Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

28 Julai 2011

KISAH CINTA DI FACEBOOK LAGI..

Semalam aku cerita pasal kawan aku yang bertemu jodoh di facebook. Hari ni, aku nak cerita something about love in facebook juga.. buat those yang guna facebook to "show" their love to the love one.. sometimes to the extreme!

Pernah tak anda baca status2 di facebook yang sebegini..

"Sayang, miss u already.."

"I love you so much"

"Saya cintakan isteri saya "

"(nama-isteri-atau-kekasih-yang-ditag) ialah wanita tercantik di mata saya"

bla bla bla dan so on..

Mungkin aku sedikit orthodox dalam pengucapan perkataan CINTA ini, tapi.. please lah.. takkan sampai post status kat facebook on an on and on, kot ? Yeah, right.. nko je lah yang ada cinta dan nak tunhjuk sangat lah cinta nko tu di facebook.

Antara yang paling "seronok" aku dok baca ialah those yang baru kahwin. Wah, memang meluap2 cinta nya.. pendek kata semuanya indah2 belaka lah. terdetik pula aku nak tanya, "Is it for real ?" atau it is just for the sake of saja2 nak update status facebook.

To be honest, kadang2 terasa meluat lah juga. Macam dia seorang je yang bercinta. Aku bercinta jugak lah woi!!!

Kalau betul2 nak send the love message to the one you love.. bukan kah mark zuckerberg dah buatkan button "message" yang mana isinya adalah privy to you and your love one ? Lantak lah nko nak buat apa kat situ... nak love you, love me sampai berjuta2 kali pun takde siapa nak kisah... 

OK, once in a while anda mungkin nak ekspresi kan emosi anda di wall.. especially during special occasion macam birthday ke, anniversary ke... then, it is fine. That would be the best time to post those love2 things in your wall or your love one's.

Itu saja yang aku nak kata hari ni.. 

Sekian

27 Julai 2011

BERCINTA DI FACEBOOK

Masa berlalu dengan pantas... cara bercinta pun sudah semakin maju. Sekarang tidak ada lagi surat menyurat dan bergayut di public phone. Mungkin sebab itu, public phone pun banyak yang sudah jahanam. Yang aku hairan tu, diorang pergi cabut ganggang nya untuk buat apa tah ? 

Dulu2 aku pernah dengar kawan2 bercinta melalui chat room.. especially semasa zaman MiRC tengah sangat2 top. Sampaikan ada yang dapat jam tangan tag heuer pemberian daripada anak bekas menteri yang nak minta clash. Ada juga kawan2 aku yang berjaya memikat melalui chat room dan kemudian nya berkahwin. Tak kurang juga yang bertunang dan kemudian nya memperlakukan tunang nya macam hamba abdi siap dengan lempang sepak terajang sampai terkehel rahang minah tu. Ini semua kisah benar yang infonya aku dapat first hand. Dan, ada juga yang aku terlibat secara langsung sebagai "pakar kaunseling" bila kawan2 perempuan tu minta nasihat dan pandangan aku. Jangan salah sangka, bukan aku pelaku nya ye..

Sekarang, sudah lebih advance. Dengan teknologi canggih dan siap bergambar.. facebook dah jadi pilihan untuk bercinta dan mencari jodoh anak muda zaman sekarang. Kenapa lah zaman aku bercinta tak ada facebook2 segala bagai.. kalau idak, sure luas zon pencarian.. hahaha!

Ok, aku nak ambil contoh seorang kawan yang bertemu jodoh melalui facebook.

Kawan aku ni sudah lama mencari.. mungkin dulu tidak berapa serius kerana merasakan diri beliau tidak se-hensem mana. Ditambah pula hobi memancing nya yang sangat aktif, perempuan mana yang boleh tahan bercinta dengan lelaki macam gitu ? Kecuali lah perempuan itu juga kaki pancing. Dan, "cinta pertama" beliau ialah kereta!

Beberapa orang kawan pernah cuba untuk kenen2 kan (kenen2 = pasang2kan, kenalkan) beliau dengan beberapa orang perempuan yang mereka kenal. Tapi, kebanyakkan nya tidak berapa nak menjadi. Mungkin they have different taste lah kot.

Dipendekkan cerita, suatu hari sedang beliau dok melayan facebook dan tiba2 ter-jatuh cinta dengan salah seorang friend of friends yang ada dalam list friend beliau. Bak kata orang, "Cinta pandangan facebook". Dalam realiti, mungkin ramai lelaki yang takut dengan "fear of rejection" - this is reality. Man fear of failure. Jatuh lah ego bila kena reject. Dan, kalau perempuan yang beliau approach tu pula adalah kenalan2 rapat.. tentu akan ada rasa kurang selesa kemudian nya nanti bila dah kena reject.

Berbalik kepada cerita kawan aku tadi. Bila beliau dah berkenan, beliau pun ambil the first step untuk spy minah yang dia dah terjatuh cinta tersebut. Riki2 dengan kawan beliau yang menjadi friend kepada minah tersebut. Bila dah tau yang minah tu masih single and available, he made his move. Oh ye, dalam facebook ni bukan boleh percaya sangat status "relationship" tu.. kadang2 ada yang saja2 nak test market.

First thing he did was, send a message. Malu lah kalau nak approach di wall minah tu. Luckily, minah tu beri respond yang baik. Mungkin sama2 sedang mencari agaknya. Beberapa lama ber-message di facebook, akhirnya berjangkit ke telefon pula. Things become more serious dan after a few months they had decided to move to the next level.

Alhamdulillah, mereka berkahwin yang mana aku berkesempatan pergi ke majlis mereka walaupun sangat jauh di negeri pantai timur sana. Jenuh memandu dekat 7 jam sih! Walaupun jauh, aku gagahkan juga sebab aku nak sangat nengok wanita yang akhirnya berjaya menawan hati kawan aku tu..

Well, aku rasa ini lah contoh when good intentions met each others - it turn out to be positive.

Atas alasan kejayaan kawan aku itu, aku pun telah suggest kepada Ed untuk mengikuti langkah yang sama.. 

Teringin benar aku nak nengok pengapit aku ni kahwin satu hari nanti.. I hope it will be soon. Amminn..