16 Februari 2011

TANDAS

 image : decovo.com

Aku bet tentu ramai (kalau pun tak semua) yang pernah singgah tandas yang di sediakan di stesen2 minyak. Dan, tak sampai hati juga aku nak tempek kan gambar tandas2 tu kat sini.. takut2 aku muntah kat laptop ofis ni! satu hal pulak nanti nak mengemasnya.

Weekend lepas semasa menunjukkan jalan kepada cik puan kpp yang nak kena join lab di pusat akademi MAS di kelana jaya, aku yang dah tak tahan.. singgah mengejut di sebuah stesen minyak.

I would expect worst case scenario lah dimana keadaan nya yang.. erkk.. nak tulis pun aku terasa geli tekak. Tapi, to my surprise, not too bad lah keadaan nya.. cuma...

Tandas yang aku pilih tu adalah tandas fesyen duduk. Memang dah lama betul aku tak ke tandas mencangkung sebab lenguh rasa kaki ni.. hehe.. 

Ok. Apa yang aku nak persoal kan di sini kali ini ialah bab kaedah menggunakan tandas duduk..

Samada pengguna2 ni memang tak tau nak guna tandas duduk atau memang sengaja tak mo guna dengan alasan.. "mencangkung baru PUAS!".. aku pun tak pasti. Tapi, apa ke hal nya yang diorang gi mencangkung kat atas tandas duduk tu ? huh?!!

Kasut diorang tu tah apa benda yang dipijak nya.. pastu di bantainya pijak (mencangkung) kat tandas duduk pula. Sudah lah begitu, bukan nya tahu nak di bersihkan! 

Bila aku masuk dan nak guna... sah aku lah yang kena bersih kan. Kalau idak, erkkk.. tak selera aku nak duduk weh!! 

So, sebagai khidmat pesanan masyarakat blog aku ni.. aku nak berpesan pada mereka2 yang dok bantai mencangkung kat tandas duduk tu..

PLEASE LAH !! ACCIDENT MAY HAPPENED..

sekian.

6 ulasan:

Unknown berkata...

bahaya mencangkung atas tandas duduk
AMARAN BUAT ADIK IPAR

wahida berkata...

aku kalau pegi public toilet mmg aku standby tisu byk2..letak kat atas toilet bowl tu...geli okeh...

Hanis Azla berkata...

betul, keselamatan diri sendiri pun kena jaga walaupun kebersihan tu tak nak jaga.. kalau pergi public toilet mmg dah biasa buat kerja pencucian sebelum menggunakannya.. klu tak mmg tak lalu..

sitinaminah02 berkata...

berak lama sgt, sebab tu kaki lenguh kalo berak mencangkung. haha

Unknown berkata...

mujurlah saya kurang berjalan..
so..kurang masuk toilet public..

Mutiara Bernilai berkata...

erk..

ade jugak org yg pijak kat tandas duduk eh..
haha..mujur la sy x ske masuk toilet yg tandas duduk ni