakan babak2 yang berkenaan tu dah jadi macam lawak pulak sebab penonton kat panggung malam tu asyik dok bersorak dan gelak2. Diorang seronok nengok gelagat Edward & Jacob yang saling cuba buat salah sorang jeles. Tak faham aku

2) Adegan pertempuran yang aku tunggu2 rupa-rupanya sikit je. Itupun kat hujung cerita. Not much to enjoy. Pengarah patutnya banyakkan sikit bab-bab superpower superhero ni baru la thrill. Tapi, aku patut dah expect dah perkara ni sebab ini sebenarnya kisah cinta. Bukan action movie. Sedikit kecewa

3) Watak-watak lain dalam movie tidak menonjol. Banyak story pasal Bella, Edward dan Jacob je. Contohnya, watak Alice dan Sam yang macam tempelan aje. Juga, watak Jasper yang sepatutnya agak besar sebab dia jadi perancang strategy untuk tackle serangan newborn.

4) Scene The Cullens kejar Victoria dalam hutan dan kemudian sampai ke sempadan teritori Quilletes Wolf tu aku suka. Thrill dan mendebarkan. CGI Wolf nampak real macam betul2 je. Cuma pergerakkan The Cullens (vampire) yang tak berapa real.

5) Overall, aku bagi 4 bintang la. Kalau banyak action sure aku bagi 5 bintang

***

Ini pula, komen untuk penonton di pawagam :

1) Aku gi tengok satu family, so, anak aku memang la buat hal je sepanjang movie tu. Dia tak minat. Macamana nak minat, ini bukan cerita kartun! So, terpaksalah layan kerenah dia yang buat macam2 hal sepanjang movie. Tanya soalan la, nak main kat tangga la, nak gi keluar la, ajak balik la.. macam2 la

2) Ada couple yang dok kat sebelah aku, yang aku agak2 tak baca buku atau tengok movie sebelum ni terutamanya mamat tu. Mana idak nya, dalam gelap2 tu terang2an aku boleh dengar yang si minah tu dok story2 kat mamat tu. Dan, mamat tu pulak macam tak interested je nak dengar. Ini mesti kes minah tu nak tengok dan paksa mamat tu nengok sekali. Tak pasal2 aku pulak yang kena dengar apa yang minah tu dok story. Terbakar je jiwa aku masa tu. Lama juga la adegan story2 tu berlaku sampai aku rasa macam nak sound je. Tapi, malas nak kecoh2. Aku diam je la

3) Ada satu group yang dok kat row depan sekali.. mungkin pakistani atau middle east punya group. Asyik2 dok bersorak la, gelak2 la, wooo la, tepuk tangan la. Hallo.. ini panggung wayang beb, bukannya rumah korang. Yang aku tak tahan tu, siap tepuk tangan sambil standing ovation lagi. Wah! ini dah over. Mengganggu ketenteraman awam betul la.

So, begitu lah cerita nya. Anyway, mungkin nak kena tengok sekali lagi. Aku nak cari download dia je kat internet.. hahaha.. atau beli je la cd nya nanti.

p/s : aku minat bab2 action2 dan supernatural power je. CGI dia ada ummppphh!

09 Julai 2010

ECLIPSE SAGA

(Google)


Twilight saga - Eclipse sudah masuk panggung semalam. Pagi-pagi lagi dah booking untuk tayangan petang Jumaat. Woohooo.. malam ni tengok wayang..

p/s : Adik ipar bersalin semalam. Anak lelaki. Bertambahlah cucu En Rosni