Memaparkan catatan dengan label grafitti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label grafitti. Papar semua catatan

15 Disember 2010

GRAFITTI - KULSIGN FESTIVAL

Aku pernah tulis berkenaan aktiviti Grafitti di sekitar stesen LRT pasar seni awal masa entry awal bulan tempohari. Masa tu, aku ingatkan dinding tepi sungai tu di cat sebab nak 'menghilangkan' terus semua seni2 kreatif yang tidak 'berlesen' tu daripada dinding tersebut. Rupa2nya, jangkaan aku meleset.

Dinding2 tu di cat adalah untuk persediaan kepada kepada satu acara festival yang dianjurkan oleh pihak DBKL.

image : kulsign2010.com

Basically, DBKL try to support the aktiviti dengan menganjurkan nya secara 'halal' so that pembuat2 grafitti dapatlah melampiaskan kreativiti mereka secara sihat. Beberapa hari lepas aku sempatlah snap gambar untuk aku compare kan dengan gambar yang aku snap sebelum ini sebagai bukti tentang festival ini.



Untuk itu, aku puji lah tindakan and festival yang di anjurkan oleh pihak DBKL ini dengan kerjasama penaja2 seperti yang tertera dalam banner di atas. Cuma, mungkin perlu di berikan satu tema yang seragam untuk memberikan impak positif kepada pemerhati2 dan peminat2 grafitti tersebut.

Oleh itu, THUMBS UP kepada pihak DBKL atas usaha untuk mendekati dan memahami naluri dan kehendak generasi pembuat grafitti ini.

01 Disember 2010

GRAFITTI

Lukisan menggunakan spray/cat yang dibuat di dinding2 bangunan (biasanya bukan bangunan kepunyaan sendiri) dengan melakarkan pelbagai karektor atau lukisan yang samada ber-mesej atau sekadar suka2.


 image : adlankhalidi.com

Sila ambil perhatian kepada perkataan BUKAN BANGUNAN KEPUNYAAN SENDIRI!

Salah satu tempat yang paling popular untuk di 'grafitti' kan di KL ialah sekitar stesen LRT Pasar seni didinding tembok sungai. Memang panjang giler grafitti yang 'diorang' buat kat situ.

Secara kasarnya, memang lukisan grafitti yang dibuat sangat menarik dan berwarna-warni. Penuh dengan creativity bergantung kepada interpretasi 'pembuat' grafitti tersebut. Most grafitti involves words or images whether it is of personal logo atau yang bermaksud tersirat di sebalik lukisan tersebut.

Personally, aku rasa :

1) Appreciate creativity yang cuba di tonjolkan oleh 'pembuat2' grafitti tapi tidak kena pada tempatnya

2) Mesej2 yang cuba di sampaikan kadang2 berunsur provokasi atau meng'kritik' pihak2 tertentu

3) Lukisan grafitti adalah satu kaedah me'lampias'kan creativity yang baik sekiranya kena pada tempat dan mesej yang disampaikan boleh dimanfaatkan oleh khalayak yang melihatnya, contohnya : Mesej perpaduan dan Kemerdekaan

Ok, ok.. orang muda tentu suka dengan grafitti ni sebab konon2nya nampak COOL. Tapi, sedar atau tidak.. kalau grafitti ini di buat di dinding rumah diorang dah tentu ianya akan jadi tidak COOL lagi, bukan ? 

Begitulah apa yang terjadi di sekitar ibukota yang mana, kebanyakkan kawasan2 'mangsa' grafitti ini adalah kawasan tumpuan orang ramai dan si 'pembuat' grafitti tidak mendapat kebenaran DBKL. Akibatnya, DBKL terpaksa membelanjakan sebahagian peruntukan untuk mengecat semula dinding2 grafitti tersebut. Setakat yang aku sedar dan perasan.. sudah dua kali dinding tembok tepi sungai sekitar LRT Pasar Seni itu di cat semula. Dan, setiap kali itu juga 'pembuat2' grafitti akan datang semula mempertontonkan creativity mereka.


dinding tembok yang baru dicat semula

Dan, mesej2 yang di conteng kan pula ada macam2 dan ada yang menyentuh isu2 sensitif atau isu2 berkait dengan proses mahkamah, contohnya seperti dibawah.


image :  vagablonding.com

Creativity kalau di salurkan ke jalan dan cara yang betul sangat berguna dan boleh mencetuskan kesedaran masyarakat tentang sesuatu isu atau mesej. Walaubagaimanapun, creativity yang di salurkan secara membuta tuli dan tanpa memperdulikan undang2 adalah sesuatu yang amat dikesali.

Mana satukah pilihan anda ?

Tepuk dada, tanyalah selera..