Memaparkan catatan dengan label email spam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label email spam. Papar semua catatan

02 Disember 2010

AKU BENCI EMAIL SPAM

Sakit betul lah hati aku ni bila email inbox aku dipenuhi dengan sampah2 sarap yang entah daripada mana datang nya.




Aku dah lama tak gunakan email pala.maldini@gmail.com dan mula activekan semula bila aku cuba2 untuk mula buat blog ini. Dulu2 semuanya ok2 je dan email2 yang masuk adalah email2 yang sebenarnya valid. Tapi, beberapa bulan kebelakangan ini makin lama makin teruk. Mula2 dua tiga email.. lepas tu meningkat kepada lima.. dan sekarang dah melambak2 pulak. Asyik nak kena clean up je kerja aku ni.

Yang buat aku tambah geram tu, konon2nya email2 tu kata aku menang 1 juta la, dapat harta 'terpijak' la, bayaran balik daripada bank la dan seribu satu macam lagi ayat2 yang mengatakan aku akan KAYA sekarang! Kalau betul2 menang seronok lah juga. Ini tidak, dah sah2 pembohong bin penipu semuanya!

Nak tutup email tu, aku pulak gunakan sebagai login untuk blog ini. Kalau tak tutup, menyakitkan hati. Emm.. nampak gayanya nak kena google lah macamana nak stop all those spam email daripada menerjah masuk ke dalam email aku tu... grrr..

19 Ogos 2010

1 MILLION FORTUNE !

Aku buka email pala.maldini@gmail.com, dan dapat beberapa email yang tercampak ke dalam "SPAM" folder. Selalunya aku memang akan terus delete je, tapi, kali ni jari aku ni gatal2 nak click la pulak. So, aku pun click.

Ada dua seperti di bawah :







Wah! alangkah seronoknya kalau kedua2 nya benar. Sudah tentu aku akan jadi jutawan segera. Tak perlu nak minum 'power root' untuk jadi jutawan.

Dalam email pertama dia kata, "You have won 1,000,000.00 pound sterling" daripada "BRITISH NATIONAL AWARD"

Dalam email kedua dia kata, "..to pay you your over due contract/inheritance funds.." daripada "FSL BANK INTERNATIONAL"

WOW! alangkah bestnya kalau kedua2 email ini adalah benar dan nyata. Dah tentulah aku boleh terus bersara dan tak payah nak tunggu 20 more years..

Aku tak tau apa motif email2 spam macam gini. Mungkin cuba nak mencuri id atau yang sebenarnya, diorang dah 'tanam' back door trojan untuk buka pintu masuk ke dalam pc2, laptop2 kita atau lebih teruk lagi dalam kampeni network ?

Lepas copy untuk ditampalkan disini, aku pun delete. But I doubt it would be the last of it..