Memaparkan catatan dengan label kad kredit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad kredit. Papar semua catatan

12 Oktober 2011

YEY!! SAYA DAPAT VACUUM PERCUMA!!

Mukadimah..

Sungguhpun aku sudah agak lama menggunakan kad kredit.. aku bukan lah pengguna yang sangat tegar. Sesekali aku guna lah... bila mana terasa nak berlagak macam orang ada-ada. Namun, sepanjang penglibatan aku dengan kad kredit tersebut.. tidak pernah pula terlintas di hati nurani aku ini untuk ambil kisah pasal treatpoints atau ganjaran mata yang di tawarkan hasil penggunaan kad kredit tersebut.

Kesedaran awal aku pasal kegunaan treatpoints atau mata ganjaran ini ialah bila mana aku pertama kali meng-cash-out ganjaran mata pada kad mesra petronas aku tu dengan pembelian minyak menggunakan mata kad mesra petronas. Sejak itu, aku berkira2 juga untuk menggambil kesempatan atas ganjaran mata yang diberikan oleh kad kredit...

Cerita suatu masa dahulu..

Aku bukan lah penguna tegar kad kredit, namun hasil daripada jumlah mata yang terkumpul membolehkan aku hampir2 menebus beberapa "hadiah treatpoints" yang praktikal dan menarik. Masa tu treatpoints aku sudah mencecah hampir 21000 - hanya memerlukan lagi 400 treatpoints untuk membolehkan aku menebus "hadiah treatpoints" sebuah beg galas komputer berjenama pierre cardin... jenama favourite aku.

Dalam hati, aku cukup yakin by next month aku dah ada treatpoints yang cukup untuk tebus "hadiah treatpoints" tersebut!

Ada juga hadiah2 lain macam wallet dan sterika yang treatpoints aku dah cukup untuk tebus... namun, dek kerana pierre cardin punya pasal... sanggup aku terus mengumpul mata lagi. Gigih aku menggunakan kredit kad aku sepanjang bulan tersebut untuk men-ninggi-kan kutipan treatpoints aku.

Cukup bulan, aku bersungguh2 nengok jumlah treatpoints aku dengan harapan ianya sudah cukup untuk menebus hadiah yang aku idam2kan. Tapi...

Agak malang, bila semua treatpoints aku tu sudah expired!! cuma yang tinggal ialah sejumlah lebih kurang 1000 treatpoints yang aku kumpul pada bulan tersebut sahaja! huaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Cerita bulan lepas..

Treatpoints aku sudah mencecah 30000.. sudah boleh tebus beg galas komputer berjenama pierre cardin tersebut. Namun, dasar orang yang sudah tamak.. aku up-kan target kepada benda lain --> DVD player "hotdeal" (maksudnya treatpoints + sedikit cash) atau Jam tangan.

Kebetulan pula, bank bermurah hati menggandakan treatpoints aku dengan tambahan 30000 treatpoints lagi. Wow! sebab sebenar kenapa bank tambah... aku pun tak pasti. Bila aku ragu2, aku tanya pada card centre dan mereka kata tiada apa2 problem. Maka, treatpoints aku sudah menjadi 60000! Best nya!

Cerita selingan..

Penyedut hampagas (vacuum cleaner) rumah kami meletup masa Choi membersihkan rumah. Oleh itu, kerja2 membersih menjadi lebih mencabar selepas itu (sebab tak boleh sedut habuk lagi).

Dah berbulan juga cik puan kpp dok sibuk2 suruh survey harga vacuum cleaner kat Carrefour. Memang aku dah pergi, tapi hanya setakat survey harga je la... nama nak membelinya.. belum sampai seru! haha!

Kerja tertangguh dari sehari ke sehari... sudah memakan berbulan. Setiap kali, cik puan kpp suruh aku pergi survey lagi... aku pergi.. tapi, tidak juga beli. Nak tunggu bonus tahun depan, kot?

Cerita semalam..

Bila cik puan kpp asyik2 dok tanya pasal vacuum cleaner, aku mula cari alternative lain. Teringat aku pada treatpoints aku yang sudah berjumlah 60000++. Aku buka website Maybank2u dan cari katalog berkenaan hadiah treatpoints. Cari punya cari... terjumpa dengan hadiah ini ...



Wah! ini sudah cukup menarik!

Jenama pula Electrolux.. yang memang terkenal dengan barang2 keperluan rumah. Atas nasihat Azli, aku call dulu participating outlet untuk make sure yang mereka memang ada stock baru. Outlet pertama aku call, kata ada yang display sahaja - Reject! Outlet kedua pula, takde jawapan (tak angkat call)

Outlet ketiga, ada! Yes! Mamat kedai tu kata boelh datang ambil bila2 masa. Terus aku sms cik puan kpp untuk ambil di sebelah malam nya (malam tadi lah..)

Cerita malam tadi lepas balik kerja...

Masuk waktu, terus sembahyang dan siap2 untuk ke outlet Senheng berkenaan. Kebetulan pula, memang aku pernah pergi outlet tersebut... so, takde lah sesat2 mencarinya. Dari luar kedai dah ada banner kata "Treatpoints Outlet" or something like that la...

Aku masuk dan terus bagitau amoi kat situ nak tebus hadiah guna treatpoints. Amoi tu masuk dalam sistem... keletap, keletup, keletap, keletup... dan terus bagi aku satu kotak stock baru.. Electrolux Vacuum Cleaner (ELE-Z1950).

Bila semua urusan selesai.. kami terus pergi makan dengan hati gembira terutamanya aku. Sebab dapat vacuum free! Yey!!


Electrolux Vacuum Cleaner (ELE-Z1950)

image : maybank2u

THANK YOU MAYBANKARD!!

Kalau aku tau macam tu punya senang nak tebus hadiah treatpoints, dari dulu lagi aku bersungguh2 menggunakan kad kredit tu... hohohoho (mood untuk menambahkan hutang!)

20 September 2011

VISA SIGNATURE

 image : google

Woo Woo.. sabar, sabar... bukan aku punya. Bos yang punya.

Alkisah lunch time semalam beliau panggil ke meja, ingatkan nak discuss apa benda... rupa2nya salah satu agendanya nak bagitau beliau dah dapat Visa Signature!

Haa.. bila dah dapat Visa Signature, automatik la yang Platinum  di lupuskan. On the spot call card centre, cancelled dan gunting kad.  Banyak2 nak buat apa, betul tak ? Kredit limit nya... umang ai.. 50k sih!

Ok la.. ok la... walaupun 50k, ianya tetap.. hutang!

Teringat pula aku masa awal2 kerja dulu nak memohon kredit kad segala bagai. Masa tu aku kerja tak sampai 6 bulan lagi - bermakna belum dapat surat confirmation lagi. Ada satu booth di buka di persekitaran kilang tempat aku kerja, bukan main ber-iya2 lagi minah tu dok promote. Aku pula cepat benar cair nya... terus aku apply.

Tapi, bila bab kena bagi surat confirmation... memang aku kalah la sebab masa tu surat confirmation memang tak ada. Yang buat aku teruja untuk register dengan bank tersebut ialah masa tu diorang bagi free gift jam tangan berjenama bank tersebut.. hehe.. kelakar pulak pakai jam jenama bank!

Walaupun tak pasti samada permohonan aku boleh berjaya atau tidak... aku tetap apply juga. Macam minah bank tu kata, submit je application dulu. Ok la..

Aku tak puas hati... aku pergi ke bank lain pula untuk apply kad kredit lagi. Kali ni bank tu bantai suruh aku apply tiga jenis sekali - Visa, Master & Amex. Aku tak kira, aku bantai apply semua. Dan, masih lagi problem yang sama dimana diorang minta confirmation letter yang terang2an aku tak ada.

Pastu, aku jalan2 kat shopping complex, terjumpa lagi booth bank untuk kad kredit. Aku apply lagi... gigih!

Masih lagi dengan isu yang sama --> confirmation letter.

Akhirnya, aku give up walaupun semua bank2 tadi tu aku dah apply. Tapi, dengan harapan yang tipis lah... pada pandangan aku.

Selang sebulan dua lepas tu... nah nko! Semua bank approved aku punya application ! Ambik!!

Sampaikan wallet aku tak muat nak simpan semua nya... kalau tak salah aku ada 6 kad pelbagai bank dan pelbagai jenis - Visa, Master, Amex & JCB. Perghh!!!

Bila cukup setahun, nah.. jenuh aku nak membayar yearly fees nya. Bukan aku guna semua pun... gunanya satu je, tapi nak kena bayar RM80 per kad. Tak ke membuang duit nama nya tu ? 

Masa mohon seronok2 je aku isi borang... alih2 bila nak terminate, nah.. jenuh aku memanjat satu2 bank untuk cancelled semua nya kecuali satu (yang aku dah guna tu). Sudah lah begitu, bila nak terminate.. macam2 pula pegawai bank tu dok pujuk dan offer fees waive lah segala bagai...

Ada satu bank tu, hari ni aku submit borang untuk terminate... lusa, dia pakat offer aku untuk continue with yearly fees waived! huh?!

Sekarang, natijah daripada "langkah awal" aku memohon kad kredit tersebut.... sampai la ni hutang sentiasa saja ada dan makin hari makin bertambah!

Mungkin betul orang kata... Kad Kredit ni memang BERHANTU!! Sekali guna.. sampai bila2 "terpaksa-guna".. huhu!

21 Ogos 2010

KOMISEN KAD KREDIT

Jumaat, 20/08/2010

Aku balik dari ofis dan nampak ada satu kertas (flyer) yang di selitkan kat wiper kereta merah aku. "Arghh.. direct selling lagi", aku mengeluh. Situasi macam ni memang biasa di alami oleh orang2 yang commute macam aku ni. Dan, boleh dikatakan almost everyday akan ada je kertas (flyer) yang di letakkan kat wiper kereta2 yang parking kat situ.

Selalunya, aku tak baca pun. Ambil dan buang. "Buat menyemak je", itu lah ayat biasa aku dalam hati. Tapi, semalam aku tak terus buang. Aku ambil bawa masuk kereta. Sementara aku panaskan enjin, aku pun baca.

Kertas tu 'konon2nya' daripada 'wakil' sebuah syarikat perbankan terkemuka negara (sorry, aku dah blur kan namanya - dirahsiakan).


flyer 'wakil' bank


Ada sesuatu yang tertulis kat kertas tu yang sangat menarik minat aku macam magnet.

Katanya : "Kad Kredit (Komisen RM420 - RM700 satu kad)"

Wallawey.. patutlah 'wakil2' kad kredit yang dok berpeleseran kat kompleks2 beli belah tu beriya2 benar nak suruh kita ambil kad kredit diorang, rupa2nya komisen nya agak lumayan. Kadang2 siap offer both VISA & Mastercard sekaligus!

Cuba bayangkan kalau satu kad = RM420, di darab dengan 5 kad (sehari), di darab lagi dengan 20 hari (hari2 ada orang sign up). So, RM420 x 5 kad x 20 hari = wohooooo.. RM42,000 beb!

Patutla..

Baru pakcik tau..