Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan

11 Januari 2012

HATIKU DI KINABALU

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu..
Tinggi lagi saya SAYANG kamu..
Biru-biru hujung Kinabalu..
Tengok dari jauh.. hati saya RINDU..
 image : buzzera.blogspot
Sinopsis :
Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul Arifin) dan Qistina (Yana Shamsudin) yang jatuh cinta semasa bergelar mahasiswa dan seterusnya berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius akibat diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dengan sepenuh hatinya. Pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.

Keadaan menjadi bertambah rumit kerana Maya semakin membesar. Pada masa itulah Anuar menemui Lara (Irma Hasmie), jatuh cinta cinta dan akhirnya Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.

Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. Keadaan ini semestinya merumitkan keadaan Anuar menguruskan keluarga, Lara menjaga hati madunya dan Maya untuk menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital

Pagi2 ni terasa macam nak berjiwang lah pulak.

Cerita Hatiku di Kinabalu ni aku tengok di Astro kalau tak salah beberapa minggu yang lepas kot. Entah apahal tiba2 pagi ni terasa macam nak menulis mengenai nya.

Tahukah anda mitos asal usul nama Gunung Kinabalu ?

Begini ceritanya. Satu masa dahulu ada seorang perempuan cina yang menunggu kepulangan suaminya (yang sudah mati) daripada laut di gunung tersebut. Namun, suaminya tidak pulang2. Demi cinta dan kasih nya, perempuan cina itu tetap menunggu kepulangan suaminya itu. Sebab itu, di panggil Gunung "Cinabalu", dimana lama kelamaan menjadi "Kinabalu".

Ini kisah cinta setia yang ada sedikit drama dan trajis. Bermula sebagai rakan satu kuliah, usik mengusik dan ajuk meng-ajuk. Anuar & Qistina akhirnya jatuh cinta ketika sama2 bercuti ke Gunung Kinabalu. Bibit2 cinta berputik dan di teruskan ke jinjang pelamin. Cinta mereka makin mekar apabila dikurniakan seorang anak yang comel, Maya.

Malangnya, Qistina terlibat dalam satu kemalangan ragut dan terlantar koma di hospital bertahun2 lama nya. Namun, demi cinta sejatinya Anuar setiap menunggu dan setiap hari datang melawat Qistina disamping membersarkan Maya seorang diri. Beliau tidak putus harapan.

Aku pesan pada cik puan kpp, kalau aku koma macam tu punya lama... tak payah lah tunggu. Suruh je doktor cabut plug sokongan hayat dan move on...

Bertahun2 Anuar menuggu Qistina kembali sedar daripada Maya masih bayi sehingga lah beliau sudah meningkat remaja. Lama betul koma nya!

Namun, cinta dan sayang Anuar masih tidak pudar. Beliau masih terus menaruh harapan...

Sehingga suatu hari Anuar berkenalan dengan seorang gadis bernama Lara. Hubungan mereka semakin rapat dan Maya juga amat menyenangi kehadiran Lara yang di lihat sebagai penganti ibunya. Ibu bapa Qistina menggesa Anuar berkahwin dengan Lara untuk kebaikan Maya yang dahagakan kasih sayang seorang ibu.

Walaupun dengan berat hati, Anuar telah melamar Lara dan mereka berkahwin.

Tidak lama selepas itu, Qistina secara tidak semena2 tersedar daripada koma yang 10 tahun lamanya! Bayangkan, koma sampai 10 tahun... lama gila!

Dan, terjadi lah drama air mata dan pengorbanan oleh Lara (sesuai sangat dengan namanya.. jiwa yang lara). Juga, sessi pemberontakan oleh Maya yang mahu kan belaian manja "ibu" beliau - Lara.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Qistina sedar bahawa cinta Anuar sudah terbahagi dua antara dirinya dan juga Lara. Dan di akhir cerita Qistina mengambil keputusan untuk melepaskan cinta Anuar demi kebahagiaan Anuar & Maya.

Cinta siapakah yang lebih agung ? Cinta Anuar kah ? atau, cinta Qistina kah ?

***

Cinta itu sentiasa memerlukan semaian dan bajaan kasih sayang. Mungkin kah setelah sekian lama bercinta dan berkahwin.... kita semakin lupa pada asas cinta kita ? 

****

05 Ogos 2011

DAN SEBENARNYA.. (DRAMA)

Beriya2 benar aku berjegil biji mata lepas sahur tadi menonton drama Dan Sebenarnya... lakonan pasangan suami isteri Sazzy Falak & Nazril Idrus.

Actually, aku pernah tengok gitu2 je drama ini satu masa dulu.. tapi, pagi tadi memang betul2 punya fokus siap dengan feeling2 sambil suasana macam dalam wayang (with 42" and Lights-off).


image : abepapale.blogspot.com

Kisah ceritanya mengenai Maira (Sazzy) & Harris (Nazril) yang bercinta di dalam mimpi sedangkan kedua2 mereka tidak pun saling mengetahui akan kewujudan masing2. Harris seorang doktor, Maira tu aku tak pasti sangat apa kerjanya.. ala2 advertising company kot. Kedua2 mereka sudah mempunyai kekasih di alam yang nyata namum adat resam bercinta, banyak sahaja masalah nya. Maira ditinggalkan oleh kekasihnya Olly (aku tak tau nama pelakonnya) manakala Harris pula menghadapi masalah dengan desakan keluarga tunang beliau, Zora (lupa pulak nama pelakon wanita drama susuk tu).

Namun, bila mereka berdua bertemu di alam mimpi.. mereka menjadi mesra diantara satu sama lain dan sering berkongsi cerita dan bertukar2 pendapat. Hubungan mimpi tersebut menjadi semakin mesra sehingga akhirnya menerbitkan bibit2 cinta diantara Maira dan Harris.

Harris telah di pilih untuk ke Ireland oleh pihak hospital dan semenjak daripada pemergian Harris itu, beliau sudah tidak hadir lagi dalam mimpi2 Maira.

Diakhir cerita, setelah beberapa kali Maira tidak berjumpa Harris di dalam mimpinya.. beliau meninggalkan sepucuk surat (di dalam mimpi tersebut) untuk dibaca oleh Harris di tempat pertemuan mereka. Nak dijadikan cerita, Harris telah terjumpa surat tersebut (dalam mimpi) apabila beliau ke tempat tersebut dan membacanya. Pesanan dalam surat Maira, "Harris, sekiranya engkau benar2 wujud... halang lah aku daripada bertunang". Harris telah datang ke rumah Maira untuk bertemu beliau yang kebetulannya sedang melangsungkan majlis pertunangan.

Disitu lah Maira & Harris bertemu di alam nyata buat pertama kalinya.. the end.

Sinopsis aku mungkin tak berapa menarik.. tapi, percayalah.. kalau anda menonton with open heart with a bit of love, you will get touched by the drama. Dengan dibantu oleh lagu2 yang best dan juga lagu Dan Sebenarnya.. daripada Yuna. Memang touching habis.

Aku betul2 enjoy the drama pagi tadi sampaikan hilang semua rasa nak tidur aku. Siap tergelak2 lagi bila kena bab2 yang berkenaan. And, to be honest.. a moment away to cry (because of their love & affection towards each other). Memang best!

Mungkin itulah bayangan nya kalau mimpi jadi realiti... who knows!

Ewah, jiwang pula aku pagi2 Ramadhan ni..