Memaparkan catatan dengan label rojak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rojak. Papar semua catatan

30 Mac 2011

THE BEST ROJAK & CENDOL @ AMPANG

Hari panas berdentam dentum, tekak haus dan perut pula tengah lapar!



Kalau anda berada di sekitar ampang dan sangat teringinkan semangkuk cendol dan sepinggan rojak.. cari lah "Cendol & Rojak Taman Kosas" - memang terbaik!!

Sejarah :
Cendol & Rojak Taman Kosas ni di usahakan oleh seorang india muslim sejak entah bila aku tak pasti. Yang pastinya, memang sudah sangat lama semenjak aku kecil2 lagi. Port asal nya pada hari jumaat adalah di depan masjid jami'il huda Ampang di tepi longkang. Ye! the best cendul & rojak always comes from those yang berniaga di tepi longkang. Wonder why ?! Lokasi untuk hari2 lain.. di simpang tiga kawasan perniagaan taman kosas. Pun, tepi longkang juga.. bzztt, bzztt!!

Asalnya, beliau berniaga dengan menggunakan basikal macam basikal roda tiga. Kemudian upgrade jadi motor roda tiga, kemudian jadi van... sekarang sudah buka kedai di taman kosas. Namun, van beliau tu kini diwarisi pula oleh adik beliau (atau adik ipar) semntara beliau menguruskan kedai tersebut

Lokasi : 
1) Kedai di taman kosas - "Restoran Cendol & Rojak Taman Kosas"

2) Van di Caltex Jln Ampang-Bukit Belacan sebelum tiba kawasan Ampang waterfront

Harga, aku tak ingat sangat lah. Sebab lepas bayar aku main hulur je RM10 dan ambil baki masuk poket. Kalau tak salah aku, cendul pulut (my fav!!) = RM1.80. Manakala rojak sotong = RM 4, kot.

So, kalau anda happened to be somewhere around ampang or taman kosas dan terasa kebulur nak merasa the best cendol in town.. cari lah "Cendol & Rojak Taman Kosas" - aku jamin korang takkan menyesal!

Ewah! Ewah! bukan main punya promo.. ada komisen ke nih ? haha!