Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

16 Ogos 2011

DUA JUADAH YANG AKU DAMBAKAN... MINGGU LEPAS

Regim diet (konon) yang ketat buatan sendiri telah membataskan nafsu makan aku sepanjang ramadhan kali ini.. alhamdulillah, masih mampu bertahan dengan rutin diet sendiri buat walaupun sudah masuk hari ke-16. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya rutin ciptaan sendiri... maka, setiap weekend adalah hari non-diet sekiranya aku balik ke kampung. Atau, ke majlis2 makan atas dasar jemputan. Orang kata, kalau kita ke majlis.. hendaklah hormat kepada majlis dan jangan lah melampau2 dengan diet kita.

Tapi, tidak semena2 minggu lepas secara tiba2 pula aku jadi terbayang2 nak makan dua juadah ini..

1) Pulut kuah durian

 image : google

Adalah sedia maklum, cik puan kpp tak berapa gemar kalau durian telah berubah rupa menjadi juadah yang lain. Oleh itu, harapan kalau nak minta cik puan kpp tolong masak adalah sangat tipis. Kalau nak dibeli di kedai atau param pula, belum lagi aku berjumpa dengan peniaga pulut kuah durian.

Oleh itu, aku pendam kan sahaja. Namun, orang kata.. kalau dah rezeki tidak kemana. Jumaat lepas, ofis cik puan kpp buat majlis berbuka puasa di pejabat (tiap2 tahun kat pejabat... sekali sekala buat lah kat hotel :-P)... dan, kebetulan ada pula yang buat juadah kuah durian.. nyam, nyam. Tapi, bukan dimakan dengan pulut. Lawan nya ialah roti jala... 

 image : google

Alhamdulillah, sekurang2nya terlampias lah nafsu aku terhadap juadah tersebut.


2) Lopes de squera... hehe! Kueh Lopes la...

Bila bulan puasa, aku memang selalu dambakan kueh ini. Tapi, tahun ini.. diet punya pasal, sangat jarang kami ke param. Aku tak pasti cik puan kpp tahu buat ke tidak. Tak berani pula aku nak minta tolong buat :-)

Lepas jumaat adalah sabtu. Seperti yang telah di rancang, kami sekeluarga balik kampung - rumah 'cik Ro. Waktu petang sedang 'cik Ro bertungkus lumus kat dapur... aku terbau "kuah durian".... alamak! sekali lagi ke ? Aku dah kecur air liur dah...

Namun, tekaan aku meleset... mungkin bau durian tu datang daripada rumah jiran agaknya. Masa berbuka, semua makan nasi.. memang kelaziman di rumah 'cik Ro begitu. Habis makan nasi, tiba2 aku nampak Choi mencedok benda hijau yang di tuang dengan air hitam.. Wah!! Lopes!

 image : google

Tanpa lengah lagi, aku pun serbu. Kalau lambat nanti, tak merasa pula... Ahhh!! Nikmatnya... dua round aku pulun.

Pagi itu waktu sahur, ber-iya2 aku  bangun konon nya nak makan Lopes lagi... tapi, air gulanya sudah habis! Frust. Sebab frust punya pasal, aku sahur minum air kosong je... huhu!

Sekian, cerita pasal makanan di petang ramadhan.

02 Ogos 2011

BERMULA 96, HARAP2 DAPAT 90

Alhamdulillah, hari kedua..

Penangan hari pertama, hari sangat panas dan aku terkejar2 ulang alik ke tempat training, rumah 'cik Mori dan workshop. On the way balik pula jalan sangat sesak di tambah pula air-cond kereta merah yang entah apa pasal tidak mahu sejuk bila kereta dipandu perlahan. Kalau pandu laju, bukan main lagi sejuk nya mengalahkan ais batu.

OK, semalam aku dah timbang.. oh, ok.. 96 - mungkin spring dan jarum penimbang yang kami beli di Ikea tu dah rosak agaknya.. haha!

Maka, dengan semangat waja.. aku ambil marker pen dan tanda kan.. 90 pada tarikh 30hb ogos - agak ambitious, tapi kalau Malaysia Boleh! aku apa kurang nya.. haha!!

Balik daripada training semalam, beriya2 benar cik puan kpp mengoreng segala bagai di dapur.. sambil buat experiment "masak" nugget tempura ramly menggunakan oven (tanpa minyak). Mungkin sebab cik puan kpp sayang kat aku dan nak tolong aku capai 90 kot... muahaha!

Tapi, seriously.. nugget tu memang sesedap digoreng menggunakan minyak. Experiment yang menjadi.

Memandangkan cik puan kpp sudah siap sedia memasak dan dengan perasaan untuk tidak menghampakan... aku makan lah fettucini goreng yang cik puan kpp buat tu walaupun, niat asalnya hanya nak makan roti dan scramble egg. Aku puji lah fettucini masakan cik puan kpp tu sampaikan waktu sahur tadi pun.. aku mentekedarah benda yang sama juga (berbanding dengan menu lazim aku iaitu quaker oat).

Cik puan kpp tanya aku.. "dah timbang ke ?". Haha! takkan baru satu hari puasa dah nak suruh aku timbang kot ? Tak sabar benar cik puan kpp nak nengok aku menjadi 90.. muahahaha!

Aku pernah buat diet stail ini dahulu dan nampak seakan2 berjaya. So, hopefully this time around will turn out the way yang aku plan. Ammiinn..

01 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN..

Alhamdulillah, berkesempatan lagi menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan.

Beriya2 bangun sahur jam 4:30 pagi tadi.. haha! Harap2 semangat bersahur akan berterusan (*jeling pada cik puan kpp).

Cerita pasal ramadhan ni teringat pula masa berpuasa di perantauan dulu2. Watak utama insiden tersebut ialah Aku & Taufik - kawan serumah aku. Seperti hari2 puasa yang lain, Taufik lah selalunya yang akan menjadi jam loceng kepada aku dan kawan2 lain di rumah. Almaklum lah, tidur dalam kedinginan dan di selubungi dengan duvet.. memang lah tak ingat dunia dibuatnya. 

Pagi itu, Taufik macam biasa kejutkan aku... "Bangun Pala, sahuurr..", aku pun bangun lah dnegan mata yang terkebil2 menahan mengantuk dicampur dengan ke-syok-an berselimut dengan duvet.

Adat rumah student yang bujang trang-tang-tang.. sahur adalah lebihan lauk malam tadi nya yang sememang nya di masak lebih sedikit untuk tujuan yang di sebutkan. Lepas basuh muka segala bagai.. aku dengan Taufik pun mengadap lah pinggan masing2 untuk makan.. kawan2 yang lain belum bangun lagi, mungkin masih di ulit mimpi agaknya.

Baru nak suap, TAP! tiba2 semuanya jadi gelap gelita. Rupa2nya elektrik rumah habis!
Untuk makluman, letrik rumah kami menggunakan sistem kupon dimana kupon yang bernilai sekian-sekian banyak di masukkan ke dalam meter dan letrik pun berjalan berdasarkan nilai yang telah di masukkan. Ini ala2 prepaid lah.. Nak dijadikan cerita, Raeis yang di tugaskan untuk menjaga/membeli kupon telah terlupa nak top-up kupon letrik pada hari tersebut. 

Maka, natijahnya... bergelap-gelita lah aku dengan Taufik bersahur pada pagi tersebut. Mujur juga lah heater dirumah kami tu salah satunya menggunakan gas. Jadi, Taufik pun nyalakan heater tersebut untuk memberikan sedikit cahaya ke ruang tamu. 

"Wey, kenapa makan depan heater nih ?", tanya Raeis yang baru bangun untuk bersahur.

"Letrik habis la.. nko tak top-up ke tadi ?", tanya Taufik

"Alamak! sorry lah.. aku lupa!", kata Raeis sambil menepuk dahi

Aku kusyuk je teruskan makan dalam kesamaran tu... kalau tercekik tulang, tak ke kes naya!

Berpuasa di tempat orang seronok juga... tapi, kena lah pada masa dan musim nya. Kalau tak kena musim, memang jenuh lah berpuasa sampai jam 9 malam! Aduh!!

29 September 2010

YEAHOOOOO.. RAYA !!

Hari : Isnin @ 27/09/2010

Alhamdulillah.. aku telah berjaya ber hari raya untuk kali ke-2 nya.

Bermula beberapa tahun lepas (kalau tak salah aku around 2 years ago), aku telah cuba ber Puasa Enam di bulan Syawal. Alhamdulillah, sehingga tahun ni (tahun ke-3) aku berjaya Puasa Enam. Untuk lebih info berkenaan Puasa Enam, klik sini (iluvislam.com)

So, pada hari raya ke-2 aku tempohari cik puan kpp telah 'paksa-rela' membelanja aku dan Nurin hana makan di Yankees Hut, Bangi. Ini semua 'natijah' daripada entry aku yang ini - cendawan goreng - dan telah membuatkan cik puan kpp 'termengidam' nak makan. Memang dah lama aku tak pergi ke Yankees Hut ni. Honestly, aku rasa 'kesedapan' nya sudah menurun dan mungkin juga diorang sudah tukar chef lain sebab sangat berbeza resepinya dan rasanya. Yang paling obvious ialah resepi cendawan goreng tersebut.

Don't get me wrong, rasanya masih sedap cuma tidak sesedap pertama kali aku makan dulu. I like the old taste better!

Satu lagi sebab kenapa cik puan kpp paksa-rela belanja aku ialah.. aku tau yang cik puan kpp akan tuntut untuk aku membelanja hari raya ke-2 nya yang, insyaAllah, pada hari Rabu.. iaitu hari ini!

Bak kata pepatah : Ada lori ada bas, Lain hari kena lah balas..

Anyway, aku rasa happy dan sense of accomplishment sebab berjaya menyelesaikan Puasa Enam untuk tahun Hijrah kali ini. Mudah2an berterusan lah keazaman aku ini untuk tahun2 Hijarah yang akan datang.. Ammmiiiinnnn..



p/s: things become easy when you strive for it..

06 September 2010

BUKA PUASA @ RESTORAN WARISAN

image : http://www.restoranwarisankualalumpur.com/

Restoran Warisan, KL terletak di tengah2 bandar Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi di Dataran Merdeka. Bangunan untuk restoran ini dahulu nya digunakan untuk Muzium Tekstil. Walaupun letak nya di tengah2 bandar, disini tiada masalah parking kerana di hadapannya ada kawasan parking yang agak luas.

Buffet buka puasa di Restoran Warisan ni berharga RM45 seorang. Ada lebih kurang 80 jenis makanan termasuk dessert. Mostly, makanan nya adalah berunsurkan ke Melayu an. Ada nasi dan lauk pauk udang, ikan daging dan ayam. Kueh muih yang pelbagai daripada murtabak, roti jala hingga lah kepada kueh2 goreng macam goreng pisang dan cucur. Manisan pula macam puding dan kueh2 tradisional macam kasui. Kuey tiaw, laksa, mee kari dan soto. Minuman disediakan panas dan sejuk - teh tarik, kopi O dan 4 warna air sejuk termasuk ABC. Dan, kat sini ada juga kambing golek ! Pendek kata memang meriah la.. cuma larat dengan tak larat je nak makan.

makanan diatas meja kami sebelum berbuka


Tempat duduk pula terbahagi kepada dua kategori; satu - kerusi + meja, dua - pangkin + meja ala jepun.. duduk bersila. Surau disediakan berdekatan dan agak selesa. Untuk perempuan suraunya berpintu (bilik). Very convenience.


suasana di dalam restoran warisan

Menu pembuka aku ialah kambing golek, ayam goreng rempah, coleslaw, salad & murtabak mini. Air - air ais hijau. Hehehe.. kalau cik puan kpp ada tentu aku tak dapat minum.


menu pembukaan aku


Tujuan aku ambil kambing golek awal2 takut2 nanti kena beratur panjang. Lazimnya kalau time buffet2 begini, makanan2 bakar memang jadi tumpuan. Tapi, hakikatnya kat sini takde jadi fenomena macam itu sebab aku rasa orang yang tidak berapa ramai. So, sessi mengambil makanan terasa smooth dan agak selesa.

Kekurangan tempat ini satu je, tak dengar AZAN. DJnya pergi bukak CD lagu2 pulak.. mana nak dengan azan. Kalau ye pun, buka lah radio.. kurang2 tak de la kami semua tercengang2 tengok muka satu sama lain samada dah masuk waktu ke belum ke..

Bila masuk waktu, kawan aku Azli baca doa dan kami semua mula makan buka puasa. Enjoy the food sambil borak2.

In the end, aku enjoy the moment of buka puasa with my colleague. Cuma kurang satu je.. cik puan kpp takmo datang. Kalau tak mesti lagi best.

Masih sempat lagi rasanya kalau nak try the buffet buka puasa di saat2 akhir puasa ni.

Untuk RM45, aku bagi thumbs up pada buffet Restoran Warisan, KL



p/s : where next ?

02 September 2010

BBQ @ RUMAH 'BARU' EMAK

Perbualan sms aku dengan adik aku As 2 minggu lepas :

"Along, 31hb buka puasa ala2 bbq style kat rumah emak nak ?", sms daripada adik aku As

"29hb la. Pindah 28hb, ahad tu buat bbq la kat rumah 'baru' ", aku berikan cadangan balas

"Ok je"

"Nanti nko bagitau semua. Ahad, 29hb", sms balasan daripada aku

***

Sabtu, 28/08/2010

Emak aku berpindah ke rumah 'baru'. Aku pernah cerita pasal ni sebelum ini. di sini. Rumah tu adalah rumah lama yang 'diperbaharui' supaya lebih selesa dan tidak lagi bocor! Kerja pindah randah adalah pada Sabtu malam, 28/08/2010 selepas berbuka puasa. Nak pindah siang2 mana larat. Flat yang emak aku duduk tu dah le 2 tingkat tinggi nya. Tak pasal2 ramai yang berbuka puasa waktu zohor pulak nanti. Mujur masa pindah barang2 tak banyak. Cukup sekadar lori satu (1) tan. Pakcik aku ada buat business lori sewa. So, kami sewa daripada dia je la.

Memandangkan 'bala tentera' yang ramai (semua family turun membantu), cepat la kerja2 pindah barang dilakukan. Mula jam 830pm, lebih kurang 10pm semuanya selesai. Kemas2 lebih2 kurang sebagai preparation for tomorrow's planned - BBQ!

Ahad, 29/08/2010

Disebabkan malam nya semua bekerja keras, sahur untuk puasa ahad dibeli je. Asal cadangannya, semua pergi makan kedai.. tapi, hujan pula turun. Aku, cik puan kpp dan mimin gi beli kat Restoran Pelita Nasi Kandar. Adik ipar aku Wan pun follow kemudiannya. Sudahnya, aku dengan cik puan kpp je makan kat kedai. Lauk2 yang dibeli, adik ipar aku Wan bawa balik untuk makan kat rumah. Seronok gak sekali sekala bersahur kat kedai. Meriah!

Pagi2 lagi adik aku As dah ke Tesco membeli barang2 dan bahan2 mentah untuk bbq. Aku pulak tolong mengemas sikit2 barang2 yang dipunggah daripada lori semalam.

Petangnya..

"Tak jadi la gi rumah As (untuk tolong memasak). Kita buat sandwich je la kat sini", cadang cik puan kpp kepada aku

"Suka hati la"

"Kena la beli barang"

"Ok. Buat list..", aku sedia untuk gi ke kedai. Seminit kemudian, satu senarai sampai kat tangan aku - list bahan mentah untuk buat sandwich - serbuk lada putih, sardin, telur, tomato, cili merah, roti, bawang besar, limau kasturi, sos cili, dan mayonais.

Aku naik kereta ke kedai. Hari panas gila.. berasap aku duduk dalam kereta sementara nak tunggu ekon menyejukkan kereta. Dalam 30 minit list aku tu dah complete.

"Nah. tapi, tomato ada dua (2) biji je la.. lupa nak beli lagi tadi. Kat kedai tu ada dua (2) biji je", aku serahkan barang2 yang aku dah beli

"Bak sini. Kalau camtu, sandwich telur tak payah letak tomato la", jawab cik puan kpp

Proses buat sandwich pun bermula dengan dibantu dengan gigih oleh nurin hana.

"Nurin hana pun nak buat. Nak tolong papa buat senwish", kata nurin hana

"Ok. dok kat sini".

Aku tolong sikit je, cik puan kpp buat selebihnya. Sejam kemudian, semuanya siap. Jam dah pukul 6pm tapi geng buat marinate BBQ masih belum sampai lagi.

7pm baru beransur masing2 datang.

"Amboi.. apsal lambat sangat ?", aku tegur adik aku As

"Takde orang pasang api lagi ke ? bila nak siap ?", kata emak aku

"Habis tu.. semua orang lambat sangat datang. Pasang awal2 karang, tinggal abu je la jawabnya. Silap2 arang pun habis", aku membalas.

Adik lelaki aku Babuk pun sampai di ikuti dengan Adik ipar aku Mizi. Diorang mula cuba menghidupkan api. Aku jadi penonton. Atas meja dah mula bersusun makanan2 yang dah dimasak dan dibeli dari pasar ramadhan.

Family semua dah berkumpul. Family aku semua orang dari kecil sampai besar, pak ngah, mak ngah, pak su & anak2 dia. Almost everybody was there.

"Allah hu akbar, Allah hu akbar..", azan berkumandang daripada masjid kawasan tu.

"Bismillahirrahman nirrah him.. Allah humma lakasumtu.. ", aku baca doa buka puasa

"Makan dulu apa yang ada atas meja tu. BBQ tak siap lagi. Api pun baru nak hidup", aku berikan penerangan.

Semua orang mula serbu apa yang ada atas meja. Adik aku babuk & adik ipar aku mizi tengah bertungkus lumus menghidupkan api. Dapat bara, terus letak ayam atas jaring BBQ.

Proses BBQ bermula dan sessi bakar membakar makin rancak. Yang lain2 tengah makan dengan kusyuknya melayan perut yang kebuluran dek puasa seharian. Aku take over daripada adik aku babuk bakar BBQ.

Mulanya ayam, pastu udang, ketam, daging lembu, daging kambing, fish ball dan sotong. Semuanya di BBQ kan bergilir2. Tak sempat pinggan hasil BBQ penuh, dah lesap kena sapu dengan semua yang ada.

Sessi BBQ carried on sambil small group chit chatting di depan rumah. Aku jadi penjaga tetap stesen BBQ sebab yang lain2 semua dah penat berdiri agaknya. BBQ punya BBQ sampai la jam dah lewat hampir 1100pm. Semua dah nak balik sambil tapaw2 apa yang ada. Termasuklah BBQ yang sudah siap dibakar oleh tukang BBQ 'professional', iaitu aku.


BBQer professional

Sessi mengemas pulak ambil alih. Lebih2 kurang je sebab semua dah penat. Esok sambung.

Alhamdulillah, selesai sessi BBQ walaupun ada sedikit hiccup sebab time planning yang kurang baik. Tak kisah lah.. "apa yang penting ? KERJASAMA!"

Perkara yang lebih bermakna ialah family semua dapat berkumpul dan, insyaAllah dapat mengeratkan lagi tali silaturahim.. Aaammmiinnn..

Dan, emak telah selamat pindah ke rumah 'baru' nya macam yang emak mahukan.



p/s : gambar hiasan BBQ (ayam, udang, sotong dan black pepper sause) di google

26 Ogos 2010

BUKA PUASA @ AN-NUR

Malam tadi telah berlangsung majlis berbuka puasa anjuran bersama AJK Surau An-Nur & AJK KRT taman perumahan aku. Lokasi majlis adalah di Surau An-Nur yang terletak di dalam taman perumahan aku tu.

Majlis dimulakan dengan tazkirah daripada Ustaz Yusuf seawal jam 6:45pm. Aku sampai dah sekerat jalan dah tazkirahnya. Atas meja dah penuh dengan makanan (nasi + lauk pauk) yang di order daripada katerer je. Mana sempat nak gotong royong. Lagipun, aku difahamkan peruntukan surau ada banyak - 5 figures juga la. Berbanding dengan peruntukan KRT (yang mana aku adalah salah seorang AJK - Ketua Biro) yang 'ciput' je - 4 figures. Tak kisah la. Majlis ini adalah co-sponsor antara Surau & KRT.

Lepas tazkirah, dan sementara menunggu azan.. katerer membahagi2kan ais krim potong pada budak2. Ini taktik untuk divert attention so that orang2 dewasa boleh go for makanan atas meja dengan aman. Aku tak tau la sejauh mana kejayaan nya. Mungkin untuk budak2 kecil - berjaya. Tapi, daripada pemerhatian aku.. lebih kurang juga crowdednya meja yang dipenuhi dengan makanan tu. Almaklum saja lah.. semua kan puasa.

budak2 beratur untuk air krim potong


Bila tiba giliran aku ambil makanan.. nah kau.. setambun (setambun = banyak; penuh satu pinggan; hampir melimpah ruah). Semua yang ada atas meja tu aku bubuh dalam pinggan. Nasi, Ikan kembung bakar + kicap/air asam, Kari daging, Udang masak gulai nenas, Ulam2 & Sambal belacan. Airnya Oren. Nyam! Nyam!


Beratur ambil makanan (pandangan sisi)

Aku plan nak ambil gambar lauk dalam pinggan aku, tapi malu la pulak dengan orang2 tua kat sekeliling aku. So, aku ambil 'fotographic memori' saja la. Dessert pula ada buah Oren, Tembikai, Puding, Kueh cucur badak & Kueh gulung yang warna hijau tu.. apa tah namanya.

Solat Maghrib berjemaah dilangsungkan jam 7:50 untuk membolehkan semua jemaah makan dulu dengan sedikit aman.

Selesai solat Maghrib aku balik ke rumah sebab baru jam 8pm. Most of the jemaah pun balik juga.

Makanya dengan itu, selesailah Majlis berbuka puasa yang agak sederhana tapi meriah itu. Cuma aku rasa ramai lagi yang tidak hadir sebab kalau di ikutkan taman perumahan kami ada 200++ buah rumah. By right, semuanya lebih kurang 700-800 orang. Tapi, yang hadir aku anggarkan dalam campur tolak 200-300 orang sahaja.

Anyway, it's a good way to promote semangat kejiranan. Terutamanya, orang2 yang tidak pandai 'bermasyarakat' macam aku ni.

Thumbs up for AJK Surau & AJK KRT (termasuk aku la.. hehehe) for such a nice Majlis berbuka puasa.

Lepas ni Majlis Hari Raya la pulak..

17 Ogos 2010

PUASA YANG TERSEKSA

Sabtu lepas adalah puasa yang sangat menyeksakan bagi aku. Sebabnya, selsema (sinus) aku jadi sangat serius dan irritating!

Semenjak jumaat lagi aku dah mula rasa tak sedap badan. Batuk2 masih belum reda ditambah pula dengan selsema yang kritikal. Dari pagi sampai ke petang aku dok 'melayan' selsema yang kritikal tu sampaikan langit2 (mulut) aku jadi pedih dan perit.

Lepas berbuka aku dah mula rasa sangat tak sedap badan dan mula sakit kepala. So, plan untuk gi sahur kat kedai mamak terbantut la untuk malam tu.

Bangun pagi kepala sangat sakit, badan sengal2, telinga berdengung, batuk2 dan selsema yang kritikal. Memang agak seksa la aku nak menghabiskan puasa hari sabtu tu. Almost seharian aku tido je kat sofa. Petangnya, lepas ke pasar ramadhan aku nekad gi klinik. Paling kurang nak minta pain killer. Dah tak tahan sangat rasanya pening kepala aku tu.

Masuk klinik terus register panel klinik di kaunter. Tak ramai orang. Yang ada tu tengah menunggu untuk ambil ubat. Aku duduk.

Sekejap lepas tu misi (nurse) panggil nama aku. Aku pun masuk dalam bilik yang ada doktor tu. Doktor perempuan. Indian.

"Doktor, saya rasa sakit kepala sangat2. Mungkin sebab daripada selsema"

"Umur berapa ?", doktor tanya kat aku

"35", ringkas aku jawab

"Ooo.. tapi, rambut banyak uban ye..?"

"Fesyen.. ", aku jawab ringkas

"Betul ke ?", doktor tu hairan

"Tak la.. memang dah lama. Sejak form 4 lagi..", aku berikan penjelasan

Apa la doktor ni.. aku melawak je la.

Doktor check tekanan darah. Normal katanya. Lepas tu check paru2 guna stetoscope.

"Ok, saya bagi pain killer dan ubat titis hidung untuk buka lubang pernafasan. Bagi lega.."

"Dan, kena ambil antibiotik sebab macam ada infection".

"Ok. tq doktor", aku pun keluar daripada bilik doktor untuk ambil ubat.

Dalam hati.. tua sangatkah aku ni ?


Pemandangan daripada atas kepala - banyaknya uban..

Kalau kira daripada jumlah uban.. mungkin jawapan nya "YA".

p/s : lagi 5 tahun mungkin aku akan bertukar jadi seperti Richard Gere..