Memaparkan catatan dengan label ayu raudhah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayu raudhah. Papar semua catatan

18 Ogos 2011

SOALAN MAUT CIK PUAN KPP...

Dua hari lepas aku ada menonton sebuah drama bersiri bertajuk Hilang yang di lakon kan oleh dua orang adik beradik hot iaitu Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah. Bukan sebab aku memang follow siri drama tersebut, hanya sekadar suka2 menonton memandangkan channel2 lain yang banyak itu tidak ada apa yang dapat menarik minat aku.

Sebenarnya, aku bukan lah nak cerita pasal drama tersebut. Tapi, pasal soalan maut daripada cik puan kpp yang sedang menyidai baju di luar rumah apabila beliau melihat aku sedang kusyuk menonton drama tersebut. 

Sedang aku menonton, cik puan kpp bertanya..

"SIAPA LEBIH CANTIK ? KAKAK KE ADIK ?"


image : google

Sikit punya maut soalan nya, kan ? Aku diam je... sebab kalau aku jawab nanti, ada pula yang merajuk.. haha!

Ok, mari menilai daripada pandangan kaca mata aku...

Rambut : Seri. Kedua2nya mempunyai rambut panjang, hitam, lebat dan ikal. Memang favourite aku lah jenis yang macam itu - sedap untuk di belai2 manja.. hehe

Mata : Rozita. Matanya galak dan menusuk kalbu. Aduh!! macam ada panahan asmara kalau melihat tenungan matanya..

Hidung : Seri. No komen

Mulut dan senyuman : Rozita. Senyuman nya manis ala2 penggoda. Mungkin sebab ditambah effect matanya yang galak itu. 

Bentuk muka : Ayu. Muka melayu yang asli dan terserlah keayuan nya. Sesuai dengan nama. 

Suara : Ayu. Lemak merdu walaupun agak sedikit high pitch bunyi nya bila berkata2. berbanding dengan Rozita yang tutur kata nya macam bunyi lidah tak cukup panjang... tak tau kenapa.

Kematangan : Rozita. Of course sebab beliau ialah kakak. Ayu kelihatan seperti keanak2kan lagaknya.

Saiz : Rozita. Serba serbi kelihatan kena pada tempatnya. Manakala Ayu pula, sesekali kelihatan agak sedikit chubby terutamanya apabila beliau mengikat rambutnya ke belakang

Watak bertudung : Ayu. Macam penerangan di atas, beliau memang kelihatan ayu macam wanita melayu terakhir lagaknya kalau bertudung. Mungkin sebab Rozita lebih kelihatan sofisticated dan ke"bandar"an

Cukup lah tu... so, pilihan aku ialah... ROZITA CHE WAN ! 

Ada sesuatu pada beliau yang sangat2 menarik minat aku.... entah apa lah agaknya..

Ye, daripada kaca mata aku... Rozita Che Wan lebih cantik daripada Ayu Raudhah..

Sekian, terima kasih (sambil kenyit mata pada cik puan kpp).