Memaparkan catatan dengan label cherating. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cherating. Papar semua catatan

27 Julai 2010

AKU & CHERATING - 2 (part 2)

PAPA JOM GI 'TOMBAK'

Esoknya. Pagi2 lagi dia bangun dah ajak aku gi mandi kolam. "Belum, kol 9 nanti baru boleh", aku memujuk. Cuaca pagi tu memang suram je. Macam nak hujan. Tak panas. "Tu, ada orang dah mandi kolam", sambil dia menunjukkan kat aku melalui cermin besar bilik ke arah kolam. "Belum, kol 9", aku suruh dia main mainan dia yang memang purposely aku bawa untuk bagi dia leka dan tak boring. Aku setkan alarm ke jam 9:00am.

"Go on, go on, with hope in your heart...", alarm henfon yang aku set tadi berbunyi bila jam menunjukkan kol 9:00am. "Gi salin baju swimming", anak aku bingkas bangun dan aku tolong salinkan baju swimming dia. Aku pun tukar ke 'uniform swimming' aku - sama macam semalam.

Lepas register ambil towel, anak aku terus menuju ke kolam kanak2. Aku follow. Lama dia main kat situ. Aku tengok cuaca agak suram dan tak panas walaupun jam sebenarnya dah dekat kol 10:00am.

"Nak pegi main laut tak ?", aku tanya anak aku. Tercenggang2 dia tak biasa dengan perkataan 'laut'. "Mana ?", anak aku tanya. "Tu kat sana", sambil aku menundingkan jari ke arah laut. Dia bingkas keluar daripada kolam sambil memegang pelampungnya. Kami berjalan menuju ke arah laut.

***

Sebelah Cherating ni, lautnya adalah Laut China Selatan. Kata orang, masalah dengan pantai sebelah Laut China Selatan ni adalah kawasan pantai nya agak berbahaya untuk bermandi manda. Tidak seperti pantai Port Dickson. Ini disebabkan oleh ombak yang kuat dan menghakis dasar pantai yang landai dan membentuk jurang kawah pada dasar pantainya. Pantai yang landai tu akan tiba2 jadi dalam bila sampai ke kawasan yang dihakis tersebut. So, boleh buatkan pantainya jadi bahaya terutamanya untuk perenang2 amatur (tak reti berenang) macam aku ni. Dan, kita boleh rasa ombak kuat ini juga seolah2 'menarik' perenang ke laut.

***

Bila sampai ke 'gigi ombak' anak aku berlari2 semula ke arah pantai mengelakkan ombak yang konon2nya sedang mengejar dia. Aku dok je perhatikan gelagatnya yang main sorang2 dengan ombak. Sekali sekala aku join juga.

Dia ambil pasir dan balingkan ke ombak yang memukul pantai dan berlari semula ke arah pantai mengelakkan ombak2 tu daripada mencecah ke kakinya. Sekali sekala aku ajak anak aku dok kat dalam air (kawasan cetek) sambil ombak2 memukul ke badan. Satu ombak yang agak kuat memukul ke arah badan anak aku dan dia tersendeng ke tepi. Air laut tadi, kena muka dan mata dia. Basah.

"Kenapa ? pedih ye ?", aku tanya bila anak aku menggosok2kan mata nya setelah dipukul ombak tadi. "Jangan gosok, jangan gosok. Nanti masuk pasir", aku sapu mukanya dengan tangan aku yang aku dah basuh dengan air laut tadi. Terkebil2 mata dia menahan pedih air garam. Anak aku lepas tu meludah2 keluar air laut yang masuk dalam mulutnya. "Air kolam boleh minum, air laut tak boleh. Ada bubuh garam", anak aku berikan penjelasannya. Senyum aku dengarkan penjelasan nya.

Agak susah juga la nak ajak anak aku 'naik' daripada main ombak. Aku umpan dengan sambung mandi kolam pun dia tak nak. Pada dia, main laut lagi best daripada main kolam. Mungkin sebab dengan laut ni boleh main secara interactive. Ada ombak, ada buih, ada pasir. Walaupun, tak boleh nak mandi/berenang.

Lama juga la aku memujuk. Dan, macam semalam aku gunakan taktik yang sama. "Haa.. tengok, abang dengan kakak tu pun dah naik. Tak ada orang dah main ombak. Tengok", aku tunding jari kearah satu family yang ada kat sebelah kami tadi yang dah naik keatas (kearah kolam). Taktik yang sama macam semalamnya. Explain dan tunjukkan bukti.

Anak aku perati keliling dan memang kebetulan dah tak ramai orang di sekeliling, kecuali sekumpulan budak2 muda kat sebelah yang nun jauh disana. Dia bingkas bangun dan mula ikut aku naik ke atas. Sampai ke atas, mandi di shower yang disediakan untuk basuh pasir2 laut.

Dan, sambung balik mandi kolam..

***

Petang tu, awal2 lagi anak aku dah ajak aku ke laut. "Papa, jom kita pegi Tombak", anak aku mengajak aku. Apa benda pulak 'Tombak' ni ? Puas aku fikir. Rupa2nya.. 'Tombak' tu ialah Ombak. Dia dok terbayang rancangan Tom Tom Bak tu. So, Ombak jadi 'Tombak'.

"Jom", aku jawab ringkas.

Macam tu la aktiviti aku dengan anak aku sepanjang 3 hari kat Hotel Legend..

AKU & CHERATING - 2 (part 1)

PAPA JOM PEGI KOLAM

"Papa, jom kita pegi kolam", anak aku yang umurnya 3 tahun tu mengajak aku gi ke kolam renang hotel yang boleh di lihat daripada bilik hotel kami. Aku tengok jam, dah pukul 6pm. Cuaca pula dah tak berapa panas. Anak aku dok masih mengintai lagi daripada cermin yang besar tu.

"Ok. Gi tukar baju swimming dulu", aku bagi arahan. Tak sabar2 benar dia nak gi mandi kolam tu. Aku ambil dan salin kan baju swimming dia. Aku pun tukar ke 'uniform swimming aku' - seluar pendek sampai lutut dan baju t-shirt putih bercorak.

"Bawa pelampung. Papa kuncikan pintu", sambil aku hulurkan pelampung kat anak aku. Tak sabar benar, siap di tarik2 nya tangan aku ni ke depan suruh cepat. Sampai kolam, aku gi register untuk ambil towel kolam dan terus ke kolam untuk kanak2.

"Gedebush..", air terpercik daripada tepi aku bila budak kecil anak black tu terjun ke dalam kolam. Anak aku turun ikut tangga. Dia mula2nya macam takut2 je. Bukannya tak biasa pergi kolam mandi kat kawasan kompleks kejiranan kitorang tu, tapi budak2 biasa la. Awal2 macam takut2, pastu bila dah best langsung takmo balik.

Aku pun layan la anak aku mandi 'berenang' kat dalam kolam untuk kanak2 tu. Tak dalam - 2 kaki kot, tapi luas. Most of the time aku jadi pemerhati je, takut kalau2 terbalik daripada pelampung.

Wah.. rupa2nya anak aku tu dah pandai 'berenang' mengayuh kaki sendiri untuk bagi bergerak sambil guna pelampung. Rasanya, dia belajar melalui observation bila dia tengok kawan2 sekitar dia tu berenang cara menggerakkan kaki nya. Bagus. Senang sikit kerja aku. Boleh lepaskan dan aku just follow dan monitor kalau2 nak terbalik daripada pelampung je.

Dah boring dengan kolam kanak2 tu, dia ajak pula aku gi ke kolam dewasa sikit. Kiranya, untuk budak2 yang dah besar la dalam 6 tahun keatas. Kat kolam yang ni, memang kaki anak aku tu tak sampai ke dasarnya. So, aku kena lebih alert la. Karang kalau terbalik, mencungap pulak dia.

Kat kolam besar tu dia 'berenang' agak jauh juga bersendirian dengan pelampung nya. Aku pulak follow kat tepi dia dan sekali sekala berikan encouragement untuk dia terus 'berenang' bila kelihatan dia nak berpaut kat aku.

Lama berendam, sampai tangan pun dah kecut2. Tapi, lazim budak2 mana reti nak berhenti bila dia dah seronok. Pulak tu, air kolam tu tak la pulak membuatkan dia jadi sejuk menggigil. Dah berendam lama pun, masih steady lagi.

Lepas kolam kanak2, kolam dewasa, kolam kanak2, kolam dewasa.. silih berganti. Hari dah agak nak gelap. Aku ajak anak aku balik, dia takmo. Puas aku pujuk, dia buat donno je. Lama kelamaan, budak2 yang mandi kat situ semakin beransur balik dan inilah modal aku untuk ajak anak aku balik. "Jom balik. Semua orang dah balik. Nak malam ni", sambil aku tunjuk kat sekitar kolam yang semakin kosong tu. Anak aku perhatikan sekeliling dan mula keluar daripada kolam. "Nanti kita datang mandi kolam lagi ye..", anak aku bagi aku hint untuk esok. "OK", aku jawab ringkas.

Hari ini aku belajar :

1) Budak2 paling cepat belajar melalui observation dan meniru gaya

2) Kalau nak pujuk, kena ada alasan yang boleh diterima dan ada bukti yang anak boleh tengok sendiri


bersambung..


26 Julai 2010

AKU & CHERATING

Last weekend aku follow wife aku ke kursus bina semangat ofis dia di The Legend, Cherating. Memandangkan diorang ada meeting on jumaat, 'terpaksa-rela' lah aku minta cuti pada hari tersebut. Kami satu family bergerak pagi2 jumaat tu naik kereta hitam yang telah diservis/'overhaul' ekon nya beberapa hari sebelum tu yang menelan belanja RM1,700!

Dengan kefahaman kesibukan kursus bina semangat yang biasanya jadual padat daripada pagi sampai ke malam tu, tugasan aku untuk trip ni ala2 'drebar-cum-baby sitter' lah untuk anak aku yang sorang tu.

Konon2nya nak bertolak lepas subuh a.k.a 6:30am untuk elak jammed sebab orang keje pagi tu, tapi banyak sangat 'isu' nya pagi2 buta tu.. tak dapat la. Sudahnya bertolak jam 8:30am. Ikut LPT.

Konon2nya lagi nak berhenti sarapan kat BHP lepas tol Gombak (ada restoran nasi kandar, Tuah cafe dan Dunkin' donut) tapi berborak2 punya pasal terus terlepas. Sudahnya, sarapan di Genting Sempah je la - di McDonald. Macam omputih la pulak.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam menggunakan had laju persekutuan dan standard aku kalau memandu jauh yang sememangnya banyak henti2. Henti rehat.

Sepanjang perjalanan tu, dua kali terserempak dengan speed trap polis. Rasa2nya, takde la kena sebab aku memang make sure maintain had laju persekutuan je. Harap2 tak la. Kalau kena, mau nya RM300. Lepas diskaun RM150. Dan, kalau bayar masa promosi bayar saman RM 75. Daripada bayar saman, lebih baik duit tu buat makan.. kenyang gak perut.

Sampai hotel lebih kurang 1:15pm, terus check-in. Memandangkan aku musafir, takde la aku gi sembahyang jumaat hari tu. Buat Jama' Qasar je.

Bilik hotel besar dan sangat selesa. Mahal gamaknya. Katilnya, king size. So, tak le sempit sangat kalau tido bertiga. Aku intai, kolam renang nya besar. Tak jauh daripada situ, ada pantai dengan bunyi ombak yang menderu2 menghempas ke pantai.

Kami settle down dan kemas barang2 yang berkenaan. Rehat2. Penat

Jam 2:15pm, wife aku dapat tau yang meeting postponed ke 3:30pm. Ada masa la untuk gi cari makan kat Kemaman. Makan sata.

"Sata = Makanan tradisi yang berasal dari negeri Terengganu yang mengandungi ikan, kelapa, cili padi dan beberapa ingredient yang dibungkus didalam daun pisang dalam bentuk tiga segi serta dibakar di atas bara api yang menggunakan arang."

Perjalanan lebih kurang 15 minit.

Sata kat kemaman ni memang the best in the world la. Pendek kata memang kat mana2 tak leh challenge. Aku belum jumpa lagi yang boleh lawan. Sata yang jual kat pasar malam kat area rumah aku tu memang jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan sata kat kemaman ni. Di samping tu, kami juga try otok2 (otak2), pulut panggang (intinya ikan semata2) & keropok lekor. Anak aku, makan meehun sup tulang. Meehun memang feveret dia sebab kat school asyik melantak meehun je gamaknya.

Lepas makan, kami bertolak balik ke Hotel. A bit rushing sebab mengejar masa. It was almost 3:30pm.

Sampai2 je, wife aku terus siap2 dan gi meeting. Tinggal lah aku kat bilik untuk mem'baby-sitter' anak aku..

Jalan jauh ni.. seronok tapi penat

Dok hotel free.. best tapi, makan kena cari kat luar. Makanan ala carte hotel mahal!