Malam tadi aku dok melayan 1 Million Money Drop yang di-acara kan oleh AC Mizal. Sebelum ini tak pernah pula aku terliur nak nengok rancangan game show terbaru ini sehingga lah aku mendengar daripada kawan2 ofis yang game show tu seronok juga.
Actually, rancangan yang sebenarnya adalah pada hari sabtu. Oleh itu, apa yang aku nengok semalam adalah siaran ulangan episod yang entah ke berapa aku tak pasti.
Contestant pertama adalah 2 orang lelaki yang mungkin umur agak2 lebih sikit daripada aku di ukur daripada tahap ke-boroi-an mereka. Tak payah lah aku mention kan nama.
Masuk2 ke gelanggang dengan muka ceria. Mana idak nya, nah nko selonggok "duit" RM 1 juta depan mata di ikat dalam himpuanan RM20k satu ikatan. Mau terbelalak mata kalau betul2 semua jadi milik aku!!
Lepas AC borak lebih2 kurang dan menerangkan peraturan permainan, maka permainan pun di mula kan dengan soalan pertama (setelah peserta memilih kategori) seperti berikut :
Soalan 1 : Di antara berikut, yang manakah berlari paling pantas ?
Pilihan jawapan : Koala, Zirafah, Manusia, Buaya
so, apa korang punya jawapan ?
Masa yang diberikan adalah 1 minit untuk menjawab dengan meletakkan sejumlah duit di atas "petak" jawapan yang mereka pilih. Setelah habis berbincang dan berdebat, dan sedikit keraguan.... mereka berdua decide untuk letak..
RM700k untuk jawapan MANUSIA
RM300k untuk jawapan ZIRAFAH
mujur diorang tak pilih BUAYA!
Dan, bile keputusan diumumkan. Zass!! gedebuk RM700k menggelongsor jatuh ke bawah sebab jawapan MANUSIA yang diorang pilih tu.... of course lah salah!
Bila tengok diorang berdua konfiden letak sikit punya banyak duit pada jawapan MANUSIA... aku memang betul2 angin satu badan. Memang emo habis... biar betul bro! Nkorang berdua lari lagi laju daripada ZIRAFAH ke ? &%%&^*&*%*&!!!
AC pun tanya pada kedua2 mereka.
AC : Pernah tengok zirafah ke tak ?
Peserta : Pernah
AC : Pernah tengok zirafah lari ?
Peserta : Pernah. Dekat zoo..
Hahaha! AC nak tergelak pun tak sampai hati. Ini memang geng2 tak pernah tengok National Geographic gamaknya nih.... seriously aku memang emo menengokkan jawapan diorang!
Berbekalkan RM300k yang masih tinggal, mereka berdua meneruskan permainan... dan berjaya menjawab soalan2 seterusnya sehinggalah soalan yang ke-enam dimana mereka gagal dengan soalan "Tahun bilakah Aznil menang pengacara terbaik asia ?". Jawapannya 2005.
Ok, soalan ini memang aku kalah, memang tak tau jawapannya.
Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah... rancangan tu menarik walaupun ada kawan aku kata unsur judi.. bla, bla, bla..
Soalannya nampak macam senang. Tapi, ramai juga peserta yang gagal mungkin sebab nervous dengan tekanan kat atas pentas. Ada 8 soalan sahaja, kalau dapat jawab semua... duit yang masih ada di atas petak itu lah habuan nya.
Setakat hari ini yang aku tahu, ada 3 pemenang dah kot... paling tinggi RM100k.
Seronoknya kalau dapat sejuta! pakcik kayooo... apa aku akan buat agaknya ye...
*emm, berangan*
*emm, berangan*