06 September 2010

BUKA PUASA @ RESTORAN WARISAN

image : http://www.restoranwarisankualalumpur.com/

Restoran Warisan, KL terletak di tengah2 bandar Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi di Dataran Merdeka. Bangunan untuk restoran ini dahulu nya digunakan untuk Muzium Tekstil. Walaupun letak nya di tengah2 bandar, disini tiada masalah parking kerana di hadapannya ada kawasan parking yang agak luas.

Buffet buka puasa di Restoran Warisan ni berharga RM45 seorang. Ada lebih kurang 80 jenis makanan termasuk dessert. Mostly, makanan nya adalah berunsurkan ke Melayu an. Ada nasi dan lauk pauk udang, ikan daging dan ayam. Kueh muih yang pelbagai daripada murtabak, roti jala hingga lah kepada kueh2 goreng macam goreng pisang dan cucur. Manisan pula macam puding dan kueh2 tradisional macam kasui. Kuey tiaw, laksa, mee kari dan soto. Minuman disediakan panas dan sejuk - teh tarik, kopi O dan 4 warna air sejuk termasuk ABC. Dan, kat sini ada juga kambing golek ! Pendek kata memang meriah la.. cuma larat dengan tak larat je nak makan.

makanan diatas meja kami sebelum berbuka


Tempat duduk pula terbahagi kepada dua kategori; satu - kerusi + meja, dua - pangkin + meja ala jepun.. duduk bersila. Surau disediakan berdekatan dan agak selesa. Untuk perempuan suraunya berpintu (bilik). Very convenience.


suasana di dalam restoran warisan

Menu pembuka aku ialah kambing golek, ayam goreng rempah, coleslaw, salad & murtabak mini. Air - air ais hijau. Hehehe.. kalau cik puan kpp ada tentu aku tak dapat minum.


menu pembukaan aku


Tujuan aku ambil kambing golek awal2 takut2 nanti kena beratur panjang. Lazimnya kalau time buffet2 begini, makanan2 bakar memang jadi tumpuan. Tapi, hakikatnya kat sini takde jadi fenomena macam itu sebab aku rasa orang yang tidak berapa ramai. So, sessi mengambil makanan terasa smooth dan agak selesa.

Kekurangan tempat ini satu je, tak dengar AZAN. DJnya pergi bukak CD lagu2 pulak.. mana nak dengan azan. Kalau ye pun, buka lah radio.. kurang2 tak de la kami semua tercengang2 tengok muka satu sama lain samada dah masuk waktu ke belum ke..

Bila masuk waktu, kawan aku Azli baca doa dan kami semua mula makan buka puasa. Enjoy the food sambil borak2.

In the end, aku enjoy the moment of buka puasa with my colleague. Cuma kurang satu je.. cik puan kpp takmo datang. Kalau tak mesti lagi best.

Masih sempat lagi rasanya kalau nak try the buffet buka puasa di saat2 akhir puasa ni.

Untuk RM45, aku bagi thumbs up pada buffet Restoran Warisan, KL



p/s : where next ?

05 September 2010

BUKAN KE AKU TENGAH BERATUR NI ?!

Pagi tu aku start enjin.. tak tunggu panas aku terus jalan sebab aku dah lambat untuk mengejarkan jadual train - 7:05am. Kebetulan pula tiket bulanan aku dah expired, so kena lah ambil masa sikit untuk beli tiket di kaunter.

Sampai parking jam 7:03am. Aku berjalan laju ke kaunter untuk beli tiket. Nak beli kat mesin tiket, tak de duit note RM10. Duit 'pecah2' pula tak cukup. Ada beberapa keping (wah! macam banyak je..) RM50. Jenuh aku nak mengutip syilling kalau beli tiket guna note RM50 tu. The only choice left is beratur beli di kaunter. Dua kaunter dibuka. Ada seorang pembeli tiket setiap kaunter. Masa menunggu train tinggal 1 minit lagi.

Elok je lelaki depan aku beli tiket dan berlalu pergi, tiba-tiba..

Ada seorang cik puan bertudung ni yang entah daripada mana datangnya - mungkin beratur di kaunter sebelah - terus menghulurkan duit note RM10 dia pada cik kak kaunter tiket side aku dan tanpa segan silu kata nak beli tiket ! Dengan erti kata lain - potong queue aku. Dia ingat aku ni tunggul ke ? Aku beratur sebab suka2 nak beratur ke apa ? Menyirap betul darah aku!

Aku bagi satu jelingan dan renungan yang tajam dengan muka masam tak puas hati tanpa berkata2 selama 30 saat pada cik puan bertudung tu.

"Nko ingat aku tengah buat apa ni ?! Bukan ke aku tengah beratur ni?! Nko je ke yang nak cepat !!! (sampai tiga seruan aku bagi)", aku menjerit dalam hati.

Tak sampai hati aku nak hamburkan dan memalukan dia kat kawasan public tu ! Tapi, hati aku sakit.. Allah je yang tahu. Tak de SIVIK !!!

Kesudahannya, aku terlepas jadual train 7:05am dan terpaksa tunggu jadual train seterusnya. Bengang je aku. Macam ni punya orang pun ada. Depan2 muka aku dia potong queue aku !!!

Natijah daripada itu, punch card aku MERAH!



p/s : tolong lah beratur.. susah sangat ke ?

04 September 2010

KAD RAYA - MASIH KAH KAU INGAT ?


Aku rasa kalau lagi 10 (sepuluh) tahun aku tanya kat nurin hana apa itu kad raya ? Tentu dia akan jawab :

"Yang dekat dalam komputer tu.. papa"

"Errmm.."

Umum dah tau budaya menghantar kad raya dah nak jadi macam dinasor - pupus. Belum totally pupus.. tapi hampir. Aku sendiri, honestly, dah stop menghantar kad2 raya pada kawan2 aku hatta kepada cinta hati aku yang aku tak pernah tak hantar dulu. In fact, aku pun dah lupa exactly bila kali terakhir aku hantar.. dan kepada siapa. All already lost in time.

Dulu2 aku akan hantar paling kurang 15 kad raya.. ye LIMA BELAS ! - itu paling kurang. Untuk lelaki macam aku ni, itu dah kira banyak la. Dan, aku akan sentiasa pastikan 'buku' alamat sentiasa updated dengan alamat terkini kawan2 aku supaya aku boleh hantar kad raya kat kawan2 tanpa perlu abang posmen sesat2 mencari mel box diorang. Dan, aku pulak akan sentiasa ternanti2kan abang posmen menghantar kad raya kat aku untuk di tayangkan kepada kawan2 masa zaman2 belajar dulu. Kalau kat rumah pulak, aku gantungkan kat dinding atau tangga kayu rumah. Ada sekali aku cuba buat 'pokok ranting kayu' untuk menggantung kad2 raya yang aku dapat. Kalau hari raya nanti dapat lah tayang kat tetamu2 yang datang ke rumah.

Setem untuk menghantar kad raya dulu ialah 20 sen.. tapi, tak boleh seal sampulnya. Aku tak suka cara tu. Aku guna 30 sen. Sampulnya di seal kan. "For your (recipient) eyes only". Tapi sekarang harga setem dah naik ke 50 sen. Maklum je la, nak jadi negara berpendapatan tinggi.. itu lah bahananya (bahana = akibat). Bila dah 50 sen harga setem nya, aku rasa bertambah kurang lah semangat untuk meghantar kad raya..

Secara peribadi aku lebih suka kalau budaya menghantar kad raya ni di teruskan berbanding budaya menghantar kad raya digital dan budaya sms. Kurang sentimental value.

Berapa orang yang simpan kad raya digital ? Atau ucapan sms ?

Siti Nurhaliza ? tidak..

Anuar Zain ? oh, tidak..

Sufian Mohd Yunus ? tentunya tidak..

Aku ? sudah tentu tidak !

Kalau tak simpan, dimana value nya ?


***


Tau apa itu ORIGAMI ? bukan poligami ye.. ORIGAMI.

Origami ialah seni lipatan kertas. Dulu2 aku suka buat kad daripada teknik origami ni. Tak kiralah kad raya ke kad birthday ke atau kad apa2 je la..

So, masa zaman2 menghantar kad raya dulu.. aku jarang lah beli kad raya di supermarket. Aku buat sendiri guna teknik origami.. ini kes bila aku tengah rajin. Kalau idak, aku beli juga. Sayangnya, aku tak boleh nak post gambar contoh di sini sebab takde dalam simpanan.

Cumanya kad2 raya 'teknik origami' yang aku buat hanya dihantar kepada orang2 yang terpilih sahaja sebab - to preserved its values. Proses membuatnya memakan sedikit masa tapi sangat berbaloi bila dah siap.

Oleh itu, aku ingin menyeru.. Jom kita sama2 menghantar kad raya tahun ini.

Oleh kerana aku dah buat entry ini, aku berazam untuk hantar sekurang2nya satu kad raya tahun ini ! Azam ! Malaysia boleh !

Siapa penerima nya.. tunggguuu. Check lah mel box anda nanti.

Ntah sempat sampai ke idak agaknya..




p/s : "kad ini ku layangkan sebagai pengganti diri.. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin". kata2 typical dalam kad raya..
p/s2 : semua gambar di google..

03 September 2010

ROTI DARI 'LANGIT'

Weekend lepas aku gi ke klinik bawa pakcik aku yang sakit perut yang teramat sangat. Dia muntah2 dan cirit birit. Menurut doktor yang sangat peramah pagi2 buta tu, pakcik aku kena food poisoning. Lepas berikan satu suntikan, pakcik aku di suruh rehat kat bilik surgery 30 minit.

"Tolong belikan sebotol 100plus untuk dia minum ye", arah doktor pada aku

"OK"

Aku keluar klinik dan ke arah kereta. Sampai ke kereta aku jadi hairan.

"Apahal pulak penuh dengan serpihan roti ni ?", aku mendongak ke atas.

"Aiyo kawan.. ini mesti kelija olang lumah atas ni. Kasi baling loti ke bawah. Kulang ajar"

komen aku terima daripada seorang mamat cina yang kebetulan lalu sebelah kereta aku masa aku dok kemaskan roti2 tu daripada kereta aku.



Dalam hati aku, "Ye la, no manace. Takde kesedaran sivik!"

Bengap ke apa ? tong sampah dengan kereta pun tak kenal!

***

Aku dapat rasakan ini adalah fenomena biasa untuk kereta2 yang parking dibawah kawasan rumah tinggi, i.e : rumah flat atau rumah kedai. Kerapkali yang jadi mangsa adalah orang/rumah yang dok di bawah. Kalau rumah yang ada bumbung.. dah tentu penuh dengan segala bagai sampah yang di buangkan kebawah tanpa segan silu.

Pelik betul aku. Tak boleh ke kalau sampah dibuang ke dalam tong sampah ?

Inikah mentaliti rakyat yang nak jadi sebuah negara maju dalam masa 10 tahun lagi ?

Pelik.. pelik..


p/s : wang kertas tak nak pulak di campakkan ke bawah..

HAVOC @ SOGO


SHOOOPPPIIIINNNNGGGGGGG !!!

Masa untuk ber shopping untuk hari raya. Cik puan kpp pilih untuk shopping di SOGO. Aku follow je sebab seperti biasa tugas aku ialah sebagai.. drebar cum baby sitter. Peruntukkan awal2 lagi dah disediakan untuk tujuan shopping sakan ini. Mostly, untuk Nurin hana.

Lebih kurang jam 12 tengahari kami sampai ke parking Sogo - mencari parking. Kereta banyak dan hampir setiap tingkat parking disitu PENUH! Daripada B1 sampai ke B3, berpusing2 mencari parking. Bersusun2 kereta yang seangkatan dengan aku - mencari2 parking.

Puas berpusing2, akhirnya selepas lebih kurang 30 minit kami dapat satu petak parking. Ada kereta yang nak keluar. Aku terus bagi signal dan tunggu kereta tu keluar. Bila dah clear, aku terus masuk. Lega. Dapat juga parking sudahnya.

"Terus ke tingkat kanak2 la", cik puan kpp bagi arahan.

"Ok", aku follow dari belakang sambil menolak stroller Nurin hana.

TINGKAT : PAKAIAN KANAK-KANAK

Wah! diskaun sehingga 70%! ramai betul orang. Masing2 tengah asyik memilih2 pakaian kanak2 dan ada yang menyarungkan terus ke badan anak masing2 untuk cari saiz yang sesuai. Lebih tinggi diskaun, lebih ramai orang yang mengerumuninya.



Aku dan Nurin hana tunggu dekat dengan tempat salin/cuba pakaian tak jauh daripada escalator yang kami naik tadi. Cik puan kpp pula dah melilau entah kemana pergi nya. Laju je 'menghilangkan' dirinya.

Aku perhatikan setiap family (terutamanya golongan ibu) memegang bakul sorang satu. Mostly, bakul tu penuh dengan pakaian yang sudah dipilih. Agak hingar-bingar juga la dengan macam2 ragam.

Sambil menunggu aku layan facebook dengan E72 aku. Aku update status :

"HAVOC @ SOGO. Beli belah raya... ramainya"

Sekejap lepas aku update status, kawan2 mula beri komen.. macam2 la komen nya.

Setengah jam kemudian, Nurin hana mula gelisah.

"Mana ibu ?"

"Ibu pergi cari baju Nurin Hana. Kita tunggu sini la..", aku explain

"Jom kita cari ibu. Jom la.."

Aku mengalah dan mula tolak stroller ke depan di celah2 orang ramai.

"Nurin hana tengok ye.. cari ibu. Nurin hana tengok sana, papa tengok sini. Nampak tak ?"

"Tak nampak la papa. Mana ibu... mana ibu.. ?", sambil menoleh ke kiri kanan mencari cik puan kpp.

Dua (2) round aku pusing dengan stroller & Nurin hana, tak jumpa juga.

"Kita pergi bilik mainan nak ?", aku berikan cadangan untuk mengalihkan perhatian nya

"Nak.. nak.."

Aku tolak stroller ke bilik mainan yang memang di sediakan khas oleh Sogo kat tingkat kanak2 tu. Dapat tempat duduk di satu sudut aku pun parking stroller.

"Dah.. gi main.."

Nurin hana pun pergi main. Malu2. Aku pulak badan sakit2 dan mata bukan main mengantuk lagi. Kalau ikutkan hati, nak je aku landing tido atas kerusi empuk berbentuk bench tu.. panjang di sepanjang dinding.

Aku sms cik puan kpp : "Dalam bilik mainan"

Setengah jam kemudian, Nurin hana boring main2 dan nak makan keropok mister potato nya yang dibeli on the way datang tadi. Lepas makan dan minum, dia mula ngantuk. Aku suruh baring dan tepuk2 badan nya. 5 minit kemudian, dia pun tido.

Setengah jam kemudiannya, cik puan kpp datang ke tempat kami.

"Dah lama tidur ?", merujuk kepada Nurin hana

"Lama", jawabku

Cik puan kpp pun gi sambung bershopping, tinggalkan aku jaga Nurin hana.

Sejam kemudian..

"Nak beli kasut Nurin hana la.. jom!"

Aduh.. aku dah la mengantuk, di ajak nya gi berjalan. "Jom la..", aku pun tolak stroller. Nurin hana masih tidur lagi.

Lepas pilih2 kasut, terus pergi bayar. RM500++. Mak aihh..

Kemudiannya, pergi beli beg pula.. puas jugak la aku berdiri menunggu. Letih.

Jam 330pm kami mula nak balik. Parking dah banyak kosong. Sangat berbeza dengan keadaan semasa kami datang tadi. On the way keluar, dalam parking lagi dah jammed. Aduhh..

Dekat setengah jam juga tersekat dalam jammed di parking lot. Hari hujan kat luar dan jalan utama semua jammed. Sebab tu jammed nya menjangkit sampai ke dalam parking lot Sogo.

Macam lazimnya, kalau hujan.. KL akan sangat jammed. Sabar saja lah.

Sudah nya, jam 530pm baru sampai rumah. Penat. Letih. Pening. Sakit badan. Semua ada. All-in-one. Lengkap.

Terus aku landing tido atas sofa..


p/s : shopping2.. aku punya baju takde beli pun.. huhuhuhu