30 Mac 2013

SERULING DI LEMBAH SUNYI

Seiring bersama alunan bunyi
seruling di lembah sunyi
Ku duduk disana seorang diri
menanti di malam sepi
Terkenang ku akan seorang gadisku
Gadisku.. yang telah pergi entah ke mana
Oh angin sampaikanlah salamku
ku nanti nya dilembah sunyi
  Bersama alunan seruling senja
begitu lah cintaku padanya

Teringat lagu ini masa aku dok aktif dalam Pengakap suatu masa dahulu. Aku try search di youtube. Cuma, the alunan not the way I was thought to sing the song - Lenggoknya mendayu dan boleh terasa seolah2 sedang berada di "Lembah sunyi"...

Anyway, kalau berminat nak dengar sila lah youtube sendiri ye...btw, dibawah ni the original lirik. It's an Indonesian artis song. Yang atas tu, lirik yang diajarkan kepada aku suatu masa dahulu... (mungkin sebab sudah di Bahasa Melayu kan)

Seiring bersama alunan bunyi
seruling di lembah sunyi
Disana ku duduk seorang diri
mengenang di malam hari
Terkenang ku akan seorang kasihku
yang tlah pergi entah kemana
Oh angin sampaikanlah salamku
ku nanti dilembah sunyi
Seindah alunan seruling senja
begitu cintaku padanya



29 Mac 2013

PHYSIO 2.0

Lepas sessi pertama tempohari, aku pergi lagi ke sessi kedua.

Basic nya masih sama. Bila sampai ikut appointment time, check temperature & blood pressure dulu. ok. Normal

Next, masuk bilik physio kena tuam dengan "tungku beg panas". Next, guna untrasound.

Then, baru kena "karan" lagi. Kali ni kasi up dia punya "karan"



Haaa.. begitulah keadaan nya kaki aku di"karan".

Actually, bila kena "karan" tu.... rasa macam kena urut je pun. Sebab kekuatan "karan" tu akan turun-naik-turun-naik sampai cukup masanya.

Best juga. Yang tak bestnya, sebab kena meniarap :-( . senak 6-packs aku..

Cukup tempoh kena "karan", physio buat stretching pula...

Bersandarkan 2 sessi physio yang aku dah pergi, apa yang aku boleh simpulkan ialah...

1) Physio tu tak pasti sangat apa masalahnya dengan ankle aku tu. Sebab semuanya seems in good condition

2) Lepas setiap sessi physio, kaki aku terasa ringan dan tidak stress lagi... mungkin sama effect nya dengan process urutan

Next week ada sessi lagi..

Sekian

26 Mac 2013

FORM IS TEMPORARY, CLASS IS PERMANENT!



Once a Tiger, always a Tiger... ROOOAAARRRR!

25 Mac 2013

PHYSIO AT WORK



Problem : Stiff & pain ankle

Penyebab : Tackle keras pemain amatur semasa perlawanan bolasepak persahabatan amatur yang tidak di iktiraf oleh FIFA

Akibatnya : Setelah sepuluh tahun berlalu, kesan nya sekali sekala masih aku terasa (macam lagu Gersang)

Dah x-ray (suatu masa dahulu) - Ampang Puteri - ok katanya

Dah jumpa doktor sukan (suatu masa dahulu) - KL - ok katanya

Dah jumpa doktor klinik panel (bulan lepas) - Bangsar - ok katanya... siap suspek mungkin ghout (oh, tidak!!)

Akhirnya, aku ambil kesempatan bersempena adanya klinik sphysio kat ofis ini untuk ke physio pula.

Pagi tadi adalah sessi yang pertama.

Physio tu pun macam tak percaya je yang ankle aku tu "kadang-kadang sakit". Bila dia lentuk ke kiri kanan, tekan tekan, picit picit... semuanya jawapan aku,"Tak sakit"

Abis, apa yang sakit ? haha!

Last2, dia letak benda panas kat ankle aku, macam tungku pulak. lepas 15minit kot, dia masuk balik dan kata...,"ok, kita KARAN"

Erkk!

Basically, physio pasang alat KARAN tu kat ankle aku dan naikkan KARAN nya... katanya,"saya naik kan KARAN sampai tahap sebelum sakit ye.."

Aku dengan suspen nya, menganguk aje...

Takut punya pasal, belum cukup sakit, aku dah kata sakit... haha!

Tapi, best juga benda KARAN tu.. nanti next time aku tanya apa nama mesin tu.

Lebih kurang 30minit treatment, aku pun dibenarkan balik. Next appointment - Rabu

Suspect : Otot lemah sebab kurang stretching

Nasihat Physio : Pagi2 bangun tidur buat stretching ye..

Baiklah.

24 Mac 2013

BERITA...


Setuju!

As much as I love Bahasa Melayu, we can't denied that English is very important..

23 Mac 2013

TIDUR KEPANASAN..

Aduhai...

Lately cuaca memang agak panas berdentum...

Aircond bilik pulak dah rosak. Tiap2 sejam, dia mati sendiri... puas pulak nak tido sekali dengan remote.

Sekarang terpaksa lah bergantung harap kepada kipas. Itupun dah sampai dua biji kipas - syiling & berdiri... pun masih berpeluh dibuatnya.

Macam Azli kata, kalau tido panas2 ni... sakit kepala, kot

Mungkin!

Tapi, sakit kepala yang aku selalu kena tu, dah tau apa sebabnya... tido lambat. Irrelevant kepada cuaca yang panas sekarang.

Bukan nya tak cuba repair aircond tersebut, dah tiga kali...

2 kali tukang aircond freelance, sekali aku panggil dealer panasonic itself. Paling lama bertahan hanya lah 3 hari... kemudian, jadi semula masalah yang sama. Patutnya orang2 yang repair tu, kena lah pulangkan duit aku balik, kan ? Hmmm...

Symptom kerosakan : Setiap sejam aircond mati dan lampu timer jadi lip lap lip lap
Apa yang sudah dibuat : Tukar copper sensor 2 kali, service luaran 1 kali
Apa yang suspect seterusnya : Cooling coil or compressor (outdoor unit)

Last time aku check dengan dealer panasonic, dia suspek major problem... kira punya kira, lebih kurang RM600 (mungkin..) nak kena nanti... amboi!

Mula2 RM70, kemudian RM150, kemudian RM250... kalau campur RM600, baik aku beli aircond baru je!

Aduh...

Bonus pun lambat benar nak masuk nya... huhu!

20 Mac 2013

MESIN TIKET ERL

Hari ini aku belajar satu "trick" baru bila menggunakan mesin tiket ERL.

Sebagai contoh :

Lokasi - Putrajaya Sentral
Destinasi - Bandar Tasik Selatan
Harga tiket = RM5.30

Kalau masuk duit RM10 kedalam mesin... semua duit baki adalah dikembalikan (oleh mesin) dalam bentuk duit syilling... penuh poket!

So, "trick" nya ialah...

Bila nak masukkan duit untuk bayar, masukkan 30sen terlebih dahulu. Kemudian masukkan RM10 kedalam mesin. Atas kepandaian mesin tersebut.. duit yang akan dikembalikan ialah RM5 dalam bentuk duit kertas.

Begitu lah adanya... selamat mencuba

18 Mac 2013

KUEY TIAW DOLLY @ TTDI

Browse punya browse gambar2 lama, terjumpa gambar ini..







Perghhhh.. terliur pulak time2 lunch ni

Kuey tiaw Dolly special @ RM10 sepinggan. Dia punya banyak tu, sesuai untuk 2 orang makan...

04 Mac 2013

MUSIM PENILAIAN..

The worst part of penilaian prestasi is coming... the FORCE RANKING!

Alangkah sedihnya mereka2 yang bernasib malang terpaksa menjadi mangsa level 1 memandangkan jumlah "bakal bonus" yang telah diumumkan baru2 ni adalah agak "lumayan" nilaian nya...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Good luck!