03 Ogos 2010

SURAT SULIT

Aku terima satu notis untuk pick up surat berdaftar yang dihantarkan kepada aku. Adik aku yang pass kan surat tu last week. Notis Pos Malaysia tu macam gambar dibawah ni.


Notis surat berdaftar pos


Aku pun dengan semangat nya call no Pos Malaysia tersebut dan tanya bila last day boleh ambil. Sebabnya, nak pergi ke Pos Ofis yang simpan surat aku tu agak jauh la daripada ofis aku keje ni. Dan lagi, dia ada tulis kat situ hari sabtu buka. Konon2nya, boleh la gi ambil hari sabtu. Aku call dan katanya the next day is the last day (dia tak speaking.. aku saja tulis macam gitu). So, aku pun jadi tak sabar2 nak pergi ambil. Mana la tau kan.. kot menang peraduan Jutawan Power Root ke ?

Aku pun cargas la keluar ofis bila time makan. 2 kali kena tukar LRT dan kemudian nya menapak dalam 500 meter untuk sampai kat pos ofis tersebut. Letih.

Aku ambil nombor giliran dan tunggu. Tiba2 ada cik akak pos ofis sorang tu lambai2 kat aku. Ingatkan dia kenal aku ke apa ke ? Hensem sangat kah aku hari ini? Rupa2nya dia nampak surat notis pos berdaftar yang aku pegang tu dan suruh aku terus ke kaunter 5 - bahagian untuk bungkusan. Aku bangun dan pegi ke kaunter 5. Ada seorang cik abang pos ofis sedang duduk. Aku hulurkan notis pos berdaftar tersebut. Dia ambil dan beri isyarat suruh aku tunggu.

Cik abang pos ofis tu ke kabinet dibelakang nya dan cari yang aku punya based on no pada notis tersebut. Aku perhatikan aje. Satu surat yang bersaiz A4 dihulurkan kat aku. Aku tengok depannya tertulis, "SULIT. UNTUK DIBUKA OLEH PENAMA SAHAJA". Aku jadi hairan.



Daripada bentuk rupa surat tu, aku macam dah boleh agak apakah benda nya tu. Aku ambil dan sain pada bahagian terima dalam borang yang cik abang pos hulurkan kat aku.

Tanpa lengah2 masa, aku terus koyakkan dan buka surat tersebut. Akibatnya..

@#$^&%^$%#$%^ %#$@*^(*&$#%$#%*& %*&^*^$%#$#@%*& !!!

(perkataan maki hamun dalam bahasa Amazon)



Bengang je aku! Rupa2nya.. SURAT SAMAN!

Hampeh.


surat saman RM100.. huhuhu

Lepas tu, aku pun terus berlalu pergi dan balik ke ofis dengan muka yang sugul sambil terus sumpah seranah macam bahasa yang aku gunakan kat atas tadi. Bengang. Buat letih aku je.

Marah betul aku hari tu..


***

Pagi semalam (masa dapat MC), aku terus pergi bayar kat kaunter khidmat pelanggan. Dapat la diskaun secara automatik. In the end, aku kena bayar RM40 sahaja.

Kira ok la, save duit aku sikit. Ini lah akibatnya, kalau tak ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan. Kalau RM40 tu buat beli pizza domino dapat juga aku makan pizza yang large size dan takde la menyusahkan aku nak kena gi pusat khidmat pelanggan untuk bayar saman..

Pengajaran : Jangan nak parking ikut suka je.. bila kena saman tau pulak marah..

TIPS KEWANGAN

Tips (kosmo)


Sumber : Kosmo

02 Ogos 2010

UBAT & MC

Dah tiga (3) hari aku batuk2 kahak, dan pagi tadi aku gi klinik. Akibatnya..



Kena makan ubat lagi..

Lanjutan daripada itu, hari ni aku MC

***

Do & Don't bila batuk :

1) Elakkan makan makanan berminyak (ada ke makanan Malaysia tak berminyak?)

2) Banyakkan minum air.. air suam bukan air manis

3) Banyak kan rehat dan kurangkan aktiviti lasak buat sementara

4) No ais or ais krim

KEROPOK LOSONG

Last week Bos aku yang baik hati dan terlebih rajin tu balik kampung dan belikan keropok losong Terengganu yang aku dan kawan2 pesan. TQ Bos..

Aku memang suka keropok losong yang datang daripada Kampung Losong Terengganu ni sebab terasa benar ikan nya. Bukan macam 'keropok losong' yang aku dok beli kat pasar malam yang lebih angin daripada ikan. Masa goreng bukan main nampak gemuk nya, bila makan.. angin je yang lebih. Dah tu rasa tepung lebih daripada rasa ikan.. keropok losong ape ke bende namanya tu? Itu namanya keropok angin!

Dua buntil aku punya = RM10. Semuanya ada dalam err.. RM10 bahagi RM0.20 se = 50 puluh 'batang' keropok losong. Cukup lah untuk stok seminggu.



Keropok Losong (di goreng)


Keropok losong :


Secara dasarnya, keropok losong mengandungi ikan (dihancurkan), tepung sagu, garam secukup rasa. Campuran tadi di gaul sehingga mesra dan dibentukkan dalam bentuk selinder panjang sejengkal sebelum digoreng atau direbus. Keropok losong boleh dimakan begitu sahaja (rebus atau goreng) atau di cicah dengan sos cili.

Keropok losong yang paling famous adalah keropok losong Kak Yah di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Cara nak pergi ke kedai Kak Yah ni, google sendiri la. Bersepah map nya dalam internet.

Di Kampung Losong kawasan yang banyak menjual keropok losong tu, kedai Kak Yah di hujung sekali dekat 'selekoh maut'. Bersambung dengan kedai Kak Yah adalah sebuah banglo yang besar (rumah tokey kedai). Itu lah landmark nya. Rumah2 lain tak lah se-sergam rumah tokey kedai Kak Yah tu. Kalau beli kat kedai Kak Yah, memang kena sabar banyak. Sebab orang ramai beli kat situ dan berbuntil2 pulak tu. Kalau takat nak beli 5 ringgit tu buat penat beratur je la jawabnya. Selain losong, ada juga keropok2 kering lain dan daripada macam2 jenis ikan atau udang. Pilih & bayar je.

Selain Kak Yah, satu lagi pilihan aku ialah keropok losong Kedai Kita. Signboardnya warna kuning dan agak besar tertulis "Kedai Kita". Kalau jalan pelahan2 sure tak miss.

Tapi, awas! bukan semua kedai yang menjual losong kat situ sedap. Aku pernah terkena keropok losong yang masin ya amat! cuma aku tak ingatlah kedai nya nama apa. Kalau ingat, sure aku highly recommend to avoid..

***

Balik rumah, aku terus basuh2 keropok losong yang aku bawa balik dan simpan sebahagian besar dalam fridge (tempat beku). Aku panas kan kuali dan terus masak dalam 12 batang (macam gambar diatas). Wife aku dah makan nasi Grill Chicken Saba'. So, dia dah kenyang. Anak aku pulak, sibuk nengok ultraman. Sudahnya, aku melantak sorang2 je keropok losong tu. Kenyang. Puashati.

Malam ni.. nak melantak lagi!

Nyum! Nyum!

01 Ogos 2010

10 KAEDAH BUAT STAF HAPPY

Lanjutan daripada kisah aku gi renew road tax & insurance tempohari.

Masa aku tengah dok tunggu Puan tu buat kerja sambil tolong kawan2 dia yang tak berapa reti pasal nak buat transaction tu, aku terpandang satu artikel yang Puan tu lekatkan kat dinding cubic dia. Tajuknya :

10 STEPS HOW TO MAKE YOUR STAFF HAPPY

Menarik.

Artikelnya dalam bahasa Inggeris. Aku capai satu kertas dan salin intipatinya saja.

1) Use praise (Guna puji2an)

2) Increase visibility (War2 kan hasil kerja staff)

3) Give information (Berikan informasi)

4) Increase involvement (Tingkatkan penglibatan staff dalam kerja atau membuat keputusan)

5) Offer interesting work (Tawarkan kerja2 yang menarik)

6) Give feedback on performance (Berikan maklum balas mengenai pencapaian staff)

7) Listen, really listen (Mendengar dengan baik)

8) Allow flexibility (Benarkan fleksibiliti)

9) Recommend independent (Galakkan untuk berdikari)

10) Play ('Bermain' ditempat kerja = bergurau tidak melebihi batas)

Aku comparekan dengan apa yang telah aku praktik kan.

Item (1) - checked, Item (2) - checked, Item (3) - 50% checked, Item (4) - 50% checked, Item (5) - crossed, Item (6) - checked, Item (7) - 50% checked, Item (8) - checked, Item (9) - checked, Item (10) - crossed

Wah! impressive.

Nampak nya aku in the right path. Mungkin aku kena tingkatkan item (5) & (10) untuk jadi bos yang disayangi.. hahaha (gelak orang jahat).