Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

23 Ogos 2011

APA KATA SURVEY ?!

As part of "Improvement Initiative", aku dan kawan2 telah di minta untuk menelefon selected customers dan buat survey berkenaan dengan "customer experience" mereka dengan produk syarikat.

Aduh! Malas nya aku. Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak buat. Tapi, memandangkan setiap orang telah diberikan tugasan serupa (customer berlainan) maka terpaksa lah aku buat juga. Apa pula kata bos nanti kalau aku seorang saja yang tak support aktiviti ini.

Tempoh masa yang diberikan ialah 2 minggu. Tak banyak sangat pun customer yang perlu di hubungi - dalam 12 atau 13 sahaja. Tapi, lazimnya kalau terima call kata nak buat survey... tentu malas nak layan, betul tak ? Aku sendiri pun macam itu juga... dan, aku pun rasa ramai lagi yang malas nak layan.

OK, sebab dah seminggu berlalu dan aku maish belum mula juga... semalam aku keraskan diri untuk call. Lepas satu, satu customer aku call dan mengulangi skrip yang di bekalkan. Malang nya, as expected kebanyak mereka macam bolayan je dengan alasan.. "I am busy"!

10 calls yang aku buat, cuma satu sahaja yang participate. Itupun macam terpaksa dan ala2 kadar sahaja jawapan nya. Sangat pendek dan ringkas. Boleh dikatakan sengat tidak membantu statistik kemudian hari nanti bila kami nak proceed untuk buat further improvement.

Majority customer yang aku call semalam suruh aku call hari ini. So, aku akan cuba lagi hari ini dan tengok hasil nya.

Dalam pada itu, aku cuba juga dapatkan tips2 dan feedback kawan2 lain berkenaan call yang diorang buat. Rata2 lebih kurang macam aku juga. Ada juga yang kena marah dan terima complaint yang macam2. Tak kurang juga yang kena marah sebab buat survey. Kata customer tersebut, sebab sudah beberapa kali orang call untuk buat survey.. "Berapa banyak survey nak buat ?"

Entahlah. This initiative is to improve customer experience... tapi, I doubt it that they got the clear message.

Ok, sat gi jam 10 aku nak mula call semula... wish me luck! huhuhu...

05 Julai 2011

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI...

Ini bukan cerita Hang Tuah ye..

Orang kata, "Tuah ayam nampak di kaki.."

Tapi, kalau tuah manusia nampak dimana ? Kata cik puan kpp, "Tuah anak"

Mungkin juga ada betul nya.. kalau idak, takkan orang tua2 kalau menyeranah tu mereka sebut.. "Bertuah punya budak!"

Alhamdulillah, another rezeki from Allah. Lama benar rasanya aku tunggu "giliran". Akhirnya, berkat sabar dan bantuan bos dan mereka2 yang berkenaan, aku telah di confirmed kan! Yeahoooooooooooooooo!!

Bila cerita pasal rezeki ini, aku teringat kata2 Jep Sepah selepas Sepah di tabalkan juara Maharaja lawak yang lalu...

"Apa yang membuatkan kami menangis adalah apabila mengenangkan kami sebagai hamba Allah s.w.t yang tidak sempurna. Malah menghadap-Nya, sehari belum tentu lengkap lima waktu. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tetap memberikan kami rezeki ini. Kemenangan ini membuatkan saya berasa sangat kerdil di sisi-Nya". kredit

Dan En Wan pun pernah kata, "Ini semua rezeki, kalau kita dapat.. kita suka lah. Tapi, kalau tak dapat kita usaha lagi"

Mungkin Allah nak uji aku dengan rezeki dan nak tengok samada aku masih terus "lupa" atau pun aku mensyukuri nikmat yang diberikan nya.

Mudah2an, aku melayu yang tak mudah lupa.. amiinn..

Btw, aku tertanya2 juga.. kenapa tuah ayam nampak di kaki ? Setahu aku, kaki ayam hanya ada jari dan taji. Tak faham sih..

25 Mei 2011

SIAPA KAH "VISI" SEBENARNYA ?

Sambungan dejavu entry semalam

Masa aku join kampeni tersebut, sumpah aku tak tau apa core bisnes mereka. Aku main redah je. Apa yang lebih penting pada aku masa tu ialah.. kerja.

Selalunya, kalau mula kerja tu awal bulan ie: 1hb. Tapi, mungkin MD nak menguji tahap kesungguhan aku untuk mula bekerja.. beliau suruh aku datang pada 30hb yang kebetulannya jatuh pada hari Isnin. Memandangkan aku baru nak mula kerja, tidak lah pula aku nak banyak songeh - aku datang on that day tanpa banyak soalan.

Macam yang aku bagitau, VISI hanya lah sebuah kampeni kecil sahaja dimana bahagian teknikal nya hanya ada 3 orang termasuk aku - Chief (bos technical dept), Sabri (technician) & Aku. Bahagian2 lain ada lah orang2 nya... namun, tidak lah ramai. The whole company cuma ada dalam 15 orang sahaja including the MD.

The first day aku join, baru aku tahu yang VISI sebenarnya adalah sebuah kampeni yang membekalkan peralatan Laser Speed Detection System atau bahasa pasarnya SPEED TRAP yang digunakan oleh pihak PDRM & JPJ. Kiranya, VISI buat Spply & Services for Speed Trap system yang digunakan untuk menyaman "ekor" kenderaan2 yang di pandu laju.


image : zulkbo.com

Almost 2 tahun aku bekerja kat VISI dan macam2 pengalaman pahit manis yang aku dah lalui... terutamanya bersama "partner-in-crime" aku yang paling rapat.. Sabri.

Oleh kerana peralatan speed trap ini adalah sensitivity kerajaan, maka, tak boleh lah aku nak cerita lebih lanjut berkenaan peralatan tersebut disini. Cukup lah sekadar anda tahu yang it's damn accurate dan mitos2 tentang penggunaan barang2 tertentu untuk mengelakkan daripada di capture oleh speed trap ini adalah semata2 MITOS!

Aku sudah test dan buktikan nya... percaya lah!

Kerja di syarikat bersaiz kecil ini banyak faedah nya. Banyak yang aku pelajari sepanjang almost 2 tahun aku  bekerja di situ. Walaupun aku di bahagian teknikal, tapi jawatan aku secara tersiratnya ialah... teknikal cum driver cum peon cum sales representative cum cleaner cum macam2 lagi lah. Namun, aku tetap bersyukur sebab banyak perkara yang aku belajar di situ terutamanya on how to handle a difficult customer, tender process and how office politics works.

In the end, aku had to say goodbye to the company sebab aku truly feel that I will not progress the way I had intended in my field should I stay there much longer. Oleh itu, somewhere around July 2000 aku hantar surat resign and join a manufacturing company.

Berada dalam field "servicing" sebenarnya sangat mencabar.. lebih2 lagi kalau kita di dalam company yang kecil. Setiap tender kena evaluate betul2 and know our strenght before we can proceed. Sebab semuanya involve money. And, more importantly kena kenal competitor kita tu siapa. It's really about.. "who knows whom" rather than "who know how to do it".

Thank you VISI!

24 Mei 2011

VISI - DI SINI SEGALANYA BERMULA


 1998 - masa ekonomi merudum, masa tu lah aku pulak habis belajar. Market pekerjaan pula sangat teruk dan competition adalah sangat sengit. Those yang baru habis belajar nak kena compete pula dengan those yang kena retrenchment dan those yang sudah setahun mengganggur di sebabkan krisis ekonomi yang sebenarnya bermula setahun sebelum itu. Keadaan masa itu di burukkan lagi dengan pemecatan TPM pada masa itu dan macam2 kekecohan yang berlaku.

Berkoyan2 resume aku hantar. Siap dengan gambar yang di cuci. Semua jenis surat khabar aku baca dan ruangan paling diminati sudah tentunya ruangan kerja kosong. Aku masih ingat lagi masa tu ada satu surat khabar warna kuning yang khas untuk iklan2 kerja kosong sahaja... aku dah lupa namanya. Surat khabar itu memang aku tak miss beli setiap hari. Tak cukup dengan surat khabar, aku cari pula di internet. Masa itu, Jobstreet.com baru nak bertatih.. bukan macam sekarang sudah tersenarai di papan Bursa Malaysia. Aku tidak percaya dengan resume submission thru the internet. Semua resume aku hantar by pos. Orang kata, kalau kita tunjukkan effort mungkin nasib akan menyebelahi kita.

Dalam berkoyan2 resume yang aku hantar tu, cuma dalam 6 kampeni sahaja yang panggil interview (berlainan masa). Dan, salah satu daripadanya ialah VISI (nama syarikat).

This is actually a small bumiputera company dan nothing much info could be found about them on the internet. Aku pergi interview atas dasar "gamble" dan macam "orang buta". Tak ada satu benda pun pasal kampeni tu yang aku tahu!

INTERVIEW

Macam biasa adat pergi interview (rujuk tips ini), aku suka berbaju putih (paling tidak warna kuning cair), berseluar hitam dan berkasut kulit hitam. Kampeni tersebut letaknya di Shah Alam dan di deretan rumah kedai 3 tingkat. Semua pekerjanya melayu kecuali driver & head of technical dept.

Masuk sahaja ke bilik interview... interviewer tanya soalan2 lazim. Aku jawab se-simple yang mungkin. Kemudian tiba soalan2 technical. Berbeza dengan interview2 sebelum nya, kali ini interviewer tunjukkan aku beberapa pcb board dan tanya apa kah benda tersebut. Panik kejap aku.

Bila aku belek2... aku nampak beberapa "marking" pada pcb board tu yang memberikan aku clue2 yang berkenaan. Contohnya : "+5V", "GND", "i/o", "cache" dan sebagainya. Oleh itu, berjaya lah aku menjawab dengan cemerlang.. cuma salah satu sahaja.

Possibly, due to my "outstanding" answer dan juga my "impressive university name" in my resume... aku telah di terima kerja di VISI. Tahniah! 

30/11/1998 - bermula lah kerjaya professional aku di VISI di bahagian technical.

Macam yang aku terangkan tadi, kampeni ini kecil sahaja.. dan, the interviewer was actually the MD of the company merangkap owner. Walaupun, gaji yang di tawarkan sangat kecil berbanding dengan kawan2 aku yang lain (yang mendapat tawaran kerja di kampeni2 lain).. aku terima juga sebagai my starting point. 

***

Itu adalah cerita berbelas tahun lepas. Nak di jadikan cerita, aku ada meeting di sekitar Kelana Jaya. Bila dah hampir dengan Shah Alam tu, tergerak pula hati aku untuk pergi meninjau2 ofis lama. Apa cerita mereka agaknya ?

Aku tau yang pekerja2 lama di syarikat tersebut sudah pun tiada. Mungkin MD nya sahaja yang masih sama. Lagipun, aku tidak lah bercadang untuk pergi ke ofis bertanya khabar. Hanya sekadar untuk melihat daripada luar dan berpuashati sekiranya syarikat tersebut masih disitu (atau mungkin sudah berkembang).

Bila aku sampai, the building is still there exactly the same the way during I left. But, on that day... pintu utamanya tidak dibuka. Cuti kah ?

Selepas ber-flash back dalam 10-15 minit mengenangkan gelak tawa suka duka di ofis tersebut, aku pun teruskan perjalanan pulang dengan kenangan2 lama.

***

I will forever be thankful to VISI sebab membuka lembaran baru untuk aku... tidak lah aku asyik nak "ber-reformasi" yang tak berfaedah tu aje...

28 September 2010

TOLONG CONFIRMKAN SAYA..

"Rul, tolonglah nko dapatkan jawatan permanent untuk sepupu nko tu.."

"Rul, nko tak de kawan ke yang boleh rekomen kerja dalam kampeni nko kerja tu ?"

"Rul, esok ada sepupu nko pergi interview kat tempat nko tu. Tolong lah bagi lepas ye.."

"Rul, makcik minta tolong sangat2 dengan nko supaya anak buah makcik tu dapat kerja permanent dekat tempat nko kerja tu"

"Rul, ada job tak kat tempat nko tu ? Tolonglah rekomenkan"

"Rul, kalau ada projek apa2 kat ofis tu macam tender stationary ke, cabling ke.. tolonglah bagi kat aku"

***

Pernah kah anda terima 'ucapan2' seperti di atas ?

Dah naik letih aku mendengarnya. Aku bukan tak mo tolong. Kalau boleh semua orang aku nak tolong. Masukkan ramai2 kat kampeni GLC ni.

Tapi, ini bukan kampeni aku!

Kampeni bagi saham pun aku jualkan, bukannya aku nak tebus - bukan aku tak nak, tapi tak de duit. Valuenya mahal sangat. Kalau aku ni, CEO kampeni.. no problem. Semua sedara mara suku sakat aku bagi masuk. Tak kisah lah kalau orang nak kata kronisme ke apa ke. Yang penting, mesti boleh buat kerja.

Aku, insyaAllah, tolong mana yang terdaya. Aku pun bukan lah popular sangat kat kampeni GLC ni. Sedangkan diri aku sendiri pun minta tolong dengan orang lain untuk naik grade, camne aku nak tolong orang yang di luar kampeni ?

So, aku tolong lah mana2 yang boleh.. selebihnya, berserah saja lah kepada Allah. Ada rezeki.. insyaAllah.



p/s: bila dah tolong, kerja lah baik2 ye..