Zaman kanak2 dulu, kalau nak makan ayam.. sumbernya sangat mudah. Sebabnya, family aku memang ada menternak ayam di belakang rumah (kawasan rumah setinggan). Kiranya jenis baka ayam kampung lah.. walaupun, duduknya di bandar. Bukan setakat ayam, itik pun banyak - spesis itik serati (yang bulunya warna putih melepak tu).
Ayam kampung tak macam ayam bandar. Hidupnya "bebas". Boleh pergi kesana kemari ikut suka hati. Dan, balik reban pula ikut suka hati juga - selagi tidak di hambat untuk pulang oleh tuannya. Memandangkan kehidupan bebas ayam2 kampung ini.. boleh bayangkan lah macamana punya payah kalau nak ditangkap.. sebelum disembelih, "buat sate.." (macam dialog pendekar bujang lapuk pulak).
Aku pernah cuba menangkap ayam dengan kaedah mengejar ayam tu sepenuh jiwa raga. Ye la, aku ni kan selalu wakil lumba lari 100m untuk sukan sekolah tahunan. So, berbekalkan kemahiran aku berlumba lari tu, apa lah salah nya kalau aku gi kejar dan tangkap ayam pula ? bukan susah sangat pun.. kan ?
Oh! tidak semudah itu. Tengok macam senang.. tapi, ayam2 tu memang tinggi skill melarikan dirinya. Kalau pakai kaedah kejar & tangkap, kena pakat ramai2 baru ada peluang. Ada peluang saja, belum tentu boleh dapat tangkap lagi!
Silap2 haribulan, dapat letih aje.. kalau pun tangan tidak di palitkan dengan tahi ayam!
Oleh itu, daya kreativiti tinggi sangat lah diperlukan untuk tujuan penangkapan ayam ini.
Caranya..
Berdasarkan illustrasi di atas, apa yang diperlukan ialah..
1) Tali
2) Makanan ayam (baki nasi semalam atau beras atau dedak)
3) Kemahiran membuat simpulan "cowboy" - macam ikatan tali cowboy dalam filem2 barat
4) Dan, tahap kesabaran yang tinggi (sebab nak dapatkan ayam yang telah di target)
Modus operandinya ialah dengan menyediakan tali "cowboy" di laman tempat memberikan ayam makan. Kemudian taburkan makanan supaya ayam2 akan datang. Sebaik2 nya hendaklah di target kan dulu ayam mana yang hendak di tangkap untuk dibuat gulai. Senang sikit dan misi akan menjadi focus.
Bagi ayam makan banyak2, bila ayam yang kita dah target tu dok kat dalam lingkungan tali.. sentap supaya terjerut di kaki nya. Pastikan tali di tangan kita tak terlepas semasa ayam tersebut dok mengelepar cuba melepaskan diri. Kalau idak, letih juga lah nak kejar keliling rumah.
Nah.. mudah kan ?
"EMAK! BUAT MASAK LEMAK CILI PADI YE!"