Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

22 Julai 2011

7 THINGS YOUR HUSBAND WANTS TO TELL YOU..

Dua hari pergi kursus.. asyik2 menjerit2.. hari ini suara dah jadi macho macam Sean Connery..

Pagi ni masuk office, terbaca pula this article yang sangat menarik about..

*** 7 Things Your Husband Wants To Tell You ***

Aku listkan key pointnya disini dengan sedikit ulasan beberapa point sahaja based my own experience, dan kalau nak baca lebih lanjut ulasan expert sila ke sini. Dan, boleh compare experience aku dengan apa yang expert tersebut kata :-)

1. A small "thank-you" makes a huge difference.

2. I’m more likely to offer you concrete advice than a shoulder to cry on.

3. If you want a chore done by a certain day, tell me that.

"Yang, tugas you lipat baju", kata cik puan kpp sambil menunding ke arah baju yang sudah macam bukit semanggol tinggi nya

Aku diam. Dan, teruskan menonton tv siaran langsung bolasepak

Esoknya, baju masih selonggok lagi

"Yang, jangan lupa", pesan cik puan kpp lagi

Aku diam. Dan, teruskan menonton tv siaran tertunda bolasepak

Lusa, baju masih selonggok lagi. Di tambah lagi dengan yang baru..

"Yang, bila nak lipat ni ? Dah melambak dah ni..", tanya cik puan kpp

Aku diam. Dan, teruskan menonton tv siaran tertunda bolasepak lagi

Tulat, baju masih belum berlipat lagi..

"Yang, bila nak lipat ni ? Kang saya cakap banyak2 kali Yang marah", cik puan kpp dah nak bertukar jadi hijau..

Aku diam. Dan, teruskan menonton tv.. siaran tetunda bolasepak lagi.. dan lagi..

Cik puan kpp mungkin dah letih dan malas nak cari "gaduh".. lepas tu tak tanya2 lagi..

Selang dua hari.. cik puan kpp bangun pagi, semua baju tadi sudah di lipat!

4. Tell me directly what’s bothering you.



5. Please don’t ask me how you look in that dress.

Satu hari kami sekeluarga ke Nilai 3 cari kain baju raya. Setelah bershopping2 dan jumpa kain untuk baju raya, cik puan kpp mula bershopping untuk kain baju bukan baju raya pula..

"Yang, corak ni cantik tak ?", tanya cik puan kpp pada aku sedangkan dalam beg plastik sudah 2-3 pasang dibeli nya..

Sales girl sebelah cik puan kpp pula macam2 lah ayat manis nya nak influence supaya beli.

Aku pandang.. dan aku geleng kepala tanda "tak cantik". Sales girl kecewa. Cik puan kpp letak balik..

Sales girl offer yang lain pula. Tak putus asa. Bagus punya sales girl. Cik pun kpp tanya lagi, "Yang, ini cantik tak?". Aku geleng lagi..

Aku geleng bukan sebab tak cantik. Tujuan sebenarnya supaya cik puan kpp tidak beli lagi, dan lagi dan lagi. Kalau semua aku angguk, tentu satu kedai diborongnya!

Now you know my trick, eh ? (jeling kat cik puan kpp)

6. I wish you didn’t think we had to talk all the time to be close.

7. I wish you wanted sex more.

Aku percaya this article could improve husband-wife relationship.

Sekian.

29 Disember 2010

TRUANCY ??

Apa kejadah nya TRUANCY ni ?

Masa aku baca surat khabar bahasa inggeris yang percuma tu pagi tadi, tiba2 aku terpandang perkataan ini T-R-U-A-N-C-Y dimana cara sebutan nya ialah  \Tru"an*cy\

Asalnya daripada perkataan TRUANT.

Bila aku baca dan baca isi berita tersebut, fahamlah aku makna nya.. iaitu POTENG !

Aku tak puas hati, buka pula dictionary online. Oooo.. baru aku faham.

***

Truancy \Tru"an*cy\, n.
     The act of playing truant, or the state of being truant; as,
     addicted to truancy.
     [1913 Webster]
From WordNet (r) 2.0 :
  truancy
       n : failure to attend (especially school) [syn: hooky]
extracted from : dict.org
***
 
Tiba2 terlintas pula di fikiran aku ni..
 
Mungkinkah perkataan TUANG KELAS yang digunakan oleh kita itu berasal daripada 
perkataan ini sebenarnya ?
 
TRUANT.. TRUU ANNT.. TRUU ANTT..... TUANG ??
 
Mungkin ada benarnya kalau perkataan itu di sebut dengan slang Terengganu... :-)

29 Oktober 2010

GULA SERBUK KAYU

Rujukan : Kosmo! online, 29/10/2010

"KUANTAN - Seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mencipta gula alternatif daripada habuk kayu khusus untuk pesakit diabetes.

Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim memberitahu, gula baru itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik." berita lanjut


Tak sangka pulak aku yang serbuk kayu boleh jadi gula..

Terkagum kejap aku masa baca berita ni tadik !

KAGUM! KAGUM!


p/s : agak2.. lalang boleh jadi gula dak ?
p/s2 : setahu aku, lalang buat bahan serap tumpahan minyak..