Aduhai...
Lately cuaca memang agak panas berdentum...
Aircond bilik pulak dah rosak. Tiap2 sejam, dia mati sendiri... puas pulak nak tido sekali dengan remote.
Sekarang terpaksa lah bergantung harap kepada kipas. Itupun dah sampai dua biji kipas - syiling & berdiri... pun masih berpeluh dibuatnya.
Macam Azli kata, kalau tido panas2 ni... sakit kepala, kot
Mungkin!
Tapi, sakit kepala yang aku selalu kena tu, dah tau apa sebabnya... tido lambat. Irrelevant kepada cuaca yang panas sekarang.
Bukan nya tak cuba repair aircond tersebut, dah tiga kali...
2 kali tukang aircond freelance, sekali aku panggil dealer panasonic itself. Paling lama bertahan hanya lah 3 hari... kemudian, jadi semula masalah yang sama. Patutnya orang2 yang repair tu, kena lah pulangkan duit aku balik, kan ? Hmmm...
Symptom kerosakan : Setiap sejam aircond mati dan lampu timer jadi lip lap lip lap
Apa yang sudah dibuat : Tukar copper sensor 2 kali, service luaran 1 kali
Apa yang suspect seterusnya : Cooling coil or compressor (outdoor unit)
Last time aku check dengan dealer panasonic, dia suspek major problem... kira punya kira, lebih kurang RM600 (mungkin..) nak kena nanti... amboi!
Mula2 RM70, kemudian RM150, kemudian RM250... kalau campur RM600, baik aku beli aircond baru je!
Aduh...
Bonus pun lambat benar nak masuk nya... huhu!
Memaparkan catatan dengan label aircond. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aircond. Papar semua catatan
23 Mac 2013
26 Julai 2011
KERETA HITAM YANG SUKA BUAT HAL..
Alkisah kereta hitam tu buat hal lagi.. kali ni, air-cond nya rosak. Bunyi ada, tapi haram tak ada angin.. memang betul2 buat angin satu badan!
Sebenarnya, dah dekat sebulan kot rosak nya.. masih tak berbaik2 juga. Sebabnya, malas betul aku nak hantar ke pusat service yang jauh dan lembab itu. Dan lagi, memandangkan kereta merah sudah kembali sihat.. sebab itulah urgency untuk hantar repair kereta hitam tidak ada.
Walaubagaimanapun, dek kerana kereta merah yang tua itu (meminjam istilah yang digunakan oleh Nurin Hana untuk kereta merah aku tu) terlalu di kuda kan kehulu kehilir sejak kebelakangan ini.. maka kereta merah pun sudah mula buat hal. Bila starts enjin, macam2 bunyi yang keluar.. semua tu bunyi duit!
Terbaru, air-cond kereta merah mula buat hal... bila aku pandu perlahan atau tersangkut dalam jammed, langsung tak de rasa air-cond.. angin je yang lebih. Tapi, yang pelik nya.. bila aku pandu laju (jalan clear), elok sejuk nya macam air batu. Itu semuanya tak lain tak bukan... nak makan duit lah tu.
Berbalik kepada cerita kereta hitam. Memandangkan cik puan kpp pergi kursus selama tiga hari bergumbira di PD meninggalkan aku dan Nurin Hana :-(... aku pun ambil keputusan untuk hantra kereta hitam ke workshop. Malas aku nak hantar ke pusat service yang jauh dan slow tu.. aku decide hantar ke kedai Master Cool di Ampang - tempat aku repair air-cond kereta hitam 3 bulan yang lalu.
Di pendekkan cerita, sampai di Master Cool, pomen tu buat test2 segala bagai...
"Api tak sampai..", katanya. Memabawa maksud, tak ada current ke blower yang menyebabkan blower tidak dapat blow.
Di godek2 nya fuse box dan terserlah lah kat mana masalah yang sebenarnya. Satu kaki yang sambungkan relay untuk blower tu betul2 dah blow up - terbakar! no wonder lah blower tak boleh hidup. Dan, memandangkan spare part ori yang mungkin sangat mahal dan mengambil masa.. pomen decide untuk modified je wiring tu guna relay yang lain.
Lebih kurang sejam pomen buat kerja sambil aku perhatikan... akhirnya, semua nya siap. Bila test.. alhamdulillah semuanya dah ok. Hopefully, ok berpanjangan lah.. chargenya = RM95 for relay dan workmanship. OK lah, whatever! As long as smeuanya dah ok.
Balik tu, aku singgah rumah 'cik Mori. Saja nak melayan anak2 buah aku yang ada. Tak sangka pula si Saif dah boleh berjalan. Last time aku jumpa, masih merangkak lagi. Bravo, Saif!
Petang tu juga aku memandu balik ke rumah dengan aman damai dan dalam keadaan yang nyaman..s ebab air-cond dah ok!
Esok, boleh lah aku claim RM95 + RM5 (upah hantar ke workshop) dengan cik puan kpp.
Next to go to workshop.. kereta merah pula! huhuhu...
15 Mac 2011
SALAH DIAGNOSIS
Kereta hitam aku tu asyik2 lah problem. Yang terbaru, air-cond pula yang buat hal. Penyakit air-cond kereta hitam tu dah beberapa kali dah sebenarnya. Bermula dengan angin daripada blower sebelah kiri sekali tu tak kuat sampailah ke issue terbaru ni iaitu air-cond tiba2 mati.
Cuba lah bayangkan bila bawa kereta tengah2 panas buta tiba2 air-cond nya terus mati.. memang haru lah. Ndak2 pula sekarang ni kalau time panas nya tu.. masya'Allah!
Beberapa minggu yang lalu aku dah bawa kereta hitam tu ke satu bengkel di Bangi. Aku describe masalah kereta hitam tu dan pomen mula kan kerja. Bila dah check2.. pomen decide untuk tukar thermostat. Elok2 je dah tukar dan buat sedikit test, pomen pun kata dah ok. Cuma ada pesanan..
Pomen : "Bang, air-cond kereta ni dah elok.. tukar thermostat tadi. Saya test2 tadi nampak macam ok je"
emm.. aku angguk buat2 mendengar
Pomen : "Abang pakai dulu.. kalau problem datang balik, mungkin blower system ada problem la. Kalau nak buat itu, kereta kena tinggal kat bengkel sebab nak kena buka dashboard. Makan masa sikit"
Aku angguk lagi..
Pomen : "Selalunya kereta jenis ni problem dia dekat wiring pada control box tu. Nak kena buat semula tu. Saya boleh buat. Tapi, kalau abang nak buat.. kereta kena lah tinggal bengkel"
Aku angguk lagi..
Pomen : "OK la.. bayar kat dalam ye.."
Kena charge RM 65 + RM 4 sebab cik puan kpp tambah beli pewangi.
Malang nya.. ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari!
Problem sama berulang kembali!!!
So, aku cadang nak hantar ke pusat service Authorised dengan harapan mereka lebih tahu selok belok kereta jenama mereka sendiri. Tapi, ada satu masalah. Pusat service mereka tu semuanya jauh2 belaka daripada rumah aku.. hatta jauh daripada tempat kerja aku juga. Sudah lah begitu, public transport pun tak ada. Memang jenuh la!
Masa kat ofis aku borak2 dengan Azli dan ceritakan masalah kereta hitam aku. Dia suggest hantar ke kedai air-cond sahaja. Cari yang specialist buat air-cond. Tak perlu hantar ke pusat service yang lembab tu. Kalau pergi pagi, petang baru siap... bukan banyak sangat benda yang dibuatnya pun!
Aku teringat satu kedai specialist air-cond dekat dengan rumah 'cik Mori. So, aku decide untuk hantar situ.
Sabtu lepas, aku pun gi hantar kereta hitam ke kedai air-cond tersebut. Masa aku bawa, air-cond nya mati. Alih2 bila pomen tu buka.. hidup pula dia!!
Jadinya, bila air-cond tu hidup.. agak sukar lah untuk pomen cari apa problem dia. Tapi for the sake of the customer, mereka try buat juga. Alih2 dia kata motor blower yang problem. Nak kena buka dashboard segala bagai! (kalau perasan... same diagnosis macam kedai pertama tadi)
Aku malas banyak tanya, biarkan pomen buat kerja. Aku tak tunggu.. aku rehat kat rumah 'cik Mori
Aku malas banyak tanya, biarkan pomen buat kerja. Aku tak tunggu.. aku rehat kat rumah 'cik Mori
Petang, pomen call kata kereta dah siap. Chargenya.. RM 605 !! (termasuk service air-cond sekali). Tak kisah lah.. janji benda baik.
Ahad, ada kenduri kahwin saudara sebelah 'cik Mori di Denai Alam. Pagi2, aku starts enjin gi cari sarapan dulu. Masa aku tengah drive, ada ketika nya tiba2 air-cond hilang sekejap tapi datang kembali. Arghhh.. sudah! aku suspect problem sama berulang kembali.
On the way ke rumah kenduri, beberapa kali air-cond to starts-stop! Luckily, air-cond tak terus mati. Kalau tidak sure cair make up cik puan kpp!!!! Aku tambah tension!
Mujur juga sepanjang perjalanan dalam panas terik tu, air-cond tersebut starts-stop-starts. Tak mati terus. Kalau tidak, harus aku mengelupur kat dalam kereta tu.
Aku : "So, macamana ? nak hantar balik ke tidak ? Kalau nak hantar tinggal kereta rumah emak je la. Esok, abang hantar semula ke bengkel tu"
cik puan kpp : "Sukahati lah"
Isnin, lepas meeting pagi yang berdegar2.. aku terus cabut ke rumah 'cik Mori untuk hantar kereta hitam ke bengkel semula. Budak2 bengkel tu nampak aku je dah tau mesti benda problem balik. Sengaja aku tak hidupkan air-cond supaya ianya kekal mati. Nasib baik bila pomen starts kereta dan air-cond.. air-cond tu tak hidup. Senang sikit nak buat diagnosis.
Sedang pomen muda tu nak check, tiba2 datang pomen senior..
Pomen senior : "Ini saya dah tau apa problem maa... ini kereta ha, memang itu macam punya problem. Dia punya fius & cable sudah bakar lor.."
Pomen muda tu pula beriya2 nak check.
Pomen senior : "Tak payah check.. tak payah check. Mesti problem itu punya. Saya sorang saja boleh buat ni. Petang nanti you datang balik ambil.. pukul 6", katanya sambil menoleh ke arah aku.
Aku angguk, tak banyak cakap dan terus balik ke ofis.
Petang 6pm, aku datang balik.. mujur dah siap. Aku suspect benda yang dia nak kena buat tu sikit saja..
Aku ke kereta dan pomen muda tu test air-cond. Kali ini aku dapat rasakan yang the problem had finally been solved. Thank God!!
Kena lagi charge RM45 for labour cost.. aku bayar, dan berlalu. Malas nak cakap banyak!
In the end, bila di kira2 balik..
Kerosakan yang kosnya mungkin hanya RM45 (upah labour untuk redo wiring), telah menjadi RM 700++ hanya kerana salah diagnosis!
Perghhh !!
30 Jun 2010
PANASSS.. TENSIONNNN..
Aduhh.. semenjak daripada pagi tadi, air-cond kat ofis ni problem ! Mak aih.. berpeluh dibuatnya dan meningkatkan tahap ke-tension-an la pulak.. Banyak yang mengeluh. Tempat ni dah la padat dengan orang. Dekat floor ni sahaja ada lebih kurang 70 - 80 orang.. tak ke haru nama nya tu ?
Ada yang berkipas kertas.. ada yang terus buat2 ada kerja kat luar. Siapa yang dah memang ada kipas electric, macam my boss, ok la.. at least kurang la sikit ke-sengsaraan-nya.. tension.. tension..
Building maintenance ni tido ke apa ni ?
Note : Tak pasal2 hari ni ada 3 entry..
Langgan:
Catatan (Atom)