Memaparkan catatan dengan label accident. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label accident. Papar semua catatan

15 Mei 2012

NYARIS-NYARIS NAK KENA..

Huk alah... berapa lama aku tak bukak benda ni ? Alih2 layout dah berubah lah pulak. *not like*

Ok, pagi ni nyaris2 nak accident di traffic light hala ke keretapi.

Jalan ada dua lane, dan boleh terus dan boleh belok ke kanan. Aku dok sebelah kanan, kereta kedua dalam barisan yang sedang menunggu lampu merah. Mamat wira tu pula duduk lane sebelah kiri, mungkin seiring dengan aku... cuma aku tak perasan.

Jam dah nak dekat time sebab mengejarkan waktu jadual keretapi yang akan sampai sat gi. Kalau terlepas, jawabnya kena lah tunggu lagi setengah jam untuk jadual seterusnya. Aku focus ke jalan di hadapan untuk terus..

Lampu merah bertukar hijau. Aku tekan minyak untuk terus.. tiba2 mamat wira tadi sedap je dia nak pancung kat depan aku sebab nak belok ke kanan. CIPAN!

Nasib baik dengan ketangkasan aku mencilok dan mengelakkan mamat wira tadi daripada ter-belanggar. Huh?! Tak sempat nak maki sebab kereta aku dah meluncur kedepan dengan aksi stunt ala2 KL Drift tadi. Memang CIPAN!



Mujur juga hari ini aku langkah kanan... dapat mengelak accident dan masih sempat mengejar jadual keretapi.

Mamat wira tu pun satu hal... lain kali, ikut lah lorong yang betul kalau nak membelok. Ikut suka hati abah tiri laki mak nko je... Haa.. kan aku dah marah!

02 Februari 2011

CUAI... NYARIS ACCIDENT

Nurin hana merengek2 kata telinga nya sakit. Macam dejavu la pulak sebab dulu Nurin hana pernah mengadu masalah yang sama. Kebetulan pula Nurin hana batuk2 dan sedikit selsema. Bila Nurin hana dah mula merengek2 pasal telinga nya yang sakit tu.. aku pun dah tak boleh tahan dah..

"Yang, jom lah pergi klinik", aku ajak cik puan kpp

"Klinik mana ?", tanya cik puan kpp

"Klinik panel la.. free"

Dalam bulan januari tahun ini sahaja dah beberepa kali Nurin hana ke klinik panel. Risau juga aku kalau2 panel kampeni aku nanti query kenapa kerap sangat ke klinik. Tapi, tak kisah lah.. kalau buat perkara yang betul kenapa nak takut - berani kerana benar.

Aku starts enjin dan terus meluncur laju ke klinik yang tak jauh pun daripada rumah FIL.

Sampai2 je, terus register dan tunggu giliran. Sekejap lepas tu, nama Nurin hana dipanggil. Kami pun masuk

Doktor check2 dan kata sakit telinga Nurin hana tu bukan sebab ada masalah atau apa2. Cuma mungkin dusebabkan tahi telinga yang keras dan menyumbat lubang telinga. Aku syak, selsema tu juga menyumbang kepada isu sakit telinga Nurin hana sebab mungkin build up pressure dalam telinga bila Nurin hana asyik2 sedut hingus nya. Selesai jumpa doktor, tunggu luar untuk ambil ubat. Sekejap lepas tu nama Nurin hana dipanggil lagi untuk ambil ubat2 yang di preskripsi kan oleh doktor - free.

Hati aku sebenarnya agak kurang tenteram malam tu entah sebab apa aku tak berapa pasti. Most probably sebab bosan dengar Nurin hana asyik merengek2 semenjak petang sebab masalah sakit telinga nya itu.

Aku starts enjin dan jalan. Keadaan simpang keluar tu gelap. Beberapa kereta meluncur depan aku daripada arah kanan ke kiri. Aku siap sedia untuk membelok ke kanan. Hati tak sabar.. entah apa hal gamaknya. Bila aku nampak ruang untuk jalan, aku terus jalan (untuk membelok ke kanan). Tiba2..

Sebuah motosikal mem-brek keras daripada arah kiri ke kanan dan motornya "membuang" dek kerana jalan licin akibat hujan. Brader motor tu tak dapat mengawal motor nya yang sudah "membuang" itu lalu terhempas ke jalan - menyungkur brader motor tu ke depan!

Mujur semua kereata sedang berhenti sebab lampu merah. Walaupun terkejut dan rasa sedikit bersalah.. aku cuba untuk tidak panik. Aku parking kereta di tepi jalan (tanpa menghalang lalu lintas) dan turun untuk check keadaan brader motor  tersebut. Muka nya aku tak nampak sebab malam gelap. Beliau sedang mengurut2 tapak tangan dan lututnya yang terhentak sebabaksi stunt tadi. Mujur tak berapa teruk keadaan nya.

Aku bantu menegakkan motornya...

"Sorry bang.. sorry. Saya tak perasan tadi", cepat2 aku minta maaf untuk tenangkan keadaan.

"Teruk ke ?", aku tanya lagi

Brader motor tu tunjukkan tangan dan kakinya sambil meng-adoi (meng-adoi = berkata aduh2 sebab sakit). Aku tengok tak de luka2 teruk pun. 

"Sorry, sorry.. saya betul2 tak perasan tadi. Nak pergi klinik tak ?", aku bagi cadangan sambil menunjukkan ke arah klinik yang kebetulan aku baru je lepas keluar tadi.
"Takpe.. tak payah", kata brader motor tu sambil pergi kearah motornya yang aku dah tegakkan tadi.

Aku tak sampai hati nak blah begitu saja, aku buka wallet dan ambil note 50.

"Sorry bang.. ni saya bagi duit ubat ye", aku hulur ke tangan nya dan berlalu daripada situ

Masuk kereta.....

"Nasib baik lah tak accident tadi. Kalau tak, dah satu hal lah pulak!", aku merungut pada cik puan kpp
dan aku terus memecut ke destinasi seterusnya..

23 Ogos 2010

KERETA HITAM GOT A BUMP !

Lokasi : Tasek Ampang @ jam 9:00pm

Malam tadi tak semena2 kereta hitam aku tu kena langgar dengan proton waja. Sakit betul hati aku dibuatnya. Jalan dah la jammed. Anak aku pulak buat ragam dalam kereta. Proton waja tu boleh pulak dia pergi 'bantai' kereta hitam aku. Menyirap betul la !


kecacatan kereta hitam


Alkisahnya.. aku sekeluarga on the way balik daripada rumah FIL selepas buka puasa. Jalan di Tasek ampang tu memang all the time jammed giler. Tapi, tak sangka pula aku malam bulan2 puasa ni pun sama..

"Ingatkan orang Islam gi terawikh, jalan ni tak jammed. jammed juga", aku kata pada cik puan kpp.

Dalam pada jammed2 tu tiba2.. "gedebuk !", bunyi kereta hitam aku kena sondol dari belakang. Hati aku dah la tengah panas. Aku tarik hand-brake dan keluar nak tengok apa dah jadi..

"Apa hal ni ?!", tegas dan kasar bunyi suara aku

"Sorry bang.. sorry", mamat proton waja tu kata sejurus dia keluar dari kereta

"Apa ni ?! Jalan kan jammed ? Apa hal ?!", suara aku kasar dengan tonasi bengang

"Sorry bang.. tak de apa2 rasa nya. Sikit je"

Aku tengok2 kat sekitar bumper yang kena langgar. Tak berapa nampak sangat sebab gelap. Cahaya samar2 je. Aku raba2 bumper tu dan rasanya macam tak de apa2 yang kemek atau lari dari kedudukan asal nya.

Aku jeling kat mamat proton waja tu dengan muka paling masam dan marah yang aku boleh buat.

"Sorry bang.. sorry", dia ulang lagi

Aku buat bodoh je dan angkat tangan aku buat isyarat "Piiiraaahh" kat dia.

Aku masuk dalam kereta dan biarkan perkataan sorry dia tak berjawab.

"Apa sorry2 ? kalau nak sorry.. tunggu hari raya lah", detik aku dalam hati macam iklan hari raya TM di TV.

Aku masuk gear dan terus blah. Dengan hati yang panas !

Sampai rumah, aku terus check. Nampak macam tak teruk, cuma sedikit calar di bumper yang mencacatkan pemandangan.

Inilah akibtanya, bawak kereta tak sabar.. aku sumpah jadi batu baru tau..

20 Ogos 2010

ACCIDENT @ CBJ

Lokasi : Berhampiran traffic light LimKokWing University, CBJ

Semalam aku gi meeting di Cyberjaya (CBJ), along the way tu tiba2 jalan jadi jammed teruk di persimpangan masuk ke CBJ. Aku jadi hairan.


view dari kereta merah aku


"Takkan kat Cyber pun jammed ?", terdetik kat hati aku

Maklum sajalah, di CBJ ni cuma ada ofis2 je. Taman perumahan bukan nya banyak pun. Dan, kalau ada pun it is an exclusive one.

Kereta bersusun dan bergerak sangat2 perlahan @ 10km/j. Sangat slow dan most of the time starts-stop movement. Aku dengan curiosity untuk tahu, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, menjenguk2 cuba mencari punca nya.

Tiba2 kat tepi sebelah kiri, aku nampak sebuah kereta proton persona warna kuning yang off-road.

"Apahal la pulak driver ni pergi off-road bukan main jauh lagi ?"

"Mabuk ke apa ni ?"


kereta2 accident (ada lagi yang tak nampak) - ditanda anak panah


Depan sikit lagi, aku mula nampak beberapa buah kereta yang kemek teruk. Ada yang kemek sebelah kanan, sebelah sisi, sebelah depan dan sebelah belakang. Ada dalam lebih kurang lima buah kereta yang terlibat tetapi sudah di alihkan ke tepi jalan.

Baru make sense sebab apa kereta persona kuning tadi tu off-road sikit punya jauh. Obviously, dia approaching the accident area dengan laju dan cuba mengelak. Sebab tu terbabas off-road sampai macam tu sekali.

Teruk juga la kereta2 yang accident tu. Aku percaya, tak de kematian. Sebab keadaan kemeknya walaupun teruk, tapi tidak lah sampai boleh membawa maut. 'Tonto' already there talking to their walkie talkie. Mungkin menghubungi trak2 tunda untuk angkut kereta2 tu semua ke kedai untuk repair. Business baekk..

Aku jeling2 je dan teruskan perjalanan.. sebab aku sebenarnya dah agak lambat untuk ke meeting.

Mesti driver2 yang terlibat tu bengang dan bosan. Pagi2 lagi dah accident. Nampaknya, $$$ akan terbanglah untuk repair. Terutamanya, orang Islam yang plan nak balik kampung hari raya ni..

Dan, menurut seorang kawan aku, port tu memang 'favourite' dengan accident. Samada off-road atau langgar pokok kelapa sawit.

Nasib.. nasib..