Masa : Darjah 6
Tahun : Err.. buat2 lupa.. hehe
Masa zaman sekolah rendah aku memang sangat aktif dalam bersukan, terutamanya sukan olahraga. Setiap tahun bila time sukan tahunan pasti aku akan ada mengambil bahagian. Paling kurang 2 acara.
Di sekolah, pembahagian murid dibuat mengikut rumah sukan masing2 yang diberikan nama mengikut warna. Aku dalam rumah BIRU.
Sebelum seseorang peserta itu dapat bertanding sebagai wakil rumah sukan masing2, saringan terlebih dahulu dibuat untuk memilih yang terbaik bagi mewakili rumah sukan tersebut. Peringkat saringan ini biasanya di adakan pada atau selepas waktu sekolah pada masa yang di tetapkan oleh ketua guru rumah sukan masing2.
Memandangkan aku ni pelari pecut yang berkaliber, aku sebenarnya tidak pernah miss mewakili rumah sukan aku untuk acara2 pecut. Most of the time, aku akan mewakili rumah sukan dalam acara 4x100 meter. Kadang2 100 meter dan jarang2 200 atau 400 meter.
Acara2 lain yang pernah aku masuk antaranya ialah lompat tinggi, lompat jauh dan tarik tali (Tarik tali sebenarnya aku layak secara automatic sebab sejak azalinya aku dah memang sentiasa jadi orang tertinggi atau kedua tinggi dalam kelas berbanding dengan rakan2 sebaya yang lain).
Namun, bukan semua acara dipertandingkan pada masa hari sukan sekolah yang sebenar. Mungkin untuk menjimatkan masa dan memudahkan pengurusan acara. Selalunya, hanya acara2 berkaitan berlari2 yang dilangsungkan pada hari sukan sekolah.
LOMPAT JAUH
Lompat jauh ni bukan lah sukan kegemaran aku. Namun, di peringkat saringan pemilihan aku berjaya melompat ke-3 terbaik di kalangan budak darjah enam (6) rumah biru. Dan, secara automatik nya aku terpilih mewakili rumah biru untuk acara lompat jauh (ada 3 wakil semuanya). Pertandingan akhir lompat jauh diadakan lebih awal daripada hari sukan tahunan.
Masa hari pertandingan, aku cuba melompat sejauh yang mungkin untuk sekurang2nya buat catatan yang boleh dibanggakan.
Dan, aku berjaya mendapat tempat ketiga - Pingat Gangsa untuk rumah biru. Cuma, berbeza perpuluhan satu meter (@ 1 cm) daripada pemenang tempat kedua. Tempat pertama dimenangi oleh kawan aku, Nik daripada rumah biru juga. So, Gangsa untuk lompat jauh.
LOMPAT TINGGI
Ini acara kegemaran aku. Dalam acara lompat tinggi ni sebenarnya aku adalah peserta favourite! Sebab apa aku suka ? sebab dalam lompat tinggi lah boleh menunjukkan aksi stunt terbang2 yang boleh menjadi kegilaan gadis (chewah!). Ada pelbagai cara untuk "melompat tinggi". Ada yang guna cara "terbang" (aku lah tu..), ada yang guna cara "lompat gunting" dan tidak kurang juga yang jenis berani mati "lompat tiruk" yang mana kepala menyembah ke bumi dulu! Gila!
Macam aku bagitau, aku guna kaedah "lompat terbang". Susah nak describe, so sila lah bayangkan sendiri..
Dalam acara lompat tinggi ni, selepas beberapa lompatan.. akhirnya tinggal dua peserta sahaja lagi. Aku dan Awe si budak kelate. Mamat ni penjaga gol pasukan bolasepak sekolah, jadi tidak hairan lah dia boleh lompat tinggi walaupun dia tak lah tinggi sangat pun. Teknik yang dia guna, "lompat gunting".. macam ni..
Setelah lebih setengah jam (exagerrate!) bertarung, akhirnya teknik "lompat terbang" lebih hebat daripada "teknik gunting". Maka, aku pun di nobatkan sebagai Champion lompat tinggi. Namun, percubaan untuk memecahkan rekod sekolah (untuk tujuan berlagak!) tidak berjaya bila aku gagal melepasi ketinggian rekod dalam ketiga2 percubaan aku :-(
So, EMAS untuk Lompat tinggi.
100 METER
Secara lazim nya, acara pecut 100 meter adalah acara "blue ribbon" yang di nantikan oleh para penonton semasa hari sukan tahunan sekolah. Di dalam acara ini lah berkumpul nya semua jejaka2 hensem untuk berentap bagi gelaran - Terpantas di sekolah ! sekaligus, boleh berlagak bila berjalan di hadapan awek2 kelak. Aku adalah salah seorang daripada pesertanya, ehem2..
Sungguhpun aku layak ke final atas merit (catatat masa top 10 terpantas semasa saringan), namun aku sebenarnya adalah pelari ketiga terpantas daripada wakil rumah biru. So, sebenarnya harapan untuk pingat sangat lah tipis. Tapi, orang kata.. pantang anak lelaki menyerah kalah sebelum bertanding !
Bila semua dah ready, aku fokus kepada garisan penamat di hujung padang sana.
AYOMAT! GESET! GO!! se-das tembakan pistol permulaan. Aku terus pecut gear lima.. takde warm-up2 masuk gear satu atau dua.
Walaupun aku berlari sepantas yang mungkin.. ternyata tidak cukup! Dan, akhirnya aku hanya dapat tempat ke-6. Kiranya, aku jadi ke-6 terhensem lah.. hehe
Takde pingat untuk seratus meter :-(
***
Bila kenang2 balik, seronok dapat aktif bersukan dan layak bertanding on merit. Sayangnya, pingat2 yang aku menang dulu2 tu entah ke mana perginya ntah. Sebagai kenang2an, berikut adalah senarai pingat2 dan acara yang aku pernah menang (1,2 or 3) :
Sekian.
4 ulasan:
maknye kaki bangku, tapi bapaknye perenang skolah, lari pecut, basikal, rugby segala mcm.
harap2 my boys ikut bapaknya. haha.
6 pingat tu...hahaha
nice entry!
tuan, entry ini sudah sy songlap hehe.
khairi : no prob bro.. it's an honour
Catat Ulasan