Memaparkan catatan dengan label burger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label burger. Papar semua catatan

10 November 2011

DOUBLE ZINGER @ KFC

Nyam! Nyam!

Tengahari semalam bukan main lagi Azli mentekedarah double zinger burger yang baru di KFC tu. Aku pulak dok menahan air liur sebab konon2nya berdiet.. ehem! ehem!

Bila balik sebelah petangnya, aku dah atur strategi. First, aku hantar sms ajak cik puan kpp untuk gi shopping sikit barang2 dapur merangkap bershopping barang2 untuk family day ofis aku hari ahad ni. Bila sampai rumah je, aku terus buka cerita..

Aku : "Karang kita makan KFC nak ? Terliur pula tengok Azli dok makan double zinger burger tengahari tadi"

Cik puan : "Suka hati la.." <-- maksud tersembunyi nya ialah "asalkan you belanja, ok je.. "
Sebaik sampai, terus ke KFC... lapar sih! 

image : facebook kfc

2 x Double Zinger burger, 1 set X-meal untuk Nurin hana yang sibuk benar nak burger dan ayam. 

Perghhhh!! saiz nya memang marvellous. tengok gambar pun dah terliur... cuma, sayang nya keadaan sebenar tidak lah secantik dalam gambar. Macam gambar yang aku snap kat bawah ni... 



Sungguhpun begitu, tetap mengiurkan!

Cik puan kpp makan dulu. Aku pula sibuk nak snap masuk dalam facebook tapi connection slow melampau. Last2 aku just snap gambar yang seperti di atas je la. 

Isi dalam nya ialah 2 keping daging zinger dan satu slice nenas. Cik puan kpp yang tengah syok mentekedarah sampai tak perasan ada nenas dalam tu. Untuk makluman, cik puan kpp self-impose-allergy pada nenas sebab beliau claim... kalau makan, bibir jadi macam anjelina jolie.. ok what ? :-)

Aku dengan kusyuk menghabiskan portion aku. Cik puan kpp pula masih terkulat2 nak habis kan... aku syak mesti sebab kes nenas tadi. By the way, portion satu Double Zinger burger tu memang banyak. Sudah nya, aku lah yang kena jadi DBKL untuk cik puan kpp... menghabiskan suku bahagian yang masih tak habis. Tak baik membazir. Ngap!

Bila dah makan banyak sangat, aku mula terasa geli geleman macam nak muntah. Mungkin sebab terasa mual dan muak makan terlalu banyak. Mujur tak terbelahak kat situ juga.

Kesimpulannya, double zinger burger memang super duper big in size and super duper kenyang... terutama bila aku kena jadi DBKL untuk menyelesaikan portion cik puan kpp. Burp! Excuse me!

Try it if you dare...

30 Disember 2010

"SAYA NAK BIG MAC YANG SAIZ BESAR.."

Bila berjalan2 ke shopping complex dan jam di tangan pula dah menunjukkan sekitar masa makan tengahari, cik puan kpp selalu nya akan ajak gi makan kat McD. Alasannya, sebab "ini time murah"..

Macam biasa, aku akan beratur untuk order. Orang memang ramai.. almaklum lah semua nya tak nak lepaskan "time murah" untuk menikmati value meal McD sebagai makanan tengahari.

"Nak makan apa ?", aku tanya cik puan kpp
"Yang nak makan apa ?"

Hekeleh. Aku tanya dia, dia tanya aku balik, "ingat nak makan prosperity burger la", aku berikan jawapan

"OK lah.. dua"

"Nurin hana ?", aku tanya lagi
"Macam biasa la.. bubur", jawab cik puan kpp

"OK"

McD sekarang ni guna sistem - sebelah beratur untuk diambil order dan yang sebelah lagi menunggu untuk ambil set makanan yang dah di order. Nak di jadikan cerita, kat sebelah aku ada seorang wanita (pangkat makcik2) tengah menunggu set makanan yang dia order tadi.

"Dik, saya punya nak BIG MAC yang saiz besar ye", kata nya. Tadinya, wanita tu dah order value meal BIG MAC yang saiz "large"

"Kak, burger semua sama", kata budak lelaki di sebalik kaunter tu

"Tadi saya order BIG MAC saiz large", wanita tu cuba menerangkan "saiz" order nya tadi

"Kak, burger besar tak ada.. yang besar cuma air dan fries sahaja"

"Tadi saya order large", kata nya lagi seolah2 tak puas hati. Mungkin dia ingat budak lelaki tu tak dengar agaknya.

Aku dah mula senyum2 dan mengerutkan dahi aku..

Budak tu pun explain lagi,"Kak, burger semua nya sama.. tak ada burger saiz besar kat sini. Yang akak order saiz large tu, cuma air dan fries sahaja saiz large. Burger semua sama. Tak kira lah kalau akak beli saiz medium atau pun large".

Baru la wanita tu boleh menerima kenyataan yang dekat McD tak ada BURGER BIG MAC SAIZ BESAR !

:-)