Memaparkan catatan dengan label saman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saman. Papar semua catatan

02 Mac 2011

SAMAN

28/02/2011 berakhirlah tarikh "diskaun saman" seperti mana yang di hebohkan di media massa dan media cetak. Alhamdulillah, aku memang dah settlekan semua nya before tawran tersebut lagi - beberapa bulan yang lalu. Dibawah ini buktinya.


OK. bercerita pasal "diskaun saman 50%" yang ditawarkan untuk tempoh dua bulan yang lalu, aku agak terkilan lah dengan tindakan tersebut. Sebabnya, untuk orang2 yang bayar awal (bukan dalam masa diskaun) tidak pula mendapat apa2 insentif. Sedangkan, orang2 yang bayar lambat pula yang diberikan insentif seperti diskaun 50% - ini tak adil!!

Wah! marah nampaknya aku pagi2 ni.. hehe!

Bila aku tengok keadaan yang "kacau-bilau" yang di siarkan kat tv pada 28/02/2011 tu.. aku jadi agak hairan lah. Dahsyat betul diorang tu punya "busy" dan "tidak ada masa kerana sibuk bekerja" sehingga menyebabkan mereka tak dapat nak bayar saman2 sehinggalah hari terakhir diskaun ?!

Bila dah hari akhir tu, ada pula masa nya ?! Tidak pula mereka tu "busy" atau "saya asyik kerja outstation". Pelik.

Lepas tu sibuk pula minta kerajaan untuk lanjutkan masa untuk bayar saman2 tersebut kepada sebulan lagi. Huh?! kalau lanjutkan sampai 10 tahun lagi pun, mereka akan bayar hari terakhir juga !!

Dan, ada juga yang tergamak menyalahkan system PDRM down pada hari tersebut menyebabkan mereka tak boleh nak bayar. Dang!!

Amboi, marah benar aku pagi ni.. banyak betul guna tanda seruan (!)

Bila tengok gelagat2 mereka2 yang di interview oleh wartawan yang membuat liputan, ada yang sampai sanggup (ke terpaksa ?) ambil cuti untuk bayar saman. Sebab apa cuti ? sebab hari itu dah last day. Tak kurang juga yang merungut2 kata kaunter sikit la, tidak sistematik la, system slow lah dan macam2 rungutan lagi. Malah ada yang bagi alasan kata "tak tau pun ada saman" - cheh!!

OK lah. Banyak tanda seruan aku pagi2 ni.. haha! Anyway, aku sokong kerajaan tidak melanjutkan tempoh diskaun saman tersebut dan sesiapa yang "degil" tu, terima je lah akibatnya nanti. Berani buat, berani lah tanggung!

Cuma, mungkin boleh berikan lebih insentif kepada mereka2 yang bayar awal.. contoh nya tambahan point (+ve) untuk sistem KEJARA ke ? Atau diskaun yang lebih untuk pembayar-tegar-awal atau yang bayar guna online. Wallahu'alam

Sekian.

Update @ 3:30pm - hukalah!! lanjut lagi.. teruk betul lah! klik sini (berita harian online)

10 Ogos 2010

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

'SAMAN' LAGI !


surat pemberitahuan lhdn


Kali ni aku kena 'saman' dengan LHDN la pulak.

"Arahan potongan gaji ini dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada pekerja dan salinan kepada majikan dan ia dikeluarkan secara automatik bagi kes-kes di mana akaun cukai pendapatan menunjukkan baki terhutang"

Macam tu lah bunyi ayat penyataan no 1 dalam surat 'saman' tu yang semuanya ada 7 ayat penyataan.

Jumlahnya = RM 1,376.86

Ingatkan boleh la bernafas sikit bila nak dekat2 puasa dan raya ni, tapi.. alangkah sedih nya aku bila nak kena bayar pulak pada LHDN dengan jumlah 4 angka tu.

Nasib.. nasib.. nak kena cari doa tolak bala ni..

09 Ogos 2010

SURAT BERDAFTAR.. LAGI!

Last week, satu lagi surat berdaftar sampai kat rumah aku, kali ni atas nama wife aku pula.

Bila wife aku buka..

Aiyoooooo.. kena SAMAN LAGI!

Kali ni, kereta hitam kami pulak yang kena. Tension betul la. Yang buat aku lagi tak puas hati tu ialah kelajuan yang kena saman tu pada 91km/j. Kalau 150km/j ke puas hati juga kena saman. Berdesup pergi nya. Ikutkan surat saman tu, had laju nya ialah 80km/j dan kereta hitam kami tu di rekod pada kelajuan 91km/j, lebih 11km/j daripada yang di tetapkan.

Pulak tu, RM300 kompaunnya! No diskaun!


announcement dalam MyEG


Tension x1000 aku dibuatnya. Maunya migrain otak aku ni.

Tapi, apa kan daya.. cempedak dah jadi nangka. So, terpaksa juga lah bayar. Ingatkan boleh minta tolong sapa2 untuk bagi diskaun ke apa ke. Tapi, announcement kat atas tu jelas lagi bersuluh yang sekarang ni dah tak de diskaun2 lagi. Memang kes naya la.

Aku pun dengan lemah longlai register kat MyEG. Dan, bayar la kompaun tu. Semuanya, RM302. Tambah dua ringgit untuk service charge MyEG.


resit MyEG

Yang lagi haru nya, bila aku check kat MyEG tu masih ada dua (2) lagi saman yang tertunggak. Kedua2nya tahun 2006 ! Arghhh... TENSION !!

Nak kena claim balik pada seseorang ni..

03 Ogos 2010

SURAT SULIT

Aku terima satu notis untuk pick up surat berdaftar yang dihantarkan kepada aku. Adik aku yang pass kan surat tu last week. Notis Pos Malaysia tu macam gambar dibawah ni.


Notis surat berdaftar pos


Aku pun dengan semangat nya call no Pos Malaysia tersebut dan tanya bila last day boleh ambil. Sebabnya, nak pergi ke Pos Ofis yang simpan surat aku tu agak jauh la daripada ofis aku keje ni. Dan lagi, dia ada tulis kat situ hari sabtu buka. Konon2nya, boleh la gi ambil hari sabtu. Aku call dan katanya the next day is the last day (dia tak speaking.. aku saja tulis macam gitu). So, aku pun jadi tak sabar2 nak pergi ambil. Mana la tau kan.. kot menang peraduan Jutawan Power Root ke ?

Aku pun cargas la keluar ofis bila time makan. 2 kali kena tukar LRT dan kemudian nya menapak dalam 500 meter untuk sampai kat pos ofis tersebut. Letih.

Aku ambil nombor giliran dan tunggu. Tiba2 ada cik akak pos ofis sorang tu lambai2 kat aku. Ingatkan dia kenal aku ke apa ke ? Hensem sangat kah aku hari ini? Rupa2nya dia nampak surat notis pos berdaftar yang aku pegang tu dan suruh aku terus ke kaunter 5 - bahagian untuk bungkusan. Aku bangun dan pegi ke kaunter 5. Ada seorang cik abang pos ofis sedang duduk. Aku hulurkan notis pos berdaftar tersebut. Dia ambil dan beri isyarat suruh aku tunggu.

Cik abang pos ofis tu ke kabinet dibelakang nya dan cari yang aku punya based on no pada notis tersebut. Aku perhatikan aje. Satu surat yang bersaiz A4 dihulurkan kat aku. Aku tengok depannya tertulis, "SULIT. UNTUK DIBUKA OLEH PENAMA SAHAJA". Aku jadi hairan.



Daripada bentuk rupa surat tu, aku macam dah boleh agak apakah benda nya tu. Aku ambil dan sain pada bahagian terima dalam borang yang cik abang pos hulurkan kat aku.

Tanpa lengah2 masa, aku terus koyakkan dan buka surat tersebut. Akibatnya..

@#$^&%^$%#$%^ %#$@*^(*&$#%$#%*& %*&^*^$%#$#@%*& !!!

(perkataan maki hamun dalam bahasa Amazon)



Bengang je aku! Rupa2nya.. SURAT SAMAN!

Hampeh.


surat saman RM100.. huhuhu

Lepas tu, aku pun terus berlalu pergi dan balik ke ofis dengan muka yang sugul sambil terus sumpah seranah macam bahasa yang aku gunakan kat atas tadi. Bengang. Buat letih aku je.

Marah betul aku hari tu..


***

Pagi semalam (masa dapat MC), aku terus pergi bayar kat kaunter khidmat pelanggan. Dapat la diskaun secara automatik. In the end, aku kena bayar RM40 sahaja.

Kira ok la, save duit aku sikit. Ini lah akibatnya, kalau tak ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan. Kalau RM40 tu buat beli pizza domino dapat juga aku makan pizza yang large size dan takde la menyusahkan aku nak kena gi pusat khidmat pelanggan untuk bayar saman..

Pengajaran : Jangan nak parking ikut suka je.. bila kena saman tau pulak marah..