Beberapa minggu yang lalu, satu expo yang dianjurkan oleh MITI telah diadakan di Putrajaya - dinamakan Groom Big - dimana pengusaha2 IKS tempatan telah di letakkan di bawah satu bumbung dan memamer dan memasarkan produk masing2.
Macam biasa aku dengan cik puan kpp telah pergi lah ke expo tersebut sebagai tanda support kepada pengusaha industri2 kecil tempatan - masuk percuma. Ada macam2 produk yang dipamer @ dijual semasa expo Groom Big tersebut. Namun, dalam banyak2 produk tu, ada satu yang sangat menarik minat aku..
SAPUAN BAWANG PUTIH, BRAND SHERYFA
image : perakmall.com
Kalau kita pergi ke pizza hut, selain daripada pizza, sudah tentu kita akan order garlic bread untuk di cicah dengan sup mushroom nya yang lazat tu. So, this garlic spread akan membolehkan aku makan garlic bread sesuka hati aku di rumah.
Ada tiga perasa yang di jual. 1 - perasa original, 2 - perasa herba, 3 - perasa cheese. Setiap bekas sapuan garlic tu errr.. berharga.. err.. aku lupa la. kalau nak tau, check kat sini.
Aku minta cik puan kpp beli 2 iaitu Original dan Cheese.
Bermula daripada waktu dan saat itu, bermula lah aku bersarapan dengan garlic bread everyday, almost.
Tapi, sayangnya sapuan garlic ni tak de lah pulak jual di pasaraya2 utama atau mana2 pasaran berdekatan untuk tujuan aku menambahkan stok bila dah habis. Takkan lah aku nak ke Ipoh semata2 nak beli kot ? amboi.. sangatlah tak berbaloi.
Hopefully, sapuan garlic Sheryfa ni akan mula di pasarkan secara besar2an lah lepas ni. Kena lah support produk tempatan yang sangat bagus!
