Lanjutan daripada entry semalam..
Memandangkan macam ramai yang berkenan benar nak komen pasal "tips" - Tambahkan coke dalam sup untuk melembutkan daging - aku berborak2 lah dengan orang2 yang biasa dengan kerja2 kemasyarakatan (masak memasak kenduri orang kahwin) yang mana seorang tu orang muda, Napi dan seorang veteran En Wan.
Aku mula bicara..
"Minggu lepas adik saya buat kenduri potong lembu. Pastu ada masak sup tulang. Bila dah masak, ada orang test dan kata daging agak liat sedikit", panjang lebar aku buka cerita
"Adik ipar saya tanya, ada tambah coke tak masa masak tadi. Betul ke tambah coke boleh lembutkan daging ?", aku tanya
En Wan : "Betul la tu. Bukan setakat coke aje, macam2 lagi yang diorang letakkan"
Napi : "Ada juga yang letak panadol. Tapi, kalau ikut petua orang2 kampung.. letak pucuk (daun) nangka"
Aku : "Panadol ? seriously ?!"
En Wan : "Betul.. bukan takat tu saja, ada juga yang letak tembikar"
En Wan : "Macam2 yang orang buat, asalkan boleh "ubah" takat boiling point air. Tu lah kadang2 pergi kenduri bila balik jadi sakit perut!"
Memang terkejut beruk juga lah aku sepanjang conversation tadi..
BIAR BETUL ?!!
8 ulasan:
macam-macam petua yea. setahu saya letak sudu garfu je. tp kalu letak panadol dan tembikar macam takut pulak nak try.
apepun tanx sebab berkongsi :)
kalu coke, panadol, tembikar, tak penah dengar..
tapi kalu letak daun nangka, penah la buat...itu kalu masak banyak banyak untuk hidangan raya buat sup gear box je bole la ...
takat nak makan satu family aku tu, nak lembutkan si daging, aku rebus je dulu lelama..
letakk coke lah pasni, cepat skit daging masak, hehehe
CUKUR RAMBUT GUNA HELMET - SAYA NAK BUAT STYLO ABIS BOLEH?
x tergamak la aku nak try tip2 neh...
paling aku x boleh blah dorang letak tembikar? mak aii....
grrr.. tak sanggup aku nak makan..
uiskk kalo letak coke / panadol dni takmo makan
idazs : aku pun seram!
Cik geli : rebus lama2 tu biasa lah kan..
Ieda : at your own risk eh.. Hehehe
wahida : aku pun macam tak caya je
GC & Ardini : hehe.. Kalau dah masak, mana nak tau
kalau masak sekawah, mungkin cokenya tidak terasa. abeh kalu sebelanga ja..dah kena tukar nama : sup ekor coke...aiya, itu macam ka?
kak ct campur madu sedikit. belom cuba belom tau.
Catat Ulasan